Kelab Blogger Ben Ashaari

Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

31 Dec 2014

My Bestfriend of The Year

Assalamualaikum,

"Bestfriend" apa yg dimaksudkan dengan bestfriend. Korg faham ke apa tu bestfriend? Mungkin sesetengah takkan faham, mungkin segelintir je yang faham. Hari ni aku nak cte seorg insan yg sentiasa berada disisi aku tak kira masa aku susah dan senang. Persahabatan yg aku sendiri tak sangka terjalin sehingga ke sekarang ni.

Kami kenal dari kecik, sebab parent kami sama tempat keje. Oleh kerana keadaan tidak sesuai, aku tak tau pun kewujudan dia. Sampai la kami dipertemukan sewaktu aku mula masuk kolej, 8 Mei 2012. Sejak dari tu, kami mula rapat. Sehingga la satu saat, berlaku salah faham diantara kami. Keadaan jua la memisahkan kami. Masing masing ego, baik aku mahupun dia, kami tak minta maaf walaupun tak tau mana silapnya. Mungkin tu dugaan yang Allah berikan untuk menguji persahabatan kami. Mungkin gak ada hikmah disebalik dugaan  yg kami terima.

Kuasa Allah melebihi segalanya. Kami berkawan semula sehingga kini. Aku bersyukur hadirnya dirinya disisiku selama perjuangan ku selama ni. Kesilapan dahulu mengajar kami untuk berfikir lebih dewasa. Walaupun aku mempunyai sahabat sendiri, tetapi belum tentu sahabat aku sentiasa mengingatiku. Dikala aku susah senang, dia sentiasa bersamaku. Kami ketawa bersama, menangis bersama. Setiap masaku lebih bersama dengannya. banyak yang aku belajar ketika mengenali nya. 

Seperti persahabatan yg lain, kadang kadang kami bergurau kasar, kadang kadang kami meluahkan rasa tidak puas hati, kadang kadang kami menangis ketika meluahkan masalah masing masing, lebihnya kami gelak sebab lawak yg kami bikin sendiri (Walaupun aku rasa lawak tu tak masuk dek akal). Apa lagi yg perlu ku cari erti sebuah persahabatan.

Tipu kalau cakap dalam persahabatan takde yg sakit hati takde yg annoying. Banyak memang banyak, tapi perasaan tu aku simpan, aku buat tak nampak, aku buat tak tau, aku elak. Kerna ku tau aku juga banyak menyakiti hatinya. Aku tau dia juga banyak bersabar ketika bersama dgn ku.

Sepanjang tahun 2014 ni 365 hari lebih kurg 300 hari aku meluangkan masa bersamanya. Jika aku dapat meluahkan rasa terima kasih yg tak terhingga kepadanya, Ya aku akan menyatakan seikhlas ikhlas hati ku. Persahabatan inilah yg ku cari. Persahabatan ini? In Sha Allah akan ku jaga sampai bila bila. Bagi ku erti sebuah persahabatan amat bermakna dalam hidupku.
video


"Nurul Amira Sukerdi.. 
Terima kasih sebab sudi jadi kawan faz. Terima kasih sebab sentiasa disisi faz selama ini. Faz tak tau macam mane nak ucapkan Terima kasih tak terhingga kat awk. Chewaaahhh 'awk' "perli siap kau, kbai. Eh kau bai :p" haha. Acah acah. Ikhlas dari hati faz, faz nak ucapkan bebanyak terima kasih. Sebenarnya faz nak cte semua hal kita, apa yg kita dok buat hari hari, apa yg kita dok leter hari hari, tapi nanti hang cakap aku dok melalut. Sebab tu cte banyak terpotong. Kalau dapat setiap lagu yg kita nyanyi, makanan yg kita makan pun faz nak listkan. Haha. Thanks. In Sha Allah. Faz akan kekalkan persahabatan ini sampai bila bila. Nak letak gambo kte tp hp ku hilang jadi, skip la bab bab gambo ni. Thanks again and I Love You :D
-Faz-"


P/s: Aku rasa sweet hari ni. Amboiii cte mengalahkan org bercinta. Sebenarnya aku nak cte yg lawak tentang kami tak tau kenapa entry ni jadi lebih bermakna. Haha. Untuk sahabat and kawanku yg lain, Korg pun bermakna dalam hidup faz. Faz tak cte hal korg bukan bermakna korg bukan sahabat terbaik faz. Mohon jangan salah faham. Thanks sebab ada disisi faz saat suka dan duka. korg memang terbaik. In Sha Allah. Kita semua berkawan sampai bila bila. In Sha Allah. Syg Korg :)

Sekian..

30 Dec 2014

Berakhirnya sebuah cerita

Semua orang mengharapkan kehidupan yang berakhir bahagia. Seperti sebuah novel, movie, drama diakhiri dengan tangisan kebahagiaan. Begitu juga aku yang mengharapkan pengakhiran yang bahagia dalam hidupku.

Berakhirnya sebuah cerita bukan bermakna berakhirnya jalan kehidupan seseorang. Tertutupnya buku lama untuk memberi ruang kepadaku untuk menceritakan perjalanan akan datang dengan membuka lembaran baru. Mencorak jalan cerita kehidupan yang bakal aku lalui.

Motifku hanya satu supaya diberi peluang untuk menjadi seorang yang lebih baik dari masa ke semasa. Bukanlah sesuatu yang mudah tetapi tekad seorang gadis sepertiku tiada siapa yang boleh menghalang kerna ku tau Allah ada bersamaku disaat aku berjuang untuk berhijrah ke jalanNya.

Hijrah? Sudah lama aku impikan. faktor umur, jantina dan kemampuan menghalang niatku. Tetapi sekarang aku sudah dewasa. Bakal menambah satu angka dibelakang umurku. Adakah faktor umur menghalang perjalananku untuk berhijrah lagi sekali?

Seperti yang aku cuba perkatakan, tiada jalan cerita yang berakhir bahagia. Liku liku kehidupanlah yang mendewasakan kita untuk mengikut persimpangan jalan yang bakal kita tempuhi. Bergantung kepada kemahuan seseorang individu memilih jalan kehidupannya.

Akan ku cari sinar keredhaanNya. Akan ku terokai ilmuNya lebih mendalam. Akan ku gagahi segala ujianNya untukku. Agarku dapat mencari apa yg ku cari. HidayahNya yang ku inginkan, KetenanganNya yang ku dambakan. Tiada apa yang ku perlukan melainkan mengejar SyurgaNya bersama org yang ku sayangi. In Sha Allah.






28 Dec 2014

Selamat Hari Jadi Arwah Ayah

Assalamualaikum,

29December:  Sedar tak sedar, masuk tahun baru, hampir 16 tahun peninggalan arwah ayah. Dan hari ni merupakan hari jadi beliau yg ke 47. Selamat hari jadi ayah.  Faz terkilan sgt tak dpt menunaikan tanggungjawab sebagai anak, belum sempat membalas jasa baik ayah menjaga faz selama 5tahun.

Ayah merupakan hero terhebat pernah faz jumpa. Faz minta maaf tak dapat menjaga keluarga kte dgn baik. Semakin faz membesar, faz seolah olah merasakan yg ayah masih ada disisi faz sehinggakan faz termimpi bahawa ayah menyuruh faz menjaga ibu dengan baik. Sekarang faz faham maksud disebalik mimpi tu.

Mungkin benar kata org, anak pertama tidak semestinya bijak dalam menguruskan keluarga, anak manja tidak semestinya akan mementingkan diri sendiri. Faz akan galas tanggungjawab sebagai seorg anak dan kakak sampai adik menjadi seorg yg matang dan mampu membimbing kami.

Setiap kali faz berbuat sesuatu yg kurang baik, faz akan fikir keadaan ayah dikubur. Penyeksaan yang ayah hadapi dikubur. Sehinggakan faz menangis mengenang nasib ayah yg menanggung dosa kami, anak anak ayah. Ayah. Maafkan faz ayah.

Faz harap faz akan tetap tabah utk menjaga keluarga. Walaupun kadang kadang faz hampir berputus asa.
Tetapi kerana ibu dan arwah ayah, faz akan kuat. In sha Allah. Sayang dan rindu ayah. Al-Fatihah.

Ayah
Pengorbananmu takkan ku lupa
Senyumanmu tersemat di kalbuku
Saat engkau mendukungku
Saat engkau menemaniku
Menyeka airmataku yang mengalir

Ayah
Jauh disudut hatiku
Aku rindu padamu
Rindu kasih sayangmu
Rindu belaian seorg ayah
Takkan pernahku lupa 
Kenangan kita bersama

Ayah
Kini hanya Al-Fatihah dapatku kirimkan
Sebagai hadiah pembalasan jasamu
Kau pergi utk selamanya
Meninggalkan nama dan kenangan

Ayah
Semoga kita dipertemukan 
Di  alam yang baharu
Semoga aku dapat
Melunas rindu utk ketemu dirimu
Semoga berpisahnya kita di dunia
Akan menemukan kita kembali di akhirat
Yang kekal abadi kelak



Sekian.. 

