Kelab Blogger Ben Ashaari

Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

30 Mar 2016

Tak semua perlu D"VIRAL" kan....

Assalamualaikum.. 

Macam2 hal dah berlaku sekarang ni.  Faz akui faz memang seorg yg lembab kalau bab "viral, berita" apa semua. Mesti faz org yg terakhir tau.  Cth kes mawar rashid,  amy timber bagai dah 2 mggu benda tu popular kat laman sosial baru faz tau apa cerita yg terjadi.  Tp dorg tu memang artis la kan.  Apa masalahny.  Tp yg faz pelik sekarang org biasa pun dpt jd lebih popular dr artis dsebabkan viral bnda yg tah papa dorg buat. 

Faz bukan nak mengata tp cth kes yg tgh viral skrg ni,  bab kawen ape tu?  Hantaran 15k kan?  Alaaa.  Bnde tudpt settle sendiri kot.  Dpt bawak bincang kot.  Tak yah tumbuk tumbuk dalam masjid sbb duit.  Nak kata faz baik tu memang idok laa.  Tp cmtu ke nak tunjuk kat kaum lain?  Bergaduh sesama agama?  Sedangkan negara lain berperang sebab nak mempertahankan agama.  Bab duit tak cukup je kot.  Janji memang janji.  Tp tetap akan tertunai once da dpt kata putus klu tak mampu,  boleh berunding settle lepas majlis.  Takkan nak paksa kan? 

Memang cakap senang,  tp klu berlaku kat faz sendiri pun. Faz takkan bgi malu kaum kerabat faz bergaduh sebab duit.  Takkan.  Sebab tu ibu faz agar dan didik faz berdikari kumpul duit,  utk persediaan diri sendiri..  Cth klu pihal lelaki tak ckp duit,  faz boleh back up guna duit sendiri.  Tak semestinya kene tunggu lelaki je.  Sebab tu islam memudahkan,  tp kita sendiri yg mengambil berat bende yg mudah.  Nanti lepas kawen, sama gak kene kejesama kalau bab duit.  Memang tanggung jawab lelaki bagi nafkah.  Tp kte sebagai perempuan selagi ada kudrat tenaga dikurniakan Allah,  guna sebaik mungkin,  tak yah harapkan lelaki je.  (Jgn kecam saya)  ni pendapat je aee.  Klu salah,  tu pendapat hang... 

Bukan nak berpihak kat sesiapa.  Faz turut terkesan bila baca komen negatif yg menyalahkan sebelah pihak walhal kte tak tau pun apa sebenarnya yg berlaku.  Even faz pun masih terkapai kapai apa sebenarnya terjadi.  Kadang2 benda viral ni membuatkan kerja malaikat yg mencatit di bahu kiri dan kanan kita tak berhenti...  Kita yg membaca,  memberi komen tanpa mengetahui perkara yg sebenar,  boleh menyebabkan fitnah.  Berhati2 la ye kalau nak "viral" kan sesuatu perkara.  Tak semua yg kita "viral" tu harus di"viral"kan...

Lainla cth kes yg kerap berlaku sekarang "hilang anak,  hilang kereta,  kene rompak". Haaa.  Yg tu nak viralkan pun tak kesah,  nak maki hamun penyamun perompak pun tak kesah.  Sebaiknya doa doa la bertaubat,  dapat la kes jenayah di Malaysia ni kurang sikit.  Faz pun tak hidup dalam ketakutan.  Termasuk hangpa semua. 

Faz pun takut nak taip ni sebenarnya,  takut kene kecamm..  Tp sebab da "viral" sgt benda tu kat laman sosial dan malas nak tokok tambah kat komen,  tu yg melalut kat blog. 

"Blog saya..... " haha.. 

Klu ada salah silap terguris kata,  harap diampun.  Mana tau esok tak jumpa... 

Sekian.. 

25 Mar 2016

Bunyi tak menyenangkan...... (berhati-hati)

Assalamualaikum..

Seram sejuk weeeyyyhh.  Baru je terniat nak tido lena mlm ni tiba2 terbantut niat ni..  Mane taknya,  tgh syok2 faz dan mak su faz bersembang dlm pukul 12.30 tdi tetiba dengar bunyi barang kat dapur beralih.  Mula2 ingatkan ibu pergi dapur nak masak ke apa kan..  Tapi agak2 la ibu tgh tido dlm bilik baru lepas makan, nak masak apa lagi tgh mlm buta ni kan.. 

Dengan perasaan yg tak sedap hati faz pun ajak mak su pergi jenguk dapur,  kebetulan mak su tido rmh faz mlm ni(mungkin ada hikmah kot).  Pergi je dapur,  faz dgn pantas amik dapur gas letak blakang pintu.  Ingatkan da reda da. Lepas je faz letak dapur gas tu,  bunyi pagar seolah olah dibuka sekali dgn bunyi kucing mengiaw..  Sedangkan kucing faz jenis yg akan berbunyi bila lapar je.  

Fuhhh.  Kelam kabut faz dgn mak su sediakan barang nak buat perang mlm ni.  Mana la tau kan..  Adik,  kakak,  sepupu semua faz kejutkan suruh tak tido balik.  Bertungkus lumus kte org sediakan kayu, ubat nyamuk versi spray bagai.  Pisau tu ada gak laa, tp faz tak galakkan dorg guna pisau. Maklumla dunia sekarangkan terbalik,  sebab nak selamatkan diri dr penyamun,  kang kte org pulak yg kene penjara sebab mencederakan penyamun.  Jadi kene hati2 la.  Kalau boleh sedia kayu tu,  kalau dah terjadi pukul sikit je bagi dia sedar,  mane la tau penyamun lepas diketuk sikit terus timbul kesedaran dalam diri dia.  Kalau tak pun,  alih2 kami yg jd arwah awal.  Huuu.  Nasib hang la labu..  Bila dunia dah terbalik.. 

