Kelab Blogger Ben Ashaari

Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

30 Mar 2016

Tak semua perlu D"VIRAL" kan....

Assalamualaikum.. 

Macam2 hal dah berlaku sekarang ni.  Faz akui faz memang seorg yg lembab kalau bab "viral, berita" apa semua. Mesti faz org yg terakhir tau.  Cth kes mawar rashid,  amy timber bagai dah 2 mggu benda tu popular kat laman sosial baru faz tau apa cerita yg terjadi.  Tp dorg tu memang artis la kan.  Apa masalahny.  Tp yg faz pelik sekarang org biasa pun dpt jd lebih popular dr artis dsebabkan viral bnda yg tah papa dorg buat. 

Faz bukan nak mengata tp cth kes yg tgh viral skrg ni,  bab kawen ape tu?  Hantaran 15k kan?  Alaaa.  Bnde tudpt settle sendiri kot.  Dpt bawak bincang kot.  Tak yah tumbuk tumbuk dalam masjid sbb duit.  Nak kata faz baik tu memang idok laa.  Tp cmtu ke nak tunjuk kat kaum lain?  Bergaduh sesama agama?  Sedangkan negara lain berperang sebab nak mempertahankan agama.  Bab duit tak cukup je kot.  Janji memang janji.  Tp tetap akan tertunai once da dpt kata putus klu tak mampu,  boleh berunding settle lepas majlis.  Takkan nak paksa kan? 

Memang cakap senang,  tp klu berlaku kat faz sendiri pun. Faz takkan bgi malu kaum kerabat faz bergaduh sebab duit.  Takkan.  Sebab tu ibu faz agar dan didik faz berdikari kumpul duit,  utk persediaan diri sendiri..  Cth klu pihal lelaki tak ckp duit,  faz boleh back up guna duit sendiri.  Tak semestinya kene tunggu lelaki je.  Sebab tu islam memudahkan,  tp kita sendiri yg mengambil berat bende yg mudah.  Nanti lepas kawen, sama gak kene kejesama kalau bab duit.  Memang tanggung jawab lelaki bagi nafkah.  Tp kte sebagai perempuan selagi ada kudrat tenaga dikurniakan Allah,  guna sebaik mungkin,  tak yah harapkan lelaki je.  (Jgn kecam saya)  ni pendapat je aee.  Klu salah,  tu pendapat hang... 

Bukan nak berpihak kat sesiapa.  Faz turut terkesan bila baca komen negatif yg menyalahkan sebelah pihak walhal kte tak tau pun apa sebenarnya yg berlaku.  Even faz pun masih terkapai kapai apa sebenarnya terjadi.  Kadang2 benda viral ni membuatkan kerja malaikat yg mencatit di bahu kiri dan kanan kita tak berhenti...  Kita yg membaca,  memberi komen tanpa mengetahui perkara yg sebenar,  boleh menyebabkan fitnah.  Berhati2 la ye kalau nak "viral" kan sesuatu perkara.  Tak semua yg kita "viral" tu harus di"viral"kan...

Lainla cth kes yg kerap berlaku sekarang "hilang anak,  hilang kereta,  kene rompak". Haaa.  Yg tu nak viralkan pun tak kesah,  nak maki hamun penyamun perompak pun tak kesah.  Sebaiknya doa doa la bertaubat,  dapat la kes jenayah di Malaysia ni kurang sikit.  Faz pun tak hidup dalam ketakutan.  Termasuk hangpa semua. 

Faz pun takut nak taip ni sebenarnya,  takut kene kecamm..  Tp sebab da "viral" sgt benda tu kat laman sosial dan malas nak tokok tambah kat komen,  tu yg melalut kat blog. 

"Blog saya..... " haha.. 

Klu ada salah silap terguris kata,  harap diampun.  Mana tau esok tak jumpa... 

Sekian.. 

25 Mar 2016

Bunyi tak menyenangkan...... (berhati-hati)

Assalamualaikum..

Seram sejuk weeeyyyhh.  Baru je terniat nak tido lena mlm ni tiba2 terbantut niat ni..  Mane taknya,  tgh syok2 faz dan mak su faz bersembang dlm pukul 12.30 tdi tetiba dengar bunyi barang kat dapur beralih.  Mula2 ingatkan ibu pergi dapur nak masak ke apa kan..  Tapi agak2 la ibu tgh tido dlm bilik baru lepas makan, nak masak apa lagi tgh mlm buta ni kan.. 