26 Dec 2014

Mood aku dalam sehari

Assalamualaikum,

Mood? Apa tu mood? Dulu faz tak faham apa maksud mood tu, sampai sekarang kot faz tak faham, apa benda tu. Alaa korg, takyah nak gelak faz, kalau korg tanya kat sekeliling korg, 94% akan cakap dorg tak tau. Kalau tak percaya, nahhh, Faz bagi masa 10 saat p tanya org kat sekeliling korg. Dorg confirm blur 10 saat, teetttttt. Masa pun tamat. (Mana taknya, korg tetiba nak tanya apa itu mood? Mesti la org blur) Kan? Betul tak apa faz cakap? Jadi takyah nak gelakkan faz.

Kalau korg nak tau, aktiviti faz sebelum tidur, faz akan cuba putar balik ingatan faz dalam sehari, apa yg faz buat dalam sehari, baik ke buruk, dosa ke pahala, buang masa ke hargai masa dan listkan mood faz dalam sehari.

Mood faz ni senang sangat nak dijangka, sebab faz jenis yg tak tetap pada satu mood, contoh, kalau faz tengah sedih ke kecil hati ke, org buat lawak or bagi apa yg faz suka, faz terus okay. Happy balik. Sebab tu faz jarang nak marah kat org, ada la kot marah tp tak lama. Cara faz nak lepaskan pun senang, kalau touching ke, marah ke, sedih ke faz akan menangis. Faz tak nak ikut emosi sangat sebab faz takut org yg kat sekeliling faz akan turut terpengaruh dengan mood faz. Faz tak nak. Kalau faz ada masalah, kadang kadang kalau faz selesa kat org tu, faz akan luahkan tp kalau faz tak selesa, faz akan pendam.

Tapi faz tak suka tengok org yg berada kat sekeliling faz sedih. Kalau faz tengok dorg sedih, kadang kadang faz akan menangis sama dengan dorg. 'Eh.. Bukan kadang kadang, kalau dorg nangis, faz confirm nangis bersama.' Kadang kadang faz akan buat lawak tah apa apa, biar faz nampak macam org yg teeetttttt~ asalkan dorg happy balik.

Perempuan kalau datang bulan, mood dorg, faham je la kan camne. Tapi faz pandai control, musim datang bulan mood faz makin ceria. Ada gak member faz tegur "Ishhh, tak betul kawanku sorg ni, org kalau datang bulan, moody, dia makin menjadi lak gelak. Tak faham aku." Faz buat tak tau then ketawa balik.

Pelikkan? Hhehe. Mungkin dah terbiasa happy kot, tu sebab tak pandai ikut emosi sangat. Lagipun faz pernah cakap yg faz takut muka jadi semakin tua kalau selalu sangat moody, tu sebab faz tak reti nak emosi lebih. Hehe.

p/s:Mohon jangan terasa. 

Sekian..

Kalau nak cari jodoh...

Assalamualaikum,

Ibu sering berpesan, kalau nak cari pasangan sehidup semati, kena cari suami yang taat pada ibu bapa dan keluarganya. Yang mempunyai tanggungjawab dan ringan tulang. Itu ibu faz pesan. Bagi faz lak?

Okay bagi faz, simple je, faz nak seseorg yg In Sha Allah membimbing faz didunia dan menemani faz hingga ke akhirat kelak. Dalam erti kata lain, dapat mendidik faz lebih mendalam tentang ajaran islam, menerima kekurangan faz, mendidik anak anak supaya menjadi anak yg soleh dan solehah, mengajak faz ke jalan Allah dan yang paling penting mencintai faz kerana Allah. Kaya atau miskin, kacak atau tidak bukan menjadi ukuran mencari jodoh.

Soundcloud:

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu



Sekian..

25 Dec 2014

Handphone Aku HILANGGGGG

Assalamualaikum,

Banyak perkara yg terjadi hari ni, happy dan sedih. Happy sangat sebab faz dapat berjumpa dengan #dreemers sarawak. Finally, faz dapat spend time dengan Mirah, Hanis dan Aisyah. Tak lupa juga ibu yg tersayang. Yg sanggup habiskan masa dengan kami. Ibu memang terbaik. Love you Bu.
Mulanya faz plan nak bawa hanis pergi breakfast sebab hanis cakap yg dia teringin nak makan laksa. Then, teringat kat mirah dan aisyah, ibu faz pun cakap,
"Laaa. Bawa la dorg skali."
"Ibu nak lanje ke?"
"Ha ahh la, Nak ke tak nak ni?"
"Mesti la kta nak"
Faz pun cakap kat dorg. Habis je bawa dorg mkn laksa sarawak, Kteorg g tgok wayang, cte night at museum 2. Mesti la ibu faz ikut skali kan. Haha.Best giler cte tu.

Dalam syok syok happy tapi malangnya, masuk je kereta, faz cari handphone faz, dah takde. Hilanggggggg....... Beg faz time tu da terbuka setengah. Memang sah kena curi. Melayang separuh jiwa faz. Menangis jap. Kteorg g kat bilik cctv. Menghampakan sebab tak dpt kesan muka pencuri. Faz mula redha. Faz cakap kat ibu biarlah hilang nak wat camne, bukan dapat kembalikan phone pun, biar Allah je yg balas. Ibu mulanya tak puas hati. Takkan nak biarkan pencuri tu lepas, tapi dah ibu tengok faz, dia pun mula reda. Kami buat polis report. Terpaksa sebab perlukan IC balik, tak fasal2 org dok cakap faz warga asing nanti.

Kesian Mirah, Hanis and Aisyah, sepatutnya faz bawa dorg jalan, last last kene lepak dengan faz kat bilik cctv then balai polis. Serious faz rasa bersalah sangat sangat. Habis je selesai buat report, faz hantar dorg balik.

Sepanjang perjalanan, ibu dok gelakkan faz. Rasa macam kelakar lak hal ni. Faz pun takde la sedih sangat. Redha giler kot. Haha. Mungkin takde rezeki dengan phone tu. Nak marah, nangis pun rasa tak berbaloi, Bukan dapat balik brg Faz. Kebetulan gak, Dalam phone tu ada IC, Kad Maybank dan kad bank islam. Fuyooohhh. Untung la pencuri tu. Rezeki dia dapat semua tu.  Yang paling faz sedih, Gambar org yg faz minat semua dalam memori phone tu. Harap sangat dapat memori phone balik. Huhu.

Satu je Faz dapat cakap 'Mungkin ada hikmah semua ni terjadi'.

P/s: Yang mengenali Faz, oleh kerana handphone faz hilang jadi tak dpt nak contact korg. Korg taukan mana nak cari faz? Jadi, pandai pandai la cari. Kalau tak cari pun takpe.

And awak? Errrr. Awakk.. Sy da tak tau camne nak contact awak, sy tak ingat pun phone number awak. KRIK KRIK KRIK :(

Sekian..




23 Dec 2014

100% Aku wehhh

Assalamualaikum,


Pernah tak alami situasi mcm ni? Hehe. Itu la faz yg sebenar.

Kalau faz duduk dengan member, mulut kaki tangan faz memang takkan berhenti, kalau mulut dok diam, tangan lak main peranan dok kacau org. Sampai ada member faz cakap "Bosan la budak ni kalau da tak reti nak dok diam. Hampeh" faz gelak, lepas tu sambung balik kacau org.

Pernah sekali faz naik kapal terbang seorg diri, ada gak mamat yg tak dikenali dok sebelah faz, 2 jam lebih atas tu hanya bunyi burung berkicauan, angin memukul kapal terbang dan 'KRIK KRIK KRIK'. Sepatah haram pun faz takde buat bunyi. Faz memang pemalu gila, entri before ni pun faz dok cakap yg faz pemalu, pendiam tapi hakikat sebenar, kalau dengan member, perghhhhh~ Takkan percaya itu faz.

Faz bukanlah sombong, faz da cuba nak jadi friendly tapi bila da berdepan dengan org tu, mula la kelu lidah, otak pun jadi blank. Soalan selalu keluar dari mulut faz "Awak dari mana?" Dah dia jawab, faz senyum, bebunyi lagi "KRIK KRIK KRIK" The End.

Huhu. Kadang kadang tu teringin gak nak cuba jadi friendly, tapi rasa malu menebal sangat dalam diri ini. Chewahhh~

Yang penting, faz jadi diri sendiri da cukup. Kan? Okay la korg, Macam biasa,Sebelum faz menghabiskan entri kali ni meh layan soundcloud dari Sufian Suhaimi - Terakhir.


p/s: Sejujurnya, faz tak tau siapa gerangan penyanyi ni, baru je tau kewujudan lagu ni dan penyanyi ni. Sebab lagu dia dan lirik dia best sgt, jd faz share kat sini. Hehe.

Sekian..

22 Dec 2014

Aku maafkan kamu

Assalamualaikum,

Faz mcm tak percaya apa yg faz dpt tau hari ni. Ya Allah. Rasa nak menangis pun ada. Tak tau nak ckp camne. Hal ni mungkin takde kene mengena dgn faz. Jadi faz tak nak la amik kisah sgt. Tp faz kecewa.

Faz takde la nak ckp faz baik ke apa. Tp faz memang seorg yg mudah percaya kat org. Kalau org tipu ke apa ke, biar pun faz tau faz kene bohong, faz tak reti nak melenting even faz tau kebenaran tu. Tipu cakap tak kecewa kan. Memang kecewa sgt. Faz tak kisah, faz akan terus buat tak tau sampai org akan cte hal sebenar kat faz.

