Kelab Blogger Ben Ashaari

Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

26 Nov 2014

Dulu tak suka, Sekarang terlebih suka~

Assalamualaikum,

Teringat zaman sekolah rendah dulu dulu. Dulu faz seorang yang brutal. Suka giler warna hitam dan tak suka warna pink. Setiap kali faz tengok perempuan guna warna pink, start la buat muka "burok". Haha. Jahatkan faz? Zaman dulu, ibu faz suka bagi faz guna baju orang lelaki. Faz tak pernah guna blouse, gaun and jarang guna baju kurung kecuali time sekolah or ada event yg memerlukan baju kurung. Memandangkan kakak kakak faz juga seorg yg agak kasar. Kakak faz dulu pun lebih brutal dari faz. Faz ikut je jejak dorang. Tapi bila kakak faz meningkat dewasa, dia ubah perangai jadi seorang gadis. Cara pemakaian, tutur kata, perlakuan, dari atas sampai bawah memang ladies.

Bila faz tengok perubahan mendadak dorg, faz pun jadi hairan. "Ehhh, buang tabiat ke akak aku ni?" Masa tu lagi kecil, tak tau sangat. Semakin hari, kakak faz mengikuti cara permakaian peredaran masa. Faz lak masih dengan cara faz, pakaian masih kelakian. Akak faz pernah tegur "Kau tak rasa rimas ke berpakaian macam budak lelaki dek?" Faz buat tak tau je.

Sampai la faz masuk form 4, faz ubah cara pemakaian faz. Time tu pun sebab terpaksa, cara pemikiran pun da macam org dewasa sikit. Malu la kan, kalau da besar tapi masih berpakaian macam kanak kanak. Alhamdulillah, sampai sekarang faz da mula selesa menjadi seorang gadis yg betul betul gadis. Haha.

Dan nak tau? Sekarang faz minat giler kat color pink. Semenjak faz menjejak kaki ke alam kolej, faz memang tak dapat tengok warna pink. Mesti hati mula riang. Chewahh. Suka giler. Sem 5 bila faz apply masuk hostel, kawan kawan faz terkejut tengok barang faz kebanyakkan warna pink. Tengok la blog faz, kalau bole semua pink -_-

Tak tau kenapa addict sgt kat warna ni. Tu baru pink, belum tengok barang yang cute cute lagi. Fuhh~ Memang best gak jadi seorang gadis ni kan. Hehe. Faz sekarang pun suka tengok barang pink, barang comel comel, termasuk orang. Hehe. Kbye.

Menyesal pulak faz perli org yg guna barang berwarna pink dulu. Sekarang terkene kat batang hidung sendiri. Tengok tengok sendiri lebih teruk minat barang tu.

p/s: Jadi betul la cakap orang, satu jari tunding kat org, 4 jari tunding kat diri sendiri. Jangan membenci lebih sangat, sebab yg dibenci tu la akan jadi kat diri sendiri nanti. 

Sekian..


No comments:

Post a Comment