Dengan perasaan yg tak sedap hati faz pun ajak mak su pergi jenguk dapur,  kebetulan mak su tido rmh faz mlm ni(mungkin ada hikmah kot).  Pergi je dapur,  faz dgn pantas amik dapur gas letak blakang pintu.  Ingatkan da reda da. Lepas je faz letak dapur gas tu,  bunyi pagar seolah olah dibuka sekali dgn bunyi kucing mengiaw..  Sedangkan kucing faz jenis yg akan berbunyi bila lapar je.  

Fuhhh.  Kelam kabut faz dgn mak su sediakan barang nak buat perang mlm ni.  Mana la tau kan..  Adik,  kakak,  sepupu semua faz kejutkan suruh tak tido balik.  Bertungkus lumus kte org sediakan kayu, ubat nyamuk versi spray bagai.  Pisau tu ada gak laa, tp faz tak galakkan dorg guna pisau. Maklumla dunia sekarangkan terbalik,  sebab nak selamatkan diri dr penyamun,  kang kte org pulak yg kene penjara sebab mencederakan penyamun.  Jadi kene hati2 la.  Kalau boleh sedia kayu tu,  kalau dah terjadi pukul sikit je bagi dia sedar,  mane la tau penyamun lepas diketuk sikit terus timbul kesedaran dalam diri dia.  Kalau tak pun,  alih2 kami yg jd arwah awal.  Huuu.  Nasib hang la labu..  Bila dunia dah terbalik.. 

Kejadian ni baru je terjadi kat family faz tadi.  Jadi faz nasihatkan,  cek semua pintu.  Sedia awal2 peralatan tu.  Kalau boleh jangan tido lena sgt,  tido ayam je.. 

Faz pun nak sambung keliling rumah ni, nak tgok kot2 ada yg tersembunyi area rumah ni.  Nak call polis,  takut lak ganggu.  Kene la bergerak sendiri.  Doakan faz ae.. 

Sekian..

7 Mar 2016

Istikharah..

Lepas satu satu..  Lepas satu satu..  Dugaan yg melanda. Aku tau aku kuat.  Aku tau aku mampu menghadapi.  Tapi kalau hari hari aku hadap benda yg sama, aku akui aku mula bosan.  Sampaikan aku dah tak anggap itu sebagai ujian tp aktiviti harian aku. Tahap kesabaran seorg manusia ada hadnya.  Dan ada masanya bisikan 'halus' lebih kuat bergema ketika perasaan tidak menentu.

Kadang kadang aku terfikir,  perlukah aku melepaskan nya atau perlukah aku pertahankannya?  Kalau aku lepaskan,  mungkin Allah ada perancangan yg lebih baik selepas ini.  Tapi kalau aku lepaskan juga bermakna aku mengalah.  Baru diuji sedikit dah nak give up.  Baru diberi ujian sedikit dah nak menggelabah. 

Hubungan mana yg tak menghadapi masalah.  Hubungan mana yg sentiasa bahagia.  Aku keliru dgn perasaan aku sendiri.  Aku bermain dgn hati aku sendiri. Mungkin faktor umur membuatkan pemikiran aku keanak anakkan.  Atau mungkin aku belum bersedia menjadi yg halal buat seseorg. 

Kalau sebelum ni aku belum menghadapi 'ujian'bertunang. Tapi sekarang aku faham apa yg dimaksudkan dgn dugaan bertunang.  Hal remeh pun kadang2 boleh menjadi punca pergaduhan besar.

Sampaikan aku rasa jika ada jodoh aku dgn si dia,  In Sha Allah aku terima.  Kalau tak ada,  aku yakin ada yg lebih baik Allah aturkan buat kami.  Aku redha. 

Istikharah......  Jawapan untuk semua tanda tanya aku selama ini... 

26 Feb 2016

Must watch : Munafik @ Syamsul Yusuf

Assalamualaikum.. 

Alhamdulillah selamat sampai kat rumah.  Maklum la baru lepas tgok cte Munafik.  Ya Allah timbul rasa keinsafan setelah menonton cte tu. 

Faz tak tau la bg yg lain tp bagi faz cte tu memang banyak pengajaran berkaitan agama dan amat sesuai untuk tontonan seisi keluarga. Seram seram tu tolak ketepi, yang penting message yg cuba disampaikan.