Point faz ckp camni sebenarnya apa? Okay. Faz tak tau nak cte lagu mane. Sebab faz belum siasat apa yg terjadi sebenarnya. Tak berani nak bercerita tanpa bukti. Takut lak boleh mendatangkan fitnah. Tak fasal fasal, faz lak yg terpaksa menanggung dosa org. 'Eh tak nak aku, dosa sendiri tak tertanggung.'

Apa yg faz cuba nak cakap kat sini, jgn jadi mcm faz mudah sangat percaya kat org. Tak reti nak tengok dalaman org, buat baik sikit terus cakap dia baik. Faz tak kisah org tau kelemahan faz ialah mudah percaya org dan senang kene tipu. Kalau korg da tau faz jenis yg mcm ni tapi korg masih nak tipu faz, faz tetap maafkan korg. Sedangkan Nabi maafkan umatnya, inikan pula faz hanya seorg insan biasa. Apa hak faz untuk menghukum org, malah faz kesian kat golongan yg menipu camni. Yepp. Faz maafkan, tapi korg kene ingat. Biarpun faz tak tau korg tipu faz, tp kita ada Allah yg memerhati setiap gerak geri kita. Baik buruk kita, yg sesama manusia tak nampak tapi hanya Allah yg nampak.

Faz cakap camni berdasarkan pengalaman, sedangkan member yg rapat dgn faz selalu menipu faz inikan pula org lainkan? Mungkin member anggap ini satu gurauan, suka tengok faz percaya, tapi faz tak pernah mengganggap  benda tu satu gurauan. Malah faz amik serious setiap butir cakap org kat faz. Mungkin rupa faz senyum, banyak begurau tapi korg kene ingat setiap manusia mempunyai hati dan perasaan. Tu je kot faz nak pesan.

P/s: someone pernah pesan kat faz "Kalau kau nak buat dosa atau maksiat boleh, tapi KAU CARILAH MANA MANA TEMPAT KAT DUNIA NI YG BUKAN MILIK ALLAH. Kalau ada sila la buat dosa." #deep. Sampai sekarang faz ingat kata kata tu.

Sekian..

21 Dec 2014

Sampaikan salam rinduku



Ingat dulu kau pernah cakap, "Akan ada sekali kau akan cakap yg kau rindukan aku, mark my word" Begitu riang kau mengingatiku. Dan aku akui, aku rindukan saat2 bersamamu.

 Kau ingatkan aku 'Kalau waktu tu tiba, aku la org plg gembira. Sebab aku tau walaupun kau tak pernah lafaskan perasaan kau, tapi aku tau kau akan merindui aku. Pendam la selama mana kau mau pendam. Pertahankan la ego mu sekarang sebelum ia mula memakan dirimu. Aku percaya, satu hari engkau akan meluahkan perasaanmu.Tp malang mungkin waktu itu kita terpisah. Aku tak maksudkan malah terlalu jauh untuk meminta. Apa apa boleh berlaku di masa akan datang. Kita yg merancang tapi Allah yg menentukan. Tiada apa yg kekal di dunia. Begitu juga persahabatan kita. Walaupun sesusah mana kita mempertahankan, tapi siapa tahu apa akan jadi pada masa akan datang.'
Aku tunjuk muka blur, sebab aku tak faham apa yg kau cuba maksudkan dan sampaikan pada waktu itu. 

Sekarang aku faham kenapa mengapa semua ini terjadi. Terlalu lambat utk aku menyesali. Terlalu lambat untuk aku perbetulkan. Mungkin ada benar kata kata mu dulu.

"Tp aku nak kau tabah, aku taknak kau menangis ingatkan aku nanti, malah kalau kau rindukan berdoalah dalam hati agar aku juga rindukan kau"

Semakin aku cuba melupakan segala kenangan dan pesanan mu, semakin segar di ingatan memori kita. Aku tak cukup kuat menahan air mata dari terus mengalir. Aku belum cukup kuat untuk mengawal perasaanku dari terus merinduimu. Aku belum cukup kuat untuk menghentikan kenangan bersamamu bermain dimindaku.

Benar katamu. Aku hanya mampu berdoa, berdoa dan terus berdoa. Agar aku juga menjadi kerinduanmu, sebagaimana aku merindui dirimu duhai sahabat.




P/s: Blog belum pulih sepenuhnya.. Entry ini sekadar melepaskan gian untuk menulis seketika.. 


18 Dec 2014

Blog dalam proses pembaharuan

Assalamualaikum,

Huhu. Rasa nak menangis. Tengok apa da jadi dengan blog Faz. Buruk da.. Semua hilang. Serious faz rasa nak menangis. Ni semua salah tangan faz gatal sgt. Kenapa kenapa kenapa. Krik krik.
Tak suka la camni. Jadi selepas ni faz takkan update blog sampai blog faz pulih cam biasa.
Selagi blog ni tak kembali seperti sedia kala, hati faz takkan tenang.

Faz ni da la pelupa, apa inti pati kat blog faz, semua faz tak ingat. Gerammmmmmmmmmmmm.
K la korg. See you guys soon ^_^ Layan dulu lagu ni k?
Sekian..

16 Dec 2014

Tersentuh dengan suaranya

Assalamualaikum,

Hari ni faz santai je k. Siapa kat sini ada soundcloud dan suka layan lagu dekat soundcloud? Haa. Tu salah satu hobi faz, dok layan soundcloud time keje. Sampai boss faz datang, dan bagi keje pun faz tak dengar apa yg dia arahkan. Hehe. Pagi ni, faz tergerak hati nak buka soundcloud mamat ni.

Ya Allah. Tak tau camne nak cakap suara dia sungguh meruntun jiwa faz. Memang before ni faz ada ckp yg faz dok minat suara Encik Mimpi, Fero and so on. Mungkin yang kali ni ada kelainan sedikit. Sebab cara penyampaiannya berbentuk Islamic dan mampu membuat gadis gadis menangis terutama Faz yg kuat sangat menangis. Ni pun tengah melayan jiwa dengar lagu dia. Faz bagi link ye? Kalau korg tak tersentuh dengan lirik dan suara dia faz memang tak tau lagi nak cakap apa~ Airmata faz tak henti henti mengalir. Tengok? Ada kesedaran sikit disitu..

       Islamic Version Cover By Idris Shamsuddin 
' Takde account soundcloud pun takpe, boleh buka dan dengar.'



P/s: Sambil kte dengar dengar lagu ni, hayati setiap bait lirik yg cuba dia sampaikan. Muhasabah diri. :'( Akhir kata, semoga kita berada dalam rahmat Allah di dunia dan akhirat. Sekian.

15 Dec 2014

Naluri seorg nenek

Jari tuamu terus membelai rambutku
Sayu hatiku melihat air yg berjalan laju dipipimu
Saatku mula tanya mengapa engkau menangis
Dengan pantas kau menggelengkan kepala

Badan yang lemah umur yang meningkat
Kau masih tegar mencari nafkah
Tidak mengenal erti kepenatan
Mula dari terbit matahari hingga ke senja

Bibirmu tetap menghadiahkan senyuman
Taktala mata kita mula bersua
Menyembunyikan keperitan dan kesakitan
Dalam kehidupan yang kau alami

Aku bagaikan dapat merasa
Naluri seorang nenek yang berkobar kobar
Untuk memberi cucunya kebahagiaan
Walaupun dirinya sendiri tidak terjaga

Aku hanya mampu mendoakan
Agar dirimu dirahmati Allah
Bersyukur kerna hadirnya
Insan yang ikhlas menyayangiku

Assalamualaikum,

Coretan ini mengisahkan seorg nenek yg sanggup bekerja siang dan malam untuk memberi nafkah kepada cucunya yg sakit. Walaupun mempunyai tubuh badan yg uzur, tetapi nenek tetap tabah membahagiakan cucunya.

Pengorbanan seorg nenek terhadap cucunya setelah kematian anak dan menantu, membuatkan cucunya mula sedar akan kekhilafan dan hadiah yang paling berharga buatnya.

Allah menarik sesuatu dari kehidupan kita, dan menggantikan sesuatu yg lebih baik untuk kita. Untuk menguji tahap keimanan, ketaqwaan dan rasa syukur hambaNya. Hargailah org yg tersayang. Semoga kita sentiasa berada dalam perlindungan Allah di dunia dan akhirat. Amin.

P/s: Maaf atas kekurangan entry kali ini.

Sekian..


14 Dec 2014

Kekasihku yg paling sweet....

Assalamualaikum,

Teringin lak faz nak bercerita kisah cinta faz dulu. Time tu kalau tak silap faz form 4, dan kekasih faz time tu form 5. Di akui faz menyukai dia sebab mukanya iras vokalis kumpulan sixth sense. Tau kan kumpulan tu? Sudah lama tak muncul, jd faz tak ingat nama dorg.

Nak dijadikan cerita, dulu diakui faz sayang sgt kat dia. Dia seorg yg penyabar, sweet, comel dan part paling faz suka tentang dia bila dia merajuk marah. Fuyooohhh babyface gitu
mimik mukanya. Sedap mata memandang. Namanya Fendi. Tak kisah memberitahu namanya sebab, berharap dia akan baca dan kami akan bertemu semula. Mungkin sekadar kawan. Kami putus dulu pun sebab dia nak spm and i just give him time to focus on his exam. Tapi habis je dia exam, dua dua lost contact. Hehe. Faz pun tak sibuk cari dia semula. Cinta monyet la katakan.

