Kelab Blogger Ben Ashaari

Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

11 May 2015

Cemburu? Wajar atau tak wajar?

Assalamualaikum,

Kata org cemburu tandanya sayang? Tapi kalau cemburu yg berlebihan tu, tak boleh gak kan?

Nak dijadikan cte, semalam faz on the phone dgn bakal suami faz. "waaa. Da dpt gelaran bakal suami" haha. Dia tanya, minggu ni faz ada msg dgn kwn ke tak 'maksud dia tu kawan lelaki' setiap minggu dia mesti akan tanya soalan tu. Faz pun jujur la. Oleh kerana number yg faz guna ni number baru jadi takde seorg pun kwn lelaki faz tau. Kecuali dalam wechat tu banyak la. Tapi selepas ada dia, faz da tak msg lagi dgn dorg. Faz tanya dia, kenapa dia tanya camtu? Dia cakap dia cemburu. Faz pun diam. Sebab selama ni pun kalau ada yg msg faz, faz akan bagitau dia. Mungkin seminggu dua ni faz tak bagitau, takut gak dia syak yg bukan2. Ibu ckp, kalau bende yg kta nak bagitau tu boleh menyakitkan hati org, baik diamkan. Takut nanti boleh timbulkan pergaduhan. Jadi sekarang faz amik langkah berjaga2. Ada bende kte boleh share, tp kalau bende tu menyakitkan, baik tak yah share. Ada betul gak tu.

Faz tanya balik,
"Awk ada ke msg ng kwn awk?"
"Ada. Bestfriend sy."
'Okay. Faz memang tau dia ada seorg bestfriend perempuan.'
"Oh, selalu ke awk msg dia? Dia cte apa kat awk?"
"Selalu la jugak. Tapi kteorg jarang berjumpa. Dia cte dia sakit kaki. Urat kaki dia lari."
Lepas tu faz diam je, sampai dia berbunyi balik.
"Awk jgn fikir bukan2 k, kteorg kwn baik je. Dia pun da ada boyfriend. Kteorg da mcm adik beradik dah. Kadang2 klu dia ada masalah ng boyfriend dia, dia akan cte kat sy.
 Nanti kalau awk g KL sy bwk awk jumpe ng dia aee."
"Eh knape pulak sy nak g jumpe dia?"
"Takde la. Saje nak kenalkan awk dgn dia. Sy pun da cte hal awk kat dia. Hehe."
Siapa kat tempat faz, mesti faham apa yg faz rasa. Bukan bermaksud faz cemburu, tapi...
"Awk, cth la klu sy ada bestfriend lelaki, sy rapat giler ng dia, semua bende sy cte kat dia. Sy sakit, sy gaduh ng awk, sy ada masalah pun sy cte kat dia. Awk benarkan tak?"
"Eh knape pulak, sekarang awk kan da ada sy. Awk blh je share cte ng sy. Knape awk ada bestfriend lelaki ke?"
Dalam hati faz 'tau pulak dia. Dah tu perasaan aku?'
"Dulu memang ada, tapi sebab dia terlebih care, baik perasaan kat dia tu jadi lain wk, bukan perasaan sekadar sayang seorg kwn karib je. Sampai la masing2 ada pasangan, then kteorg putus kwn."
"Maksud awk, awk sygkan dia?"
"Ha ah.. Tapi tu dulu, sbb perasaan tu la kteorg buat keputusan bwk haluan masing2. Sy undur diri, dia pun sama. Sebab tu sampai sekarang sy takde bestfriend berlainan jantina. Sbb sy tau, tipu kalau takde perasaan sayang lebih dr seorg kwn....... Awk lak, awk tak pernah ke ada perasaan kat dia?"
"astagfirullahalazim.. Takde wk. Sumpah. Sy anggap dia bestfriend je tak lebih dr tu."
"Mungkin pada awk, sbb awk lelaki. Klu pada dia?........."
"Ya Allah. Awk ni, takde la wk. Sy kenal boyfriend dia, dia da kenalkan pun. Tak mungkin dia ada perasaan kat sy. Okay camni, klu awk tak nak sy bkwn dgn dia, takpe, sy dgr ckp awk."
"Eh. Knape lak sampai camtu, sy tak mntk pun awk putus kwn, sy cuma nak awk fikir. Sy tak kisah awk nak bkwn ng sape pun. Sy takkan halang. Cume sy harap awk tau batas........"