Buat pertama kali,  faz menonton cerita seolah olah sedang menghadapi realiti kehidupan seharian.  Betapa kerdilnya diri ini disisi Allah.  Betapa jauhnya diri kalau nak dibandingkan dgn makhlukNya yg lain. Pemakaian, percakapan bukan aspek utama menunjukkan diri kita beriman.  Bertudung labuh,  berkopiah, berjubah, bersroking kaki sekalipun Takkan dapat membuktikan betapa kita mengikuti segala perintah Allah dan meninggalkan laranganNya kerana takde seorg pun manusia yang begitu sempurna didunia ini.  Tambah tambah lagi apabila di abad akhir zaman ni.  Bukan sekadar luaran tapi yang membezakan kita berapa banyak kita buat sunat taubat,  istighar,  istiqomah, tawakal dalam sehari.  Selagi hidup kita dipenuhi makhlukNya, selagi itu la kita tidak lepas dari berbuat dosa. 

Kita patut bersyukur Allah menutup aib yg kita buat didunia.  Ya Allah.  Besar sungguh pengajaran cerita Munafik. 

Terbukti betapa besarnya pengorbanan Syamsul Yusuf untuk membuat cerita berunsur seram yg penuh dgn dakwah islam di dalamnya.  Sebagai saudara sesama islam, faz begitu berbangga dgn kejayaan beliau. 
 
Kalau dulu zaman sekolah karangan akan diminta menyenaraikan nilai pengajaran/murni/moral dalam sesebuah cerita. Cerita Munafik dari awal hingga akhir penuh dgn pengajaran sehingga tak tersenarai betapa banyaknya yg boleh kte perolehi. 

Faz doakan Syamsul Yusuf diberkati dunia akhirat.  Di lindungi di dunia dan akhirat. Tahniah sekali lagi sebab Munafik mendapat sambutan yg sangat baik sekali setakat ni.  Faz nasihatkan yg belum tgok cte ni,  sila sila la tengok.  Tak rugipun habiskan duit utk cerita yg berunsir dakwah islam.  In Sha Allah.
Tengok jangan tak tengok.....

Al-Fatihah

Sekian..

19 Feb 2016

Rezeki nak kawen

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..  Berkat sabar akhirnya faz terima panggilan diterima kerja.  Ya Allah.  Syukur tak terhingga.  Ye la.  Sapa nak jd penggangur kan?  Memang senang kalau dok rmh je.  Tp dgn keadaan ekonomi yg tak stabil sekarang.  Mane blh kte dok rmh je tanpa usaha. 

Faz dterima kerja dekat sebuah hospital kerajaan sbg admin.  Tp scope keje ape keje faz blom tau lagi.  In Sha Allah isnin ni mula kerja.  Rezeki nak kawen la katakan. 

Ehh.. 

Mungkin berkat doa ibu faz kot.  Tak putus putus mendoakan faz,  membantu faz selama ni.  Usaha ibu faz dua kali ganda dari faz.  Niat seorg ibu yg nak anak dia berjaya.  Beruntung sgt dikurniakan seorg ibu yg sangat memahami faz.  Ibu tak pernah mengeluh membantu faz selama ni.  In Sha Allah faz akan ingat jasa ibu dan membalas segala kebaikan ibu selama ni.  Thanks bu.  You're the best.. 

Tunang faz lak,  tak putus2 beri kata semangat dan sokong faz.  Thanks sebab berada disisi faz walaupun waktu faz tengah susah, takde ape2 yg nak dbanggakan dgn faz utk djadikan isteri.  Thanks terima faz seadanya. 

Family faz?  Thanks utk kata2 yg membina dan bantu faz selama ni.  I'm appreciate that.. 

Apa pun keje faz. Faz tak kisah.  Janji halal.  Faz akan hargai sepenuh hati.  Sebab faz pernah merasa sakit dan susahnya tak diterima kerja walaupun dan lebih ratus kali dipanggil interview. 

Sekian...

16 Feb 2016

Selamat Hari Jadi Tunangku

Assalamualaikum,

Aku pun tak ingat, aku pernah cte ke tak pengalaman pertama kali kenal tunang aku ni.  Tapi disebabkan hari ni hari istimewa buat si dia.  Aku akan cte dr first kteorg kenal.