Kami jarang bergaduh tapi kalau bergaduh tu memang dia la yg bnyk mengalah dgn faz. Dulu nak kata ego tinggi tu tak gak tp faz memang suka biarkan dia yg pujuk. Melting wa cakap lu.  Ada satu time tu, kami bergaduh. Mengaku tu memang salah faz. Sebab dulu hobi faz gile baca novel. Kalau da mula buku novel tu, selagi tak habis jangan harap nak layan benda lain. Time tu cuti sekolah. Pagi kta org msg dalam pukul 8. Dia cakap yg dia nak g kedai jap beli barang. Faz cakap la okay faz tunggu dia msg balik. Then masa menunggu msg tu, faz dok baca novel. Phone masa tu dlm mode silent. Percaya tak pukul berapa faz habis baca satu buku tanpa makan dan buat benda lain? Pukul 5ptg. Sebab tu
dulu faz kurus tapi dulu faz rajin gak jogging dgn kakak. Berratus dia kol, msg tu tak yah cte la, kalau guna smartphone time tu confirm hp lagging. Nasib baik masa tu hp belum canggih. Sedar je faz habis baca buku terus call dia
Suara dia memang risau gilerr. Sebab tak reti nak menipu faz cakap kat dia yg faz dok layan novel. Dgr je alasan faz dia terus merajuk tak msg faz. Mcm mcm yg faz buat utk pujuk dia. Faz tau rumah dia kat mane, jd faz mnta teman akak pergi rumah dia. Kebetulan rumah kami takdelah jauh sangat. Kalau guna kaki tu memang berasa la jauhnya. Nasib baik guna kereta. Before tu faz beli coklet dalam bungkus yg selalu org guna utk valentime day tu. Opsss faz tak sambut cuma beli je. Then bagi satu kad couple. Faz masih ingat apa yg faz tulis dalam tu.
'Hye B,
Alaa. Takkan masih marah kot. Syg minta maaf bnyk bnyk sebab buat b risau. Syg janji tak ulang lagi. Nahh coklet. MKan tau. Biar cepat gemuk sikit. Jgn marah marah nanti tua, syg tak nak couple dgn org tua :p love you take care love..
Salam syg:
Syg'

Lebih kurg camtu faz tulis. Tapi faz tak kasi sendiri kat dia, faz suruh kakak dia yg bagi. Then faz terus balik. Lepas dia terima hadiah tu, dia terus call faz. Kteorg pun bebaik. Serious, dia memang seorg yg sweet. Untung siapa jadi kekasih dia sampai kini. Hihi.

Dulu faz pun seorg yg sweet tau. Tapi tu dulu zaman baru nak meningkat remaja. Sekarang ni faz da lupa cara nak pujuk. Cara bercouple. Semua faz lupa. Masuk tahun ni dekat
nak 3 tahun kot faz single. Makin dewasa, makin sukar nak bercinta sebab sekarang faz cuma percaya satu je. Jodoh yg tertulis dan diatur oleh Allah untuk faz. Hanya mampu berdoa dan bersabar. In Sha Allah.
Tu je kot faz nak cte. Hehe. Malam da ni. Esok keje. Selamat malam semua.

Sekian..

13 Dec 2014

Rindukan ibu disisi

Assalamualaikum,

Kali ni faz nak bercerita pulak la. Tapi entri kali ni tak nak share kat fb. Sebab org yg faz nak cte ada dlm friendlist fb faz. Faz tak kisah sebenarnya kalau dia nak baca tapi faz malu kalau dia tau faz cte hal dia. Siapa org tu? Mesti la ibu faz.

Malam ni ibu tak balik. Dia ada dinner dahtu dia cakap member ajak tidur hotel. Mulanya faz marah la, asal nak tidur hotel lak kan? Sedangkan rumah dekat je. Ibu ckp sekali sekala. Untuk kali ni faz biarkan je la. Nak wat camne, nak tak nak dah lewat pun. Bahaya kalau ibu balik seorg. Memang la kami pernah berjauhan. Tak tau kenapa lama faz membesar, faz dan ibu sukar nak berjauhan. Macam hari tu, faz tgah lepak dgn member, ibu pun tengah meeting dgn kwn dia. Balik je faz kat rmh, ibu call suruh jumpa dia kat tempat dia meeting. Ingatkan apa la yg urgent sgt kan. Rupanya temankan dia je, dia rindu sebab sehari tak jumpa. Selalu gak la ibu buat camtu. Kadang kadang tengok ibu mcm budak kecik. Tak dpt nak renggang sedikit. Tapi faz suka. Walaupun faz da membesar faz dapat rasakan kasih syg ibu kat faz semakin hari semakin menebal. Faz tak malu kalau faz cium ibu depan khalayak ramai, faz tak malu mengaku yg walaupun umur faz 20tahun, faz masih tidur dibawah ketiak ibu. Kadang kadang kalau kami berdua je pun ibu akan pegang tgn faz. Faz tahu apa yg ibu rasa. Kehilangan seorg suami ketika umur masih muda, membesarkan 4org anak seorg diri, bila anak anak membesar, anak anak berjauhan dgn dia. Faz syg ibu sgt sgt.



Ibu la idola faz yg sebenar benarnya. Baik buruk faz, ibu tetap disisi faz. Terima kasih bu. Faz tak tau macam mane nak balas segala jasa dan pengorbanan ibu. Walaupun ibu sering kata kat org yg faz anak bongsu perempuan ibu tetapi ibu selalu mengingatkan faz supaya tolong ibu menjaga keluarga. Ibu selalu berpesan agar faz menjadi seorang yg bertanggungjawab. Ibu tiada apa yg dpt faz berikan sebagai hadiah selain dari mengikut apa yg ibu nak faz jadi.❤ In Sha Allah bu.

P/s: Hati sayu sebab rindukan ibu. Tidur bertemankan lagu tanpa keluarga disisi.


Sekian..

You're the only one for me


Dirimu umpama
Sutera membaluti tubuh
Begitu mahal untuk dimiliki
Amat susah untuk dilepaskan
Melindungi diri ini dalam kepayahan

Engkau laksana bulan
Nun jauh disana
Terlalu jauh untuk digapai
Menyinar hari gelapku
Indah dikala malam menjelma

Seumpama permata
Kian sukar ditemui
Satu dalam sejuta
Beribu yang mengejar
Hanya seorang yang memilikinya

Cinta berputik antara kita
Mengharungi suka dan duka
Janji demi janji dilafazkan
Meniti hari kebahagiaan
Sumpah setia sampai mati

Kau berbisik ditelingaku
'You are the only
one for me'
Membuat jantungku berdetak laju
Berharap kasih kita kekal selamanya
Sehingga maut memisahkan kita


12 Dec 2014

Terbit Rasa Cinta



Kali pertama mata bertentang mata
Ku rasakan ada getaran dijiwa
Hatiku mula tertanya
Siapakah gerangan si dia

Dia mendekatiku dengan senyuman
Membuatkan aku terpana
Suaranya membuatku terpaku
Tidak mampu utk membalas semua pertanyaan

Hatiku mula menyukainya
Persona yg memukau diriku
Ingin ku menjerit satu dunia
Bahwa aku sedang jatuh cinta

Hati kian resah
Dia meluahkan rasa cinta
Aku mula dibuai keindahan
Merasai bius bius cinta

Ku berharap agar akulah
Tulang rusuknya yg hilang
Seumpama Hawa yg tercipta utk Adam
Semekar dedaun bunga cinta



Setia Menanti Bunga Yang Layu


Semakin aku cuba melupakan,
Namamu semakin segar di ingatan,
Aku mungkin melupakan dirimu,
Namun kenangan kita tersemat utuh.

Senyuman terukir dibibir,
Merahsiakan luka dihati,
Yg sentiasa merintih kerinduan,
Menunggu kehadiranmu. 

Hari demi hari,
Wajah kian pudar,
Degupan jantung kian perlahan,
Kebahagian kian hilang. 

Menanti dan terus menanti,
Kejora yg membakar dada,
Himpunan ombak bergelora,
Tetap menghampakan diri. 

Apakan daya aku,
Engkau hadir tanpaku pinta
Pergi tanpa berita,
Sepi dan terus menyepi. 

Aku tetap setia disini,
Masih percaya janji kita,
Akan terus bersama,
Walau badai menimpa.


Salah ke aku gemuk?

Assalamualaikum,

Dulu faz pernah menjadi kurus. Sekarang faz dah gemuk. Jadi tak salah kalau faz merasa menjadi gemukkan? Sejujurnya perasaan faz memang tak stabil melihat keadaan faz sekarang.

Nenek selalu berpesan, "awk kene jaga badan, tak molek muda muda tak jaga badan. Time muda ni la sbg anak muda kene maintain. Lebih kebih lagi bila dah bersuami."
Member lak "why faz why? Why kau gemuk sgt. Dulu kau tak bam bam macam ni? Why?"
Family "Awak lama membesar ni bdn turut membesar ye? Kihkih. Ni mesti banyak makan. Tak elok, baik awak jaga permakanan. Nanti takde yg nak."
Ibu lak "Anak ibu makin gemuk. Oh si gemuk. Haha." Then masak sedap sedap.