Tu la lelaki, kadang kadang amik mudah je. Perempuan kan hati dia lembut, tak banyak yg perempuan harapkan. Cuma seorg lelaki yg faham dgn perasaan dia. Sebab tu entry faz before ni ada cte knape lelaki dan perempuan tak boleh jadi kwn karib atau sahabat. Mungkin bagi lelaki tu perkara biasa. Tapi bagi perempuan, kaum hawa yg lemah, mudah cair. Wlupun lelaki tu cuma tanya "awk da mkn?" perempuan akan rasa diri dia disayangi. Klu faz sendiri, faz bukan seorg yg suka berkongsi masalah dgn sesiapa saja, faz akan kongsi dgn org yg faz percaya, org yg faz selesa utk bercerita. Tak semua org layak dpt title "bestfriend" tu. Sebab tu faz rasa pelik bila bestfriend perempuan dia cte masalah dan kesakitan kat dia. Tu maknanya, perempuan tu selesa dgn dia. Tambah pula, faz tau dia ni seorg yg caring, baik hati, lembut dgn perempuan. Hati mana yg tak cemburu. Mungkin kalau sebelum ni, dgn ex faz lain, faz tak pernah ada perasaan cemburu, mungkin sebab dorg tak care pasal faz tapi dgn dia, faz akui faz memang cemburu. Huhu. Wlu apa pun, faz kene fikir waras, tak boleh biar cemburu kuasai diri. Selagi dia belum menjadi yg terhalal dalam hidup faz, faz akan biarkan. Tapi klu dah halal, jd hak milik faz yg hakiki. Jgn kata nak tegur, pandang pun da tak boleh. Hehe. Takdela.

Sekian...

5 May 2015

Dugaan bercinta jarak jauh

Assalamualaikum,

Alhamdulillah.. Setelah sekian lama tak menerpa masuk blog ni, dpt gak faz curi masa nak membuka blog. Nak katakan takde masa tu tak gak, memang banyak masa. Tapi nak buka blog ni nampak payah sikit. Hihi. Maklum la tengah sibuk bercinta. Oppssss! Bercinta ka kte?

Hurmm. Faz pun tak tau.. Tp faz rasa dia la calon yg selama ni faz cari. Memang menepati piawai ciri2 suami mithali dan suami idaman faz. Sering mengingati faz tentang solat, ringan tulang, hormat org tua, pandai memujuk, pandai amik hati, serious dlm perhubungan, yg plg penting terima faz seadanya.

Memang menjadi lumrah dalam perhubungan akan ada perselisihan fahamkan? Sedangkan lidah lagi tergigit.. Inikan pula hubungan baru setahun jagung. Tambah tambah lagi bila berjauhan mcm ni. Memang faz akui, hubungan jarak jauh lebih baik sebab dapat mengelak dr membuat maksiat dan selalu berjumpa mcm pasangan lain tapi dugaan dia memang besar.

Sekarang ni kami pun dalam proses nak melangkah kehadapan. Mungkin akan bernikah pada tahun hadapan. Kalau nak kenal hati budi masing masing, lepas nikah pun boleh kot. Lagipun dia yg berkenan dgn faz, dan kakak faz yg aturkan kami sehingga jadi ke sekarang ni. Faz dalam proses belajar utk menjadi lebih matang. In Sha Allah. Manusia boleh berubah kan. Kalau benar dia jodoh faz, tak kira apa pun yg terjadi antara kami, kami akan bersatu jua. Jika dia bukan utk faz, faz redha. Mungkin Allah menyediakan yg terbaik utk hambaNya. Doakan faz bahagia ya.

Sekian..