Mula kenal pd 13 Mac 2015, masa tu last day aku bercuti kat KL slps habis LI dgn TM.  Waktu tu aku tgh tman akak aku OT.  Sebab da bosan sgt,  aku pun bukak wifi duduk kat kerusi layan fb,  twitter dan instagram.  Tetibe je ada 3 org lelaki mechanic tmpt akak aku keje dtg duduk kat kerusi dpn aku.  Mcm mcm la dorg cte,  tnye.  Tapi aku buat tak layan je. Bukan sombong tp ada sebab kenapa aku tak layan.  Dorg hairan,  ble dtny aku buat tak endah.  Akak aku yg kebetulan faham knape aku diam pun berbunyi
"Dia tak faham dan tak pandai cakap bahasa KL. Sbb tu dia diam" Ketiga tiga lelaki ni pun tercengang.  Tak pernah dgr kot org tak pandai ckp bahasa kl.  Ada la seorg ni dia tak give up give up ajak aku beborak,  seronok sgt kacau aku,  member die dua org sambung keje kat blakang, dia jual minyak dgn aku.  Kakak aku pun terkejut,  sbb akak aku ckp budak ni tak pernah kacau perempuan, pendiam,  budak baru la katakan tp bla dgn aku,  lain mcm je.  Budak ni tetibe bg no "013...." aku tgok muka die, dlm hati aku ' dah kenape budak ni tetibe 013,013' aku buat buat tak nampak.  Kakak aku paham trus ckp dlm loghat sarawak la "die nak bgi no tu, amik la.  Tak salah kawan". Aku tgok muka die,  die mengangguk.  Dah faham,  aku amik la no dia,  misscall.  Tak lama lepas tu die hantar whatsapp.  Tp die masih berdiri kat sblh tmpt duduk aku.  Kakak dan aku hairan, dekat tp ckp guna sms.

Tu la pertama kali kenal tunang aku...  Keesokkan hariny,  sblm flight aku balik ke kuching sarawak.  Aku belikan dia coklet tanda selamat tinggal. Akak aku la jd penghantar.  Sejak dr tu kami kerap berwhatsapp,  on the phone.  Kawan kawan kawan.  Tetibe, ibu aku bgitau yg family die nak dtg melamar dan ajak bertunang.  Terkejut beruk aku,  cane die blh komplot dgn  ibu aku.  Lupa plak yg kakak aku satu tmpt keje dgn die.  Lgpn kiteorg tak couple pun. Knl bru beberapa bulan,  takkan dah nak bertunang.  Fuhhh.  Nervous.  Sbb 7/09/2015 aku convocation, mak die plan nak dtg melamar pd 6/07/2015. Kebetulan aku convo kat KL.  Family aku pun kebanyakkan berhijrah kat kl.  Senang sikit dorg nak dtg.  Ibu tak kisah,  jd alhamdulillah semua pihak setuju kecuali aku.  Sbb umur aku masih muda buatkan aku takut nak melangkah ke alam baru.  Tp setelah dpujuk oleh ibu aku,  aku pun setuju.

Banyak gak dugaan kteorg selama bertunang ni.  Aku tak percayakan die, sering bertikam lidah sbb rasa ragu dgn die.  Tp lama kelamaan,  sejak aku berpindah kat KL selepas bertunang,  die merapatkan aku dgn keluarganya.  Family die melayan aku dgn baik.  Bahagia sgt.  Sejak dr tu aku mula percaya kat die,  dah senang hati aku balik ke Kuching untuk menyiapkan persediaan hari pernikahan yg akan berlansung In Sha Allah pd bulan 9 thn ni.  Skarang hubungan kami pun bnyk bertolak ansur,  walaupun jauh.  Kalau dah jodoh tak kemana.  Aku percaya dia,  dan dia pun percaya aku.  Berat gak ble nak buat keputusan nak berjauhan kembali.  Tp mengenangkan apa apa blh blaku ble berdekatan, masing masing darah muda. Aku pun ambil keputusan untuk berjauhan sampai hari bahagia kami nanti.