Perghhh. Tu la yg faz alami zaman kolej sampai sekarang. Walaupun sekarang berat badan faz semakin menurun. Ni bukan perasan ye. Hari hari faz timbang. Tapi tetap stress bila teringat apa yg org dok ckp hal faz. Hari hari faz motivate diri. Nak sedapkan hati la katakan.

 Faz akan cakap,
"Alaa. Jodoh tu kan ditgn Allah. Aku hambaNya saje. Buat apa nak risau. Kalau betul org tu nak kahwin dgn aku, kene la terima aku seadanya, kene la terima kekurangan aku. Aku gemuk sebab ibu aku pandai masak. Hari hari bagi aku makan. Tak kan la aku nak tolak. Kang merajuk ibu aku, sape nak pujok. Lagipun org cakap chubby is comel. Walaupun aku tak rasa aku comel dan kenyataan aku bukan comel tapi aku redha dgn pemberian Allah kat aku. Yg penting aku bahagia dan aku bersyukur. Aku pernah merasa kurus, dan aku pernah merasa gemuk. Jadi takde apa nak dikesal."
Mcm tu la faz akan balas kalau ada yg ckp faz gemuk. Tapi cakap dalam hati je la.

Tak salahkan kalau faz gemuk?

P/s: Ini sekadar peringatan untuk diri faz sendiri yg sering stress mendengar respon org tentang badan faz. Mohon jgn terasa hati ye.

Sekian..

11 Dec 2014

Tak reply msg sebab Bola?

Assalamualaikum,

Hatiku terkecewa terkecewa kernamu. Chewahh. Bermadah pulak faz pagi ni. Salam Jumaat semuanya. Mulakan hari anda dengan senyuman. Walaupun hati ni tengah melara. Senyum je la yg mampu. Lagi pula senyumkan satu sedekah dan boleh dijadikan sebagai ubat untuk kekal awet muda lagi tu. Haaa.

First of all, Faz nak ucapkan Tahniah buat Team Malaysia. Jum nyanyi sikit. "Selamanyaaa, Selamanyaaa, Selamanyaaa Harimau Malaya. Elelelele ya. Oooooo Ooooo" Cukup la tu. Kang hujan lak. Okay. Proud to be Malaysian. Kalah ke Menang ke Malaysia tetap bumiku tercinta. Tengok? Tengok tak semangat yg faz cuba sampaikan kat sini.

Sebenarnya, faz nak guna baju Harimau Malaya hari ni. Akan tetapi oleh kerana baju HM faz tak tau kat mana. Jadi faz guna baju Encik Mimpi je la. Lagipun hari ni kan Encik Mimpi buat gathering. Walaupun tak dapat pergi sana meraikan bersama dorg, jadi faz merasakan dari jauh je la. Tak salahkan?

Faz masih geram kat member faz sebenarnya ni, semalam faz msg dorg sebab nak ajak bercerita. Mood tengah elok semalam. Faz pun msg la "Beb. Kau ngah wat apa? Jum ahhh msg ng aku. Happy giler ni beb" 5 orang faz hantar msg yg sama. Tau tak apa yg dorg reply.
"Sorry beb. tgah busy malaysia main ni. Nanti ahh"
"Ala beb. Baik kau tengok Malaysia main. Gempak giler beb"
"Habis Malaysia main aku msg kau ye.
"Beb. Aku tgah focus ni. Jap ekk"
"Hai beb. Lagi sejam kau cte ye. Malaysia tgah gol ni"
Amboi. Malaysia yg main kot yg korg nak feeling lebih nape? Reply kawan sendiri je kot. Alaa. Rabak aaaa. Spoil mood Faz.
Dengan rasminya faz merajuk. Lepas tu tak nak reply msg dorg. Sampai Malaysia habis main je la. Then faz pun msg dorg lagi. Haha. Nak merajuk lama lama tak berani. Kang member tak pujuk kan naya faz.

p/s: Kalau bola dapat faham perasaan manusia kan best. #deep

Sekian..

10 Dec 2014

Pakcik Mat Cool Bin Paddle Pop

Tau tak faz exciteddddd.... cuba teka kenapaaa....
Ehhhh. Alamak. Tak sempat menyempat faz ni. Lupa lak.

Assalamualaikum,

Okay da jawab lum? Nak cte ni. Nak dengar tak? Kalau tak, tak yah baca. Kahkah. Okay. Tadi tgah dok layan lagu Fero. "Ehh fero lagii. Memang takde lagu lain budak ni." Sukahati I laaa. I punya sukaa maaa. Hehe. Tgah dok layan lagu #akhirnafasku tiba tiba, faz terdengar bunyi "mat cool mat cool, kawanku, mari kita ikut mat cool,........mat cool" Faz apa lagi. Melompat la tengok kat luar tingkap, waaaa.... pakcik jual eskrem laa. Cam comel je sebut eskrem. Hehe. Tak sangka yg pakcik eskrem melimpas kat sini. Waaaa. Tapi tak sempat nak kejar dia. Kempunan nak eskrem.

 Teringat lak masa faz kecik kecik, masa tu umur faz 4thn. Faz masih tinggal kat rumah lama, blum pindah lagi sebab ayah masih ada time tu. Setiap hari sabtu ahad mesti pakcik eskrem merayau area rmh faz. Faz apa lagi excited la ckp kat ayah nak eskrem. Sebab time tu faz anak terakhir dan adik belum terlahir, belum ada. Jadi kite anak manja ayah la. Kadang kadang tu sampai dua tiga eskrem faz p bantai. Ayah ikut je makan skali. Bila ibu balik dr keje, ayah dan faz buat tak tau. Ayah suruh rahsiakan yg dia beli eskren utk faz. Sebab time tu ibu tak kasi faz makan banyak sgt bende manis, tkt gigi jadi buruk.

Tu la aktiviti faz dan ayah setiap hujung minggu. Ohsem sgt. Tetibe rindu zaman mat cool zaman paddle pop. Dulu kite tak macam sekarang zaman teknologi. Semua sibuk bende canggih. Alaaaa. Tak hairan pun. Rindu la zaman kecik kecik.

P/s: Al-Fatihah.

Sekian....

Sedih tak dapat g Gathering EM......

Assalamualaikum,

Kurang dari sehari lagi gathering #EncikMimpi. Sedihnya tak dpt pergi. Huhu. Alangkah indah jika faz pergi. Dapat jumpa dreemers lain, dpt jumpa encik mimpi yg paling penting dapat jumpa Fairul Adzreen. Opsss. Terbalik ekkk. Kte betulkan ye. Dapat jumpa Fero dan yg paling penting dapat jumpa EncikMimpi. Fuhhh. Penat menaip ni.

Actually, faz nak buat vid utk captain. Tapi malu gileeerrrrr. Jadi tak jadi la nak buat. Huhu. Sedih sgt. Faz amik positif je. Mungkin ada hikmah kot kenapa faz tak dibagi pergi gath tu. Lama gak pulihkan hati ni. Sampai sekarang kot faz sedih. Siap amik cuti dua hari nak lupakan hal gathering ni. Sedih tak? Kan?

Lagipun, adik faz balik hari ahad ni. Rindu kat dia. Sebulan lebih kot dia bercuti dgn akak kat KL. Faz yg beria nak g KL. At last, adik yg dapat g. Huhu. Nampak tak apa yg kte rancang Allah yg menentukan? Jadi, selepas ni faz tak nak over excited kalau ada apa apa event. Takut jadi camni. Kecewa tak tentu pasal. "Oh hati"

Esok masih lagi bercuti, mlm ni plan nak tidur akhir sikit, siapkan apa keje yg belum disiapkan.

P/s: sekadar meluahkan rasa sedih. Maaf melalut sebentar. Selamat malam. 


Sekian.... 

8 Dec 2014

I Can't say that "1 4 3"

Assalamualaikum.



Setiap makhluk di muka bumi ini dikurniakan perasaan. Perasaan yg paling indah bila kita menyukai, menyayangi seseorang. Tetapi untuk diri ini disayangi kembali? Adakah mungkin? 

Faz akui faz sedang mengalami perasaan sebegini. Tetapi apa yg faz mampu buat hanya memerhati si dia dari jauh. Untuk menyatakan bahawa faz suka dia? Tak mungkin. Faz tidak dapat membayangkan jika faz ditolak, faz belum cukup kuat untuk semua itu. Mungkin sebelum ini faz pernah mengalami dan pernah berterus terang. Tidak untuk sekarang. 

Sejujurnya, setiap hari faz akan membaca kembali msg yg dia hantar. Faz jaga setiap perbuatan faz depan si dia. Bukan kerana faz "control". Tetapi berwaspada, takut si dia dapat membaca perasaan faz terhadap si dia. Bila berhadapan dengannya faz akan behave dan menjadi seorg yg lebih pendiam. 

Syukur untuk setakat ni, takde yg perasan tentang kewujudan rasa suka faz terhadap si dia. Kadang kadang faz hanya mampu menangis bila merindui si dia. Faz takut kehilangan si dia. Tak tau kenapa faz jadi seorg yg penakut untuk meluahkan rasa hati ini. Setiap kali kami bertentang mata, lidah faz jadi kelu untuk berbicara. Biarlah faz menjadi pencinta rahsianya untuk selamanya.

Sekian..


Kalau org tak suka aku?

