Anas Arsyad Gallery

Anas Arsyad Gallery

Followers

25 Nov 2014

Mensyukuri Nikmat Allah s.w.t


Kita diberi kemewahan
Kita diberi sifat yang sempurna
Kita diberi peluang untuk hidup
Kita diberi akal untuk berfikir

Pernahkah kita bersyukur
Pernahkah kita bersedekah
Pernahkah kita hargai
Pernahkah kita menjaganya

Kemewahan bukan segala galanya
Duit tidak dapat di bawa ke kubur
Ya! Kita tahu itu
Tetapi itu yang kita kejar

Allah menguji kita dengan kemewahan dunia
Adakah kita akan bersyukur dengan apa yg kita dapat
Allah memberi peluang kita guna setiap masa yang ada
Adakah kita menghargai setiap masa
Untuk berbakti kepadanya

Aku hidup kerana Allah
Kerana takutkan pembalasanNya
Kerana inginkan nikmat akhiratNya
Aku syukur dengan ada Nya
Aku tidak perlu benda lain
Aku tidak perlu kekayaan dunia
Kerana ku kejar hanya satu
KeredhaanNya
Di Akhirat kelak


Doa Mensyukuri Nikmat Allah S.W.T

Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya selalu mensyukuri akan nikmat-Mu yang Dikau kurniakan padaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya daku tetap mengerjakan amal soleh yang Dikau redhai. Dengan rahmat-Mu masukkanlah daku ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh.” 
(An-Naml/27: 19).

“Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya selalu mensyukuri akan nikmatMu yang Dikau kurniakan padaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya daku tetap mengerjakan amal soleh yang Dikau redhai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu).”
(Al-Ahqaf/46: 15).

1 comment: