Kelab Blogger Ben Ashaari

Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

26 Nov 2014

Disebabkan Game aku geram

Assalamualaikum,

Seperti yg korg sedia maklum, aktiviti game seperti COC, candy crush, and so on semakin berleluasa di kalangan masyarakat malaysia. Chewahhhhhh. Bercekarama pulak budak ni

Apa yg faz cuba katakan sebenarnya kenapa faz benci sangat benda yg dinamakan game ni. Tak dinafikan, faz juga pernah bermain game. Tapi sekarang ni memang jarang kalau boleh, tak nak main lagi. Nak tau sebab apa?

Adik faz, Abob dan ibu faz memang addicted sgt bermain game. Tu yg faz benci sgt game ni. Kalau ada je masa terluang, dorg confirm akan cari game dulu. Ada je masalah, dorg mesti selesaikan dgn bermain game dulu. Kadang kadang kalau faz balik keje, kan kte penat,dulu faz selalu cte kat ibu faz, dia dgr then bagi nasihat. Sekarang, faz cakap dia akan iya kan je. Adik faz lak, dulu kalau faz marah or bising kat dia, dia confirm tak kering gusi buat faz gelak. Sekarang, kalau faz marah, dia buat tak endah je. Seolah olah ada moto baru kat rumah faz. KEEP CALM AND PLAY GAME.

Faz bukan nak melarang dorg main game tp at least la layan gak faz yg masih wujud ni. Kalau masa dgn family tu, jgn la dok main game je.

Pernah gak kwn faz cte, sebab game pasangan kekasih, suami isteri pun boleh gaduh. Faz tak faham la. Best sgt ke game tu? Ada lak yg faz tengok, time traffic light tgah merah dia sempat lak layan COC. Waaaa. Bila je traffic light tukar hijau, dia masih tak perasan. Apa lagi, teruk la dia kene arah gn pemandu lain. Time nak lalu sebelah kereta dia, faz sempat bagi double thumbs up kat dia. Nak kata faz jahat pun faz tak kisah. Siapa suruh layan game masa memandu.

p/s: Untuk sesiapa yg addict main game tu, mohon maaf kan faz. Faz cuma kongsi apa yg faz lihat dan rasa. Kalau korg disituasi faz, korg mesti faham perasaan faz. Main boleh, tapi jangan sampai lalai dan lupa tanggung jawab kte kat Allah, keluarga dan masyarakat.

Sekian..



1 comment:

  1. budak zaman sekarang terlebih maju dalam bab2 IT ni

    ReplyDelete