Assalamualaikum,

Memang menjadi satu lumrah bila ada org yg suka kita dan ada pulak org yg tak suka kita. Kalau faz p cte org yg suka kita tu tak best la kan. Selalu sgt da dgr cte camtu. Jadi kali ni faz nak cte disebaliknya pula. Faz memang tak suka bila dapat tahu ada org tak suka faz. Tapi nak buat macam mane kan kalau tu da perasaan org. Siapa kita nak menghalang dan buatkan dorg untuk suka kita. Betul tak?

Kadang kadang kawan kita sendiri belum tentu suka dgn perangai kita. Apa faz buat kalau faz tau org tu tak suka kita tak kira la dia kenal kita ke tak.

Faz nak cte sikap dan perangai faz dulu. Faz tau perangai faz ni memang agak gila gila bila dgn org yg faz selesa. Kadang kadang memang agak melampau dan menyakitkan hati. Tapi tu ikut la kalau faz rasa nak jadi gila. Kadangnya bila faz cte hal family kat kawan faz or faz terharu ke apa apa cte sedih or faz tengok kawan faz sedang sedih ke, faz akan menangis. Tak kira la apa sebab, kalau org kasi gula batu sebagai hadiah dan ditambah dgn satu ayat yg menyentuh hati pun faz bole nangis. Jujur, faz memang seorg yg kuat menangis. Terutama kalau cte hal bende yg faz minat and org yg faz minat. Tak yah nak cte la. Kalau org yg kenal faz je tau faz macam mane. Faz gak seorg yg kuat blur dan mudah percaya cakap org. Senang untuk dibuli tetapi akan membalas dgn cara yg lain. Kalau dulu time sekolah menengah faz ada satu habit, tak suka tengok org tidur time kelas, tak kira la cikgu ada ke tak. Kalau faz tengok org tidur, faz akan buat bising menyanyi melalak satu bilik, paling jahat faz akan ketuk meja guna botol air kosong. Kawan rapat faz memang selalu kene. Hehe. Tapi itu dulu. Sekarang faz jadi terlampau pemalu dan sukar nak bergaul dg org yg baru faz kenal. Tak tau kenapa boleh bertukar camtu. Hormon kot.  Diakui, faz bukan seorg yg friendly. Jadi itu la serba sedikit tentang sikap faz. Now dah kenal sikitkan? Boleh la decide kalau tak suka faz? Faz tak kisah.

Faz tau susah untuk kita buat org suka dan terima semua kekurangan kita. Faz ada satu moto "biarla org tak suka kita, asalkan kita jangan tak suka org". Faz kalau fed up or tak suka kat perangai org faz akan diam je, then buat tak tau. Tapi org yg kenal faz selalu tegur, muka faz tak bole belah. Kalau marah ke tak suka ke suka ke memang akan nampak sangat dengan jelas. Huhu. Mungkin faz tak reti nak jaga reaksi muka faz. Tapi apa yg faz cuba buat sekarang ialah jaga hati faz. Itu yg lebih penting. Sebab segala galanya bermula dari hati. Kalau hati bersih, bersih la jadinya. Jadi kalau tak nak kotorkan hati dengan membenci org perbanyakkan berzikir dengan Allah. Minta Allah tenangkan hati. Faz gak masih memperlajari mcm mane nak jaga hati sendiri untuk tidak terlampau ikut perasaan.

P/s: Sekadar renungan kita bersama disamping memperingatkan diri faz sendiri untuk tidak terlampau mengikut perasaan dan jaga hati sendiri supaya lebih dekat dengan Allah.

Sekian....

7 Dec 2014

Moments ^_^

Assalamualaikum,

Alhamdulillah setakat ni semua urusan hampir selesai. Dalam beberapa hari faz menahan diri dari menaip banyak betul cte faz nak kongsikan tapi tak tau nak mula dari mana. Rasa macam berpuasa la pulakkan. Berpuasa dari menaip blog. Kihkih. Selama faz tak menaip blog, faz blogwalking je kat blog org, comment, follow, comment, follow. Kesian tak kat faz? Huhu.

Jadi hari ni faz nak singkap satu persatu cerita faz. Alhamdulillah gak, faz da makin sihat, hari tu ibu faz catering 3 buah tempat dan semua tu memerlukan pada hari yg sama dan waktu yg sama. Kesian faz tengok ibu. Penat balik keje belum habis lagi. Dia seorg je keje. Jd memandangkan mood faz tgh baik hari tu jadi faz seorg je pekerja ibu. Balik je dr keje faz da start tolong ibu, sampai pukul 2.30 pg. Tapi time tu badan faz penat giler, Tiba tiba faz sesak nafas, muka faz pucat, faz cakap kat ibu faz sakit dada, ibu gelisah, dia tak tau apa nak buat, ibu pun call nenek dgn aunty. Lepas tu, faz da tak sedarkan diri lagi. Sampai pukul 5.15 pg, faz bgn solat sambung balik tolong ibu. Badan tu tak yah nak cakap la kan. Lemah sgt. Faz jumpa nenek pg tu, nenek senyum tanya, da sihat ke tak, faz cakap da sihat, nenek menangis and peluk faz ketat ketat. Faz hairan la kenapa lak nenek ni. Dah tu nenek cakap kat faz "Jgn tinggal nenek nak. Nenek takut tgok awk mlm tdi, mcm da tak bernyawa. Keje keje gak tp tolong rehat jaga kesihatan."
Baru faz ingat, faz baru lepas derma darah hari tu, tak sampai pun 2 minggu, badan faz memang lemah sgt. Time derma darah tu, nurse cakap yg faz tak payah derma darah lagi. Tak tau la apa kene mengenakan. Jadi sekarang faz cuma perlu rehat yg cukup je.

Hal keje lak, for the first time boss faz bawa kami ke site. Selama ni kami buat je analysis tapi tak tau pun keadaan sebenar kat luar dari tempat keje. Pada mulanya, faz memang excited, ye la, kite dibawa keluar dr office umpama kandang harimau, mesti la excitedkan. Dapat timba ilmu yang  baru. Boss faz cte, nanti lama kelamaan kteorg akan cakap "Boss tak nak ikut boss jalan lagi. Nak stay office je." sebab semua student pratical before ni cakap camtu kat dia. Tapi faz balas "Eh, tak la boss. Kami kaki jalan. Tak kisah nak dibawa berjalan pun." Setelah 3 jam berjalan dengan boss, duduk dalam kereta, faz tiba tiba mual. Jauh gak perjalanan. mana taknya, boss faz bawa kereta, fuuyooohhh.. Laju gilerr. Sekarang baru faz faham kenapa student pratical before ni tak tahan berjalan pergi site dengan dia. In Sha Allah. Faz dan kawan faz akan ikut boss pergi ke site lepas ni. Keje lelaki ke perempuan ke, sama saje yg penting niat bekeje. Chewahhh. Nak menimba ilmukan? Kene la kuat.

Cerita ke 3 lak, semalam faz keluar dengan #DreEMers sarawak dengan Abg Izzat. Kenal tak? Alaaa. Yg bawa lagu Kau gemok Kau comel tu. Nanti faz bagi lagi vid dia. Best sgt. Walaupun sekejap tp nak cakap thanks kat dorg, and sorry kalau faz ada buat salah ke, terlebih cakap or terlebih diam ke.  Kali ke 3 faz jumpa Yuhanis. Have a safe flight nanti hanis. Gonna miss you. Have fun. Kirim salam kat #EncikMimpi dan semua yg kat sana ^_^. Hehe. First time jumpa Aisyah Umar. Before ni kenal kat dalam laman sosial je. Aisyah memang comel gilerrrr. Best sgt dapat kenal dia. Kecil kecil cili padi orangnya. Agak nakal sikit. Haha. Abg Izzat lak, memang terkejut gilerr. Faz terkejut dengar suara, kekurusan dan yg paling terkejut tengok lesung pipit dia tu. Wowww.. Tu je dapat cakap. Abg Ijat, tak baik buli org muda -_-. Hehe.

Lastly, Org yg faz minat gak, kenal dari kelab blogger. Nama dia Boni. Tapi faz panggil dia Abg Bonia. Hehe. Faz memang suka tukar nama org, tu pun sebab typo. Hehe. Thanks abg bonia sebab sudi melayan segala permintaan faz, kalau faz nak minta lagu ke share lagu ke, faz akan tanya dan minta kebenaran kat dia dulu. Tapi tulis kat blog ni. Tak nak la tanya, Hehe. Kalau ada dia baca, elok la. Kalau takde, faz tak kisah pun. Hehe. Thanks sgt kat #kelabbloggerbenashaari borneo yg sering bantu faz selama ni. Kebaikan korg takkan faz lupakan. In Sha Allah, kalau ada jodoh kite akan berjumpa :) Sayang korg.

Fighting Abg Boniaaaaaaaa!!!!


p/s: Tak dapat nak ingat semua kenangan. Jadi tu je sempat dan dapat di kupas

Sekian...