***
16 Febuari 1987 - 2016

Selamat hari jadi yg ke 29 bakal imamku. Terima kasih atas sgl pengorbanan yg tlh awk berikan selama sy berada di kl.  Terima kasih sbb tahan dgn perangai keanak anakkan sy,  Kdg kdg membuatkan awk mungkin menyampah.  Sy fhm klu selama ini awk tak bnyk luangkan masa bersama sy wlupun kte dekat,  dan jarang bermsg wlupun kte jauh.  Sy yakin awk tercipta hanya untk sy, In Sha Allah sy takkan musnahkan kepercayaan yg tlh awk bg kpd sy.  Mungkin buat masa skrg perasaan betul betul syg dan cinta blm hadir dihati ni utk awk,  tetapi sy janji stlh di ijab kabul,  sy akan menyayangi dan mencintai awk sepenuh hati sy.  Terima kasih juga sbb selalu mengingatkan sy ketika lalai,  mengingatkan sy tntg Allah,  menasihati sikap buruk sy.  Sy akui,  awk bkn lelaki yg romantis, caring,  meluangkan masa utk sy.  Tp sy percaya awk akan menjd suami yg hebat kelak. Krn awk tak pernah abaikan keluarga awk terutama mak awk wlu apa pun tjadi.  Sy bersyukur dan terharu sgt sbb dberi peluang mengenali awk sekeluarga.  In Sha Allah jika ada jodoh kta,  sy akan cuba jd yg tbaik utk awk.  "okay sgt cliche di situ.  Amboihhhh"

Hmmm. Tu je kot.  Hahaha.  So bro,  happy Birthday semoga dikurniakan kesihatan yg baik. Dimurahkan rezeki.  Di lindungi di dunia dan akhirat..  Take care my future husband, Azri Hisyam Omar.

5 Feb 2016

Terharu kesungguhan si dia

Assalamualaikum..

Buat pertama kali betapa aku terharu kesungguhan tunangku untuk memperisterikan aku.  Tak pernah sebelum ni aku dapat layanan sedemikian.  Kadang kadang aku terfikir,  layakkah aku dapat seseorg seperti dia?  Dapatkah aku membahagiakan dia sepertimana dia membahagiakan aku selama ni?

Ala klu sebelum ni org dpt post hal couple dua hari mnde,  masih setia bagai.  Takkan aku post hal yg wat aku terharu tak leh.  Aku sure tak jd viral punyeee..  Lek laaa..



Selama aku kat KL,walaupun dia terpaksa membahagikan masa keje,  family tetapi dia tak pernah mengabaikan keperluan aku.  Sekarang aku da balik kuching,  kalau mula mula dulu aku selalu cari gaduh sebab dia jarang luang masa nak msg aku,  call aku tp sekarang sungguh aku menangis sbb kesiankan dia.  Baru beberapa hari yg lepas dia demam,  selsema trok tp hari ni masih bkeje sampai 1 2 pagi sbb nak cr duit utk kami kawen.  Stakat ni apa yg mampu aku bantu ialah utk faham keadaan dia,  cuba bertolak ansur.  Usaha cari duit utk bantu dia. 

Aku percaya mungkin ada hikmah Allah hantar seseorg yg bsungguh sungguh dgn kta.  Kalau sebelum ni aku kurang percaya,  eh bukan kurang tp tak percaya lansung lelaki sbb selalu dipermainkan tp sekarang ni cukupla seorg utk membiat aku percaya yg lelaki mcm ni masih wujud.  Walaupun aku tau bnyk lgi lelaki yg baik, umurku masih muda utk mencari yg lebih baik tp aku tak nak.  Dia da cukup baik untuk aku.  Aku terima kekurangan si dia seperti si dia menerima kekurangan aku.  Dia tak pernah mengeluh walaupun terpaksa keje seorg,  dan terus beri galakkan utk aku bersabar dan akan ada satu hari aku mendpt pekerjaan dgn berkat aku bersabar.  I truly can't open my eyes for anyone else....  

Sekian.. 

3 Feb 2016

SPA punya pasal~

Assalamualaikum..

Fuhh.. Masak masak.. Da berapa tahun aku tunggu nak update SPA ni.. Tak gak pass pass.
Menguji kesabaran betul. Nak masuk dlm dunia kerajaan ni kene zalim sikit. Mulut tu tok sah nak cakap. Tipu kalau cakap bila da mula duduk depan laptop nak apply je tp tak mencarut. Kan Kan KAN??? Lebih lebih lagi klu internet slow umpama siput, perut lapar, dgn bunyi org bising. Fuhhh.. Memang mencabar.

Tu baru apply, blom da nak exam online. Yg tu tak yah cte la kan. Sape je yg pnh nak exam mesti faham punya. Lantak la jawapan betul ke tidak. Yg penting lulus dan lepas stage temuduga. Time temuduga tu la kluar word clicheny.. Nak wat terbaik la, nak yakin diri la. Macam macxam nak. Yg kurang cantik pun boleh jd tercantik. Bayangkan.. Betapa besarnya semangat org nak keje ni.

