Al-Fatihah buat Mama awak... :'(

Assalamualaikum,

Pernah tak korg rasa, satu perasaan rindu yg teramat sgt kat org yg korg syg? Pernah tak korg rasa macam mana perasaan kehilangan org yg korg sayang? Satu perasaan yg amat meruntun jiwa. Betul tak?

Tengah faz dok godek godek IG atau nama panjangnya Instagram, stalk kawan lama2 faz, tgn faz terhenti dekat satu gambar dan captionnya membuatkan hati faz sebak. Gambar arwah ibunya yang baru meninggal dunia. "Hancur rasa hati aku bila mama meninggalkan aku, aku akan sentiasa rindu dgn awak ma, bergosip, bergurau, marah, nasihat, masak, tidur dengan aku, dan benda yang akan paling ku rindu bila mama cium dahi aku sebelum aku kluar dan mama akan cakap 'I LOVE YOU' , aku jawab 'I LOVE YOU TOO Mama' tp Allah lebih sygkan mama. Semoga mama tenang disana. Aku akan sentiasa mendoakan utk mama."

Betapa sedihnya perasaan insan ini ketika kehilangan ibunya. Faz faham sebab faz pernah kehilangan ayah. Tapi untuk kehilangan ibu? Sukar untuk faz lafazkan bagaimana akan faz alami. Mampukah faz setabah insan ni. Mampukah faz menghadapi hari hari mendatang tanpa seorang ibu disisi. Banyak banyak comment kat gambar dia, ada satu comment yg membuatkan faz tersentuh "Takziah. I'm feel sorry for your lost. But remember she's fine there. Allah loves her more than us. If u love ur mother keep praying for her. Mendoakan dia dalam setiap solatmu. Banyakkan bersabar."

DOA UNTUK IBU


Ya Allah, Engkau rahmatilah ibu ku.  Aku pohonkan rahmat Mu dan keampunan Mu untuknya.
Ya Allah, Engkau anugerahkan lah kepada dia kesihatan yang berpanjangan kerana dia telah mengandungkan aku dengan susah payah.

Ya Allah, Engkau anugerahkan sebesar-besar ganjaran kepadanya kerana telah melahirkan aku.
Ya Allah, naungilah dia dengan kasih sayang Mu kerana dia telah menyusukan aku dengan penuh kasih sayang.
Ya Allah, anugerahkan ganjaran Mu diatas kesabarannya yang telah membesarkan aku.
Ya Allah, Engkau kurniakan kepadanya darjat yang tinggi di sisi Mu diatas ketabahannya menanggung kesedihan dan kekecewaan  dengan perangai aku yang menyakit kan hatinya, mengaibkannya dan berbagai-bagai perbuatan ku.
Ya Allah, anugerahkan kepada semulia-mulia tempat di sisi Mu kerana dia tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan diatas setiap pengorbanannya dari ku.
Ya Allah, kurniakan kepadanya iman yang sempurna. Kesihatan tubuh badan yang berterusan. Mendapat Ilmu yang bermanafaat. Di murahkan rezeki yang halal. Engkau masukkn lah dia kedalam golongan orang-orang yang dapat bertaubat sebelum mati, mendapat rahmat Mu ketika mati dan mendapat keampunan Mu sesudah mati.
Ya Allah, permudahkan lah dia  ketika menghadapi sakartul maut dan lepaskan dia dari  di hisab.
Ya Allah, jangan lah Engkau biarkan dosa-dosanya melainkan Engkau ampunkan jua.
Ya Allah, janganlah Engkau biarkan dia bersedih melainkan Engkau hiburkan mereka dengan kurnia dan nikmat Mu.
Ya Allah, janganlah Engkau biarkan dia kesunyian melainkan Engkau temani dia dengan hidayah dan petunjuk Mu.



Sekian..

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Terbang Tunduk by Fynn Jamal

Boulevard Kuching Sarawak

Selamat Hari Jadi Arwah Ayah