3 Dec 2014

Sebab aku memang tak tahan

Assalamualaikum,

Hai semua. Haaaa. Faz muncul kembali. Baru berapa hari menghilangkan diri. Tolong kira? Tolong tolong. Genap tak sebulan? Takkan? Baru dua hari. Ni mesti ada yg cakap 'Eleh, cakap nak berehat, apa ni ada lagi minah ni. Cakap tak serupa bikin.' Aha. Iyakan? Tak kisah la apa org nak cakap. Faz bukan tak tetap pendirian. Tapi faz memang tak tahan sangat sangat.Tau tak? Sehari tak buka blog, tak menaip, mood faz memang tak yah nak cakap la. Moody je. Blog ni da macam kawan faz di dunia je, bukan akhirat. Walaupun blog tak bersuara, tp dia seolah olah mendengar cerita kita. Tapi pendengar yg paling faz sanjungi tak lain tak bukan,mestilah Allah s.w.t.

Secara jujurnya, keje faz memang belum disiapkan. Esok kene g site, jumpa dgn polis. Faz memang suka bende yg mcm ni. Tapi agak mencabar sikit la. Hari makin hari, keje yg faz buat ni agak serasi dgn faz. 'wah. Dah tak anggap diri pratikal lagi dah.' Hehe. Faz pratikal bidang kecurian kabel dekat Telekom Malaysia. Hari hari faz menerima berita kecurian kabel dari boss dan boss pulak nerima berita dari pihak polis. Kesian faz tengok boss faz. Kalau korg nak tau, boss faz takde pekerja, dia keje seorg je. Sebab tu faz dgn kwn faz terpaksa berlagak seperti pekerja disebabkan dia. Betul. Tak tipu. Kadang kadang boss faz akan meronda satu Sarawak sebab kes kecurian kabel. Kesian kan dia.

Jadi faz nasihatkan, jangan la mencuri kabel, bukan saja dosa yg korg dpt, tp korg dah menyusahkan org lain, mcm boss faz. Termasuk faz dan kawan faz sendiri. Sebab kalau org yg mencuri, kami yg tak tidur malam nak updatekan data, cari bukti semua. Kadang kadang sampai tak makan buat keje. Ni pun tengah gastrik. Tak kesian ke tengok faz?

Jadi korang, sayangi la org sekeliling. Jangan mencuri terutama mencuri kabel. Biarkan faz makan dan tidur dengan aman. Mari kira sama sama cegah banteras kecurian kabel.

p/s: Maaf ye. Nak hilangkan diri kembali. hehe.
Sekian..


1 Dec 2014

Berehat/berhenti dari blogging....

Assalamualaikum,

Selamat menyambut bulan yang terakhir untuk tahun ini. Pertama sekali, faz nak cakap mungkin selepas ni faz akan berhenti untuk blogging sekejap. Tak tau sampai bila. Mungkin sehari, dua hari, seminggu, sebulan, setahun, atau untuk selamanya. Tak tau lagi. Faz nak tumpukan sepenuh perhatian kat keje faz and familly matter. Selesai semuanya In Sha Allah faz akan kembali membawa cerita yang baru. Jadi hari ni, faz akan melepas sepenuhnya gian untuk menulis, menaip dan segala yang terkandung di sanubari, otak, ilham, jiwa and so on. Tak taukan bila akan kembali.

Memandangkan bulan ni bulan terakhir, faz mungkin akan cuba memperbaiki diri, menjadi seorg yg lebih bertanggungjawab kepada keluarga, sebab itu yang keluarga faz harapkan. Faz tak nak mengecewakan dorg lagi. In Sha Allah.

Faz buat keputusan nak berehat dari blogging ni pun sebab faz sedar selama ni faz terlalu memikirkan dunia blogging sehingga hilang focus nak buat benda lain. Dulu, kawan faz pernah cabar faz "Kau dapat tak, kalau tak buka internet untuk sebulan?" Faz balas "Kalau benda lain aku dapat tinggalkan tapi kalau dunia blog ni memang aku takkan tinggalkan. Ni nyawa aku, boleh gila aku kalau tak berblogging." Semenjak dari tu, faz dok fikir je apa yg faz perkatakan. ' Eh, betul ke apa yg aku cakap ni? Sedangkan saat gentir macam ni, keluarga aku amat perlukan aku. Keje aku melambak. Final dah dekat. Tapi apa yg aku buat? Blogging? Nyawa? Tak...... Keluarga aku nyawa aku, Masa depan aku penentu hidup aku. '

Jadi tu la keputusan faz. Faz akan selesaikan dulu semua urusan yang tak terurus, habis je semuanya, faz akan cuba curi masa untuk blogging kembali. In Sha Allah. Eh. 'Nampak tak ibu? Anak ibu dah dapat berfikir lebih dewasa. Alhamdulillah.Itu kan yang ibu harapkan? In Sha Allah anak ibu ni takkan kecewakan ibu lagi.'

Fuhhhh~ Lega da... Okay la korg. Nak kembali bekerja lak. Semoga dipertemukan di masa akan datang. Sayang korg bebanyak(untuk sesiapa yg membaca dan org tertentu)

p/s: Untuk sekian kalinya, faz minta maaf kalau ada kata kata yg sebelum ni atau entri sebelum ni menyakitkan hati org atau buat org terasa. Harap dimaafkan. In Sha Allah faz akan kembali dengan ilham yang baru. Jumpa lagi..


Sekian...

30 Nov 2014

Sedih, terharu bergabung menangis

Assalamualaikum,

Malam ni faz nak luah perasaan je kat sini. Jadi faz mohon awal awal, kalau meluat or tak suka, tolong jangan baca. Tengah emosi giler ni. Faz sebenarnya tengah sedih sangat sangat, kecewa, punah harapan, rasa nak nangis Tuhan je yg tau. Tak yah la nak dicte sebab apa kan. Biar org tertentu je yg tau nape faz sedih.

Tadi faz call kwn faz, sebab buntu sgt. Call guna phone ibu la. Nak guna phone sendiri, top up pun takde lagi. Jadi faz call dia minta pendapat dan jalan penyelesaian bagi masalah faz ni. Nak tau dia cakap pe? "Alaa. Poyo ahh minah ni. Aku ingat masalah besar tdi. Ingatkan kene tangkap Jais ke, polis ke apa ke. Ishhh. Masalah semut je ni, pijak je terus mati." Boleh lgi dia cakap masalah faz tu masalah semut. Geram tul la. Sakit hati. Bagi faz tu antara masalah terbesar faz tau. Huhu.

Dia cakap lagi. Tapi kali ni faz betul betul terharu. "Okay, aku minta maaf. Tapi betul la faz, masalah kau ni kalau nak di ikutkan bukannya besar mana. Aku bukan tak nak tolong, tapi cuba kau fikir balik punca masalah kau ni. Dari siapa? Kau sendiri kan. Kalau kau dah anggap tu sebagai masalah, camne lak masalah yg lain? Lebih teruk dr tu? Tak fikir ke? Aku bukan apa faz, kau kawan aku. Aku tak nak kau hanyut sebab benda ni. Kalau kau nak gak, aku bole tolong. Tapi tolong doakan kau aje la. haha Pray for Faz. Okay?"

Terharu tak dapat kawan camni. Org sedih, dia p buat kte gelak. Huhu. Serious masih sedih ni.  Tapi tapi tapi..

Faz menangis lagi sebab terharu dengan kata kata semangat dari kawan kawan faz yg lain.. Antaranya: Chewaaahhhh..Faz kira nak post dulu yg ni, tiba tiba faz dikejutkan oleh kawan faz cakap suruh buka fb, bila buka fb dia kasi link blog dia, bila da baca blog dia, sampai sekarang air mata faz ni tak berhenti..
Yuhanis Naiva

Thanks korg semua sebab hadir sebagai kawan faz. Thanks untuk semua kata semangat. Love you guys so much.

p/s:Penggunaan bahasa sukar difahami sebab tengah menangis sedih, terharu and so on. Hehe. 

Sekian..

29 Nov 2014

Keindahan Sabar

Assalamualaikum,

Maksud sabar itu adalah menahan diri daripada keluh kesah terhadap sesuatu yang tidak kita sukai. Menurut Imam al-Ghazali : “Sesiapa yang ditimpa sesuatu musibah, walaupun ia tidak mengeluh tetapi sifatnya berubah daripada kebiasaan, maka itu tanda dia tidak redha dengan apa yang menimpanya”. Beliau juga menegaskan sabar itu mempunyai dua sifat iaitu yakni bersifat fizikal yang berupa seksaan, penyakit dan kesusahan yang menimpa jasad dan sifat kedua, dari segi rohani seperti ejekan, perpisahan, kekecewaan, kegagalan, kematian dan kebanyakkan perkara yang menekan nafsu dan bertentangan dengan kehendak diri.

Sabar itu bukan satu perkara yang mudah dilaksanakan kerana padanya terdapat kesulitan dan kepenatan. Rasulullah s.a.w bersabda yang diriwayatkan oleh Muslim “Dan solat itu laksana sinar rembulan, sedekah itu bukti keimanan, sedangkan sabar itu laksana sinar matahari”. Manusia, haiwan dan tumbuhan memerlukan sinaran mentari untuk meneruskan kehidupan walaupun ia panas dan tidak menyelesakan.

Allah menjadikan malaikat, haiwan dan manusia itu dengan sifat yang berbeza. Malaikat tidak mempunyai nafsu, haiwan pula memiliki syahwat tanpa akal dan hati nurani manakala manusia di anugerahkan dengan akal dan nafsu yang menjadikan sabar itu sebagai tuntutan yang khusus ke atas manusia untuk melawan nafsu dalam melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan.

