Anas Arsyad Gallery

Anas Arsyad Gallery

Followers

17 Nov 2014

Umur aku 20 laaa~

Assalamualaikum,

Nama diberi Faz Ariffen. Just call me Faz. Faz berumur 20 tahun. Lahir 11 julai 2014 ehhhh~ 1994.
Kenapa nak kenalkan diri? Sebab ramai yg cakap faz berumur 15 tahun. Bukan faz minta, bukan faz nak. Dulu memang faz suka untuk jadi muda. Sekarang?  Kalau dok hari hari cakap muda, bila lagi faz nak tua?Faz nak org tengok faz seperti umur faz. Bukan muda or tua. Nak tau sebab apa?

Cerita 1: Office Ibu
Aunty A :  Waaa. Anak kau ke Ton? Berapa umur?
Ibu          :  Tak la Adik aku. Anak aku la. 20 tahun.
Aunty A : Ye ke? Aku ingatkan budak skolah menengah lagi. Tak mcm 20 la ton. Belajar lagi ke?
Me          : Tak la Aunty. Dah pratikal now. Nak tunggu graduate.
Uncle J   : Waaa, 20 ya? Uncle ingat 15thn. Tak nampak pun macam 20 ke kau saja tipu kami Ton.
Ibu          : Nak caya caya la, tak nak sudah.
Me          : 'Sabar je la' :(

Cerita 2: Di Shopping Mall
Faz dengan Ibu nak cari baju kemeja utk Faz pratikal.
Penjual  : Ye kak, nak cari saiz apa?
Ibu         :  Saiz M ada tak dik?
Penjual  : Kak, kenapa nak M, kalau M utk akak tak muat kot. Apa kata akak cuba XXL?
Me         : 'OUCHHH'
Ibu         : Tak tak, bukan utk akak, ni utk anak akak pratikal.
Penjual   : Ooo. Anak akak dah nak pratikal ke? (muka terkejut)
Ibu          : Ha ahhh. Knape?
Penjual    : Ingatkan 14- 15 tahun tadi. Tak nampak macam budak U. Hehe.
Me           : 'OUCH OUCH OUCHHHHHHH'
Ibu          : Dia 20. Kan? Perangai pun macam budak budak.
( Ibu dan penjual gelak sakan :( )

Cerita 3: Office TM
First day pratikal.
A    : Anak siapa dik? Tunggu parent ekk?
Me  : Eh, tak la. Sy pratikal lagi kak.
A     : Oh Ye ke, Ingat buuuuuu......
(Faz terus lari masuk office)

p/s: Sebab tu la faz sensitif kalau org ckp muka muda dari umur. Faz syukur apa yg faz ada, tp..... Kalau dulu faz tak suka org panggil faz akak, now, Faz suka org muda panggil faz akak, biar faz sedar diri dah tua sikit. Hehe ^^

Sekian...

No comments:

Post a Comment