Anas Arsyad Gallery

Anas Arsyad Gallery

Followers

29 Nov 2014

Kerana persahabatan lebih bermakna

Assalamualaikum,

Tengah dok layan drama korea Lie to Me. Teringat lak someone yang pernah bergelar sahabat dalam hidup Faz. Lama gak faz tak cte hal dia. Nak cakap faz rindu tu, tipu kalau cakap tak. Baik buruk dia pun, dia pernah bergelar sahabat paling baik dalam hidup faz. Tanpa faz sedari, yang ni masuk entry ke 6 faz cerita hal dia. Sebenarnya, lagu dalam blog faz, Gara Diriku by Ajai faz letak sebab nak menceritakan apa yang faz rasa selama ini dan apa yg faz nak buat utk dia. Kira faz letak tu ditujukan khas untuk dia. Mungkin peluang untuk dia baca segala cerita faz agak tipis tapi tak salah untuk mencuba?



Dalam tempoh perkenalan kami, diakui tutur kata si dia memang agak kasar tapi dalam sedar tak sedar dia merupakan seorang sahabat yg prihatin dan romantik. Before pergi tuisyen, kami selalu datang awal sebab nak lepak sama, Dia akan ajak faz pergi kedai sebab kami memang suka giler makan ais cream. Setiap kali time nak bayar, dia la yang akan keluarkan duit. Ala bagi dia, kalau setakat ais cream, tak yah la nak berkira sangat. Lepas je beli ais cream, kteorg akan g taman permainan lepak kat sana. Masa tu memang banyak cerita yg kteorg share.

Kteorg pernah suka sama suka, dia tau faz suka dia, dan faz pun tau dia suka faz. Bagi dia, dia tak nak rosakkan persahabatan kami sebab sebuah percintaan. " Bayangkan faz kalau aku ajak kau couple, and one day kte gaduh dan tak sefahaman, apa jadi kat persahabatan kte? Mesti kekok kan? Walaupun aku tau kau suka aku, tapi aku nak kau tau gak yang aku suka kat kau, tapi kau jangan salah sangka, aku sayang sangat kat kau, aku taknak kalau aku ajak kau couple nanti, kte gaduh dan dan bertegur sapa lagi. Aku nak kau tau perbezaan couple dan persahabatan. Bagi aku, biarla aku bercouple dengan org lain sekali pun tapi persahabatan kita lebih bermakna dalam hidup aku. Kalau memang jodoh kte memang takkan ke mana."

Faz faham apa yang dia cuba maksudkan. Faz akui memang faz pernah mengharapkan hubungan lebih dari sebuah persahabatan, tapi bila difikirkan balik kata kata dia, ada benarnya apa yang dia cakap. Faz pun takut kalau tiba tiba bila perkara yang dia cakap berlaku. Jadi sebelum berlaku, lebih baik di elakkan.

Tapi apa gunanya mempertahankan sebuah persahabatan kalau akhirnya berpisah kerana hadirnya orang ke 3 kan?

Sekian......

1 comment:

  1. Hi Faz, salam perkenalan,
    First time datang sini..dari KBBA ^_^

    Annur suka lagu ni, setiap kali dengar mesti ade rasa sesuatu..hihi sebab pernah terjadi kat diri...
    dulu-dulu.......
    Jemput JOIN SEGMEN Annur, Lucky draw akan diadakan sempena New Year, dan pemenang bertuah akan menerima sebuah FACEBOOK PAGE dengan nama pilihan sendiri yang mempunyai jumlah LIKE sebanyak 2000.

    http://annursyuhadah.blogspot.com/2014/11/segmen-bloglink-exchange.html

    ReplyDelete