Kejadian ni baru je terjadi kat family faz tadi.  Jadi faz nasihatkan,  cek semua pintu.  Sedia awal2 peralatan tu.  Kalau boleh jangan tido lena sgt,  tido ayam je.. 

Faz pun nak sambung keliling rumah ni, nak tgok kot2 ada yg tersembunyi area rumah ni.  Nak call polis,  takut lak ganggu.  Kene la bergerak sendiri.  Doakan faz ae.. 

Sekian..

7 Mar 2016

Istikharah..

Lepas satu satu..  Lepas satu satu..  Dugaan yg melanda. Aku tau aku kuat.  Aku tau aku mampu menghadapi.  Tapi kalau hari hari aku hadap benda yg sama, aku akui aku mula bosan.  Sampaikan aku dah tak anggap itu sebagai ujian tp aktiviti harian aku. Tahap kesabaran seorg manusia ada hadnya.  Dan ada masanya bisikan 'halus' lebih kuat bergema ketika perasaan tidak menentu.

Kadang kadang aku terfikir,  perlukah aku melepaskan nya atau perlukah aku pertahankannya?  Kalau aku lepaskan,  mungkin Allah ada perancangan yg lebih baik selepas ini.  Tapi kalau aku lepaskan juga bermakna aku mengalah.  Baru diuji sedikit dah nak give up.  Baru diberi ujian sedikit dah nak menggelabah. 

Hubungan mana yg tak menghadapi masalah.  Hubungan mana yg sentiasa bahagia.  Aku keliru dgn perasaan aku sendiri.  Aku bermain dgn hati aku sendiri. Mungkin faktor umur membuatkan pemikiran aku keanak anakkan.  Atau mungkin aku belum bersedia menjadi yg halal buat seseorg. 

Kalau sebelum ni aku belum menghadapi 'ujian'bertunang. Tapi sekarang aku faham apa yg dimaksudkan dgn dugaan bertunang.  Hal remeh pun kadang2 boleh menjadi punca pergaduhan besar.

Sampaikan aku rasa jika ada jodoh aku dgn si dia,  In Sha Allah aku terima.  Kalau tak ada,  aku yakin ada yg lebih baik Allah aturkan buat kami.  Aku redha. 

Istikharah......  Jawapan untuk semua tanda tanya aku selama ini... 

26 Feb 2016

Must watch : Munafik @ Syamsul Yusuf

Assalamualaikum.. 

Alhamdulillah selamat sampai kat rumah.  Maklum la baru lepas tgok cte Munafik.  Ya Allah timbul rasa keinsafan setelah menonton cte tu. 

Faz tak tau la bg yg lain tp bagi faz cte tu memang banyak pengajaran berkaitan agama dan amat sesuai untuk tontonan seisi keluarga. Seram seram tu tolak ketepi, yang penting message yg cuba disampaikan.

Buat pertama kali,  faz menonton cerita seolah olah sedang menghadapi realiti kehidupan seharian.  Betapa kerdilnya diri ini disisi Allah.  Betapa jauhnya diri kalau nak dibandingkan dgn makhlukNya yg lain. Pemakaian, percakapan bukan aspek utama menunjukkan diri kita beriman.  Bertudung labuh,  berkopiah, berjubah, bersroking kaki sekalipun Takkan dapat membuktikan betapa kita mengikuti segala perintah Allah dan meninggalkan laranganNya kerana takde seorg pun manusia yang begitu sempurna didunia ini.  Tambah tambah lagi apabila di abad akhir zaman ni.  Bukan sekadar luaran tapi yang membezakan kita berapa banyak kita buat sunat taubat,  istighar,  istiqomah, tawakal dalam sehari.  Selagi hidup kita dipenuhi makhlukNya, selagi itu la kita tidak lepas dari berbuat dosa. 

Kita patut bersyukur Allah menutup aib yg kita buat didunia.  Ya Allah.  Besar sungguh pengajaran cerita Munafik. 

Terbukti betapa besarnya pengorbanan Syamsul Yusuf untuk membuat cerita berunsur seram yg penuh dgn dakwah islam di dalamnya.  Sebagai saudara sesama islam, faz begitu berbangga dgn kejayaan beliau. 
 
Kalau dulu zaman sekolah karangan akan diminta menyenaraikan nilai pengajaran/murni/moral dalam sesebuah cerita. Cerita Munafik dari awal hingga akhir penuh dgn pengajaran sehingga tak tersenarai betapa banyaknya yg boleh kte perolehi. 

Faz doakan Syamsul Yusuf diberkati dunia akhirat.  Di lindungi di dunia dan akhirat. Tahniah sekali lagi sebab Munafik mendapat sambutan yg sangat baik sekali setakat ni.  Faz nasihatkan yg belum tgok cte ni,  sila sila la tengok.  Tak rugipun habiskan duit utk cerita yg berunsir dakwah islam.  In Sha Allah.
Tengok jangan tak tengok.....

Al-Fatihah

Sekian..