Kadang kadang tu ada gak dengar cte sampai sanggup nak rasuah merasuah tu. Yg tu aku dgr je.. Nak cte or tokok tambah tak berani lak. Takut jdny fitnah. Haaaa... Merangkak aku kat padang masyhar nak mintak ampun., Baik aku stop sini..

Skrg pun aku tgh tunggu nak update spa lagi ni. Ada ke tak jawatan kosong. Lantak la~ Janji aku update. Wish me luck guys. XOXO...

Byeee~

11 Jan 2016

Bukan aku nak title Penganggur!

Assalamualaikum..

Sedih hati ni bila sering kali dibasahi dgn soalan yg lazimnya bukan kta nak bende tu jd..
Setiap kali jumpa member ke family terutama saudara mara,  slalu sgt tny
"Awak tu sampai bla nak tanam anggur? "
"Dah dpt diploma pun masih nak blajaq jd suri rmh"
"Awak tu dh nak kawen,  bla lgi nak keje bantu bakal suami? "

HokAloh.. Ingat org nak sgt ke dok rmh tanam anggur wlaupun dh graduate..  Tak tau ke zaman sekarang ni peluang pekerjaan dh tipis sgt.  Zaman sekarang ni klu nak keje semua nak yg ada pengalaman 2 3 thn bekerje.  Yg aku tak fahamny, bla fresh graduate tak dibagi peluang untuk bekerje sampai ble nya nak dptkan pengalaman.

Boleh je kalau nak amik pengalaman keje waitress ke sales promoter ke..  Tp sampai bila......  Tak guna la ada diploma kalau nak keje mcm tu.  Bukan sombong atau memilih pekerjaan.  Tp ibu mane nak tgok anak yg dh ada diploma keje mcm tu.  Ibu mane happy kalau anak keje stakat tu.  Kene gak fikir perasaan ibu yg penat lelah cr duit untuk kita masa belajar tp lepas graduate keje amik order pelanggan.  Tak ke sedih.

Nak bukak bisnes sendiri?  Boleh....  Tp tengok la keadaan kerajaan kita sekarang.  Ekonomi kita sekarang.  Dgn kos hidup meningkat,  mampu ke nak cari duit untuk buat modal.  Artis malaysia sekarang ni pun bersaing nak buat bisnes.

Jadi kesimpulannya, terpaksa la kita berusaha, sabar dan tawakal selagi belum diberi rezeki untuk bekerje.  Rezeki tu milik Allah.  In Sha Allah,  akan tiba masa untuk aku berkeje..

10 Jan 2016

Persiapan Perkahwinan..

Assalamualaikum.

"WHAT??? Dah nak kahwin dah ke?"

"Betul ke?"

"Eh kau tak rasa muda sangat ke nak kawen?"

"Serius ke laki tu nak kat kau?"

"Persediaan cane? dah siapke?"

Tu la soalan yg sering faz terima sejak faz bgitau member faz nak kawen....
Faz sendiri pun seakan tak percaya yg faz bakal berkahwin. Cte hal persediaan, runsing nak fikirkan macam mane nak mula. Kalau ikutkan faz, faz nak perkahwinan yg simple je. Cukup sekadar buat majlis akad nikah dan makan doa selamat. Tak yah nak berhantaran. Alaaaa.faz tak suka keje yg melecehkan. memang la perkahwinan sekali dalam hidup. Tapi nak buat besar besar pun bukan org akan ingat pun perkahwinan faz nanti. Bukan artis pun nak kene buat meriah. Cukup la faz dan pasangan yg ingat hari terindah pada hari tu nanti.

Tapi bagi family faz pulak. Ni merupakan perkahwinan pertama antara cucu nenek2 faz. Kalau boleh dorang nak yg terbaik untuk faz dan bakal pasangan faz nanti. Cte je hal kawen, mesti family faz yg excited.

Banyak gak faz wat research nak pelamin cane, baju kawen cane, kad kawen cane, catering nak guna brapa banyak. Kalau ikutkan bajet kteorg takde la besar, ala kadar je. Setakat ni takde satu pun berkenan kat hati ni.

Untuk tema lak, bakal suami faz nak tema krim. Faz lak nak putih.. Bakal suami faz nak buat barang hantaran, faz tak nak buat. Aduhh.

Jadi secara lazimnya, satu bende pun belum tersedia. Huhu. Dulu faz ingat senang. Rupa rupanya susah gak ae nak kawen ni. Hehe.

Apa apa pun faz harap yg terbaik pada hari perkahwinan nanti, In Sha Allah. Semoga dipermudahkan. Amin...