Terdapat tujuh kategori sabar iaitu :
  1. Sabar (menahan) daripada kehendak syahwat perut dan kemaluan. Sabar ini disebut iffah. 
  2. Sabar dalam menghadapi musibah, lazimnya disebut sabar. 
  3. Sabar dalam keadaan kehidupannya yang serba cukup dan mampu. Sabar ini disebut mengawal nafsu. 
  4. Sabar dalam peperangan dan pertempuran. Sabar ini disebut shaja’ah (berani). 
  5. Sabar dalam mengekang marah. Sabar ini disebut al-hilm (lemah lembut). 
  6. Sabar dalam menyimpan rahsia. Sabar ini disebut katm. 
  7. Sabar memiliki kelebihan dan kemewahan . Sabar ini disebut zuhud. 

Dalam kita bersabar, musuh yang perlu dihindari adalah sikap tergesa-gesa, putus asa dan marah. Kesabaran akan lenyap apabila apa yang dihajati lambat ditunaikan. Marah pula perlu pada tempatnya iaitu apabila Islam dihina dan diinjak-injak bukan apabila kepentingan diri tergugat.

Sesungguhnya sabar itu bukan sifat yang sia-sia kerana padanya terdapat banyak kelebihan antaranya malaikat mengucapkan salam kepada orang Mukmin yang sabar, ia juga sumber kejayaan, pahala berganda, beroleh magfirah dan yang paling istimewa, disukai dan dipuji oleh Allah. “Sesungguhnya Kami mendapati dia (Ayyub) seorang yang sabar. Dialah sebaik-baik hamba.”(Surah Sad 38:44).

Sabar itu ganjarannya syurga, yakinlah dengan janji Allah, hanya dengan itu penderitaan atau ujian yang dilemparkan di dunia mampu dihadapi kerana mengharapkan kenikmatan yang lebih baik dan berkekalan di syurga. Ternyata sabar itu indah.

Sumber: artikel islam apa itu sabar.


p/s: sekadar perkongsian dan motivasi untuk faz sendiri.
Sekian.

Kerana persahabatan lebih bermakna

Assalamualaikum,

Tengah dok layan drama korea Lie to Me. Teringat lak someone yang pernah bergelar sahabat dalam hidup Faz. Lama gak faz tak cte hal dia. Nak cakap faz rindu tu, tipu kalau cakap tak. Baik buruk dia pun, dia pernah bergelar sahabat paling baik dalam hidup faz. Tanpa faz sedari, yang ni masuk entry ke 6 faz cerita hal dia. Sebenarnya, lagu dalam blog faz, Gara Diriku by Ajai faz letak sebab nak menceritakan apa yang faz rasa selama ini dan apa yg faz nak buat utk dia. Kira faz letak tu ditujukan khas untuk dia. Mungkin peluang untuk dia baca segala cerita faz agak tipis tapi tak salah untuk mencuba?



Dalam tempoh perkenalan kami, diakui tutur kata si dia memang agak kasar tapi dalam sedar tak sedar dia merupakan seorang sahabat yg prihatin dan romantik. Before pergi tuisyen, kami selalu datang awal sebab nak lepak sama, Dia akan ajak faz pergi kedai sebab kami memang suka giler makan ais cream. Setiap kali time nak bayar, dia la yang akan keluarkan duit. Ala bagi dia, kalau setakat ais cream, tak yah la nak berkira sangat. Lepas je beli ais cream, kteorg akan g taman permainan lepak kat sana. Masa tu memang banyak cerita yg kteorg share.

Kteorg pernah suka sama suka, dia tau faz suka dia, dan faz pun tau dia suka faz. Bagi dia, dia tak nak rosakkan persahabatan kami sebab sebuah percintaan. " Bayangkan faz kalau aku ajak kau couple, and one day kte gaduh dan tak sefahaman, apa jadi kat persahabatan kte? Mesti kekok kan? Walaupun aku tau kau suka aku, tapi aku nak kau tau gak yang aku suka kat kau, tapi kau jangan salah sangka, aku sayang sangat kat kau, aku taknak kalau aku ajak kau couple nanti, kte gaduh dan dan bertegur sapa lagi. Aku nak kau tau perbezaan couple dan persahabatan. Bagi aku, biarla aku bercouple dengan org lain sekali pun tapi persahabatan kita lebih bermakna dalam hidup aku. Kalau memang jodoh kte memang takkan ke mana."

Faz faham apa yang dia cuba maksudkan. Faz akui memang faz pernah mengharapkan hubungan lebih dari sebuah persahabatan, tapi bila difikirkan balik kata kata dia, ada benarnya apa yang dia cakap. Faz pun takut kalau tiba tiba bila perkara yang dia cakap berlaku. Jadi sebelum berlaku, lebih baik di elakkan.

Tapi apa gunanya mempertahankan sebuah persahabatan kalau akhirnya berpisah kerana hadirnya orang ke 3 kan?

Sekian......

28 Nov 2014

Ilham dan semangatku

Assalamualaikum,

Sejujurnya sekarang faz rasa mula give up nak menulis blog. Mula rasa malas nak menulis sebab ketandusan idea. Hari hari faz blogwalking baca cerita blog orang, kadang kadang faz tanya kat kawan kawan dan family faz cerita dorg utk faz sematkan dalam blog. Bila faz fikir balik, 'Eh, aku takde cte sendiri ke? Asyik nak cte hal org je.' Mula la faz rasa humble sangat. Tengok org lain kusyuk je cte hal dorg, tapi faz? Takde satu pun cerita yg menarik. Sampai ada satu time, faz hampir buat keputusan utk delete blog dan tinggalkan satu satunya perkara yg paling faz minat dan yg faz anggap kelebihan dalam diri faz.

Tiba tiba faz tergerak hati nak baca blog Encik Mimpi. Kenalkan mamat bertopeng ni? Faz dapat ilham dari setiap kisah hidup dia. EM pun mula dari org yg biasa biasa, tak dikenali. Faz tabik sangat dengan kejayaan EM. Hope EM sentiasa menjadi seseorang yg boleh dijadikan contoh untuk remaja. Nak gak tanye EM, rahsia rahsia yg membuatkan EM berjaya. Time jumpa EM dulu, banyak soalan yg faz dah sediakan, memang terlalu banyak. Tapi bila da diberi peluang jumpa, satu soalan je yg terkeluar dari mulut faz "Captain, busy ke?" Mula la EM bercerita jawapan soalan faz. Memang kelakar sgt. Sebab faz tanye EM busy ke time tu, Jawapan yg faz harapkan cuma Ya atau Tak, tp EM bagi jawapan berbentuk karangan, dia p cte yg dia nak kene pergi Indonesia, Nak buat album, persediaan itu ini itu ini. Tak berkelip faz dengar celoteh EM. Rasa nak gelak ada gak. Cute betul EM time tu. Okay tetibe terubah topik, Alaaaa. Rindu lak ng Captain. Okay, teruskan....

Kalau EM merupakan ilham faz, Fairul Adzreen aka Fero lak merupakan semangat faz. Setiap kali faz rasa give up sangat sangat faz akan perhati je gambar fero, faz harap sangat dapat berjumpa dan bergambar sendiri dengan mamat pacak ni. Korg mesti tertanya tanya apa istimewa mamat ni kan? Popular post blog faz pun masih bertajukkan nama dia. Faz sampai sekarang masih tertanya tanya, 'kenapa aku minat giler kat kau?' Malah faz rasa semakin hari faz semakin minat kat dia. Kadang kadang ada kawan faz yg tegur, masa dia godek gallery phone faz, 'Kau lebih minat EM ke Fero? Nape banyak gambar Fero berbanding EM?' Faz mulanya tak percaya sendiri "Eh iye ke? Bukan aku banyak simpan gambar  EM ke?" Faz amik la handphone sambil garu kepala, 'Eh iye la, gambar Fero banyak lagi.' Nahh. Sekarang faz sendiri dah mula confuse, 'Aku minat EM ke Fero yg lebih sekarang ni?' Kadang kadang kat tempat faz pratikal pun, kwn sepejabat faz sampai fed up asyik ulang lagu yg sama. Faz kesian gak kat dia, selalu sgt menguap, tapi nak buat camne, kte da minat ulang hari hari pun tak jemu. Tapi faz ulang setiap minit, masa kecuali time azan, solat dan urusan wajib lain yg harus dibuat, kebanyakkan masa faz habiskan dengan mendengar lagu je. Nak tau lagu apa? Mesti la lagu fero. Sebab setakat ni, lagu tu je yg ada dalam laptop dan handphone faz. Kesian tak?
                                                           *****

Faz tak tau nak buat camne. Patut ke faz berhenti menulis? Memang sekarang faz sudah ada someone untuk dijadikan ilham dan semangat. Tetapi apa yg lebih penting ialah sokongan. Tanpa sokongan, perkara yg dibuat takkan mendapat berkat.

p/s: Faz sudah pasang niat untuk menulis novel berbentuk buku, disebabkan sering ketandusan idea, membuatkan faz fikir lebih panjang untuk menulis. Doakan setiap keputusan faz ye..

Sekian..


27 Nov 2014

Kelebihan hari Jumaat


Assalamualaikum,

Salam Jumaat. Hari ni faz nak share sedikit sebanyak artikel yang sempat faz baca semperna hari jumaat yg penuh dengan kebaikan. Semoga kita bersama sama mengambil iktibar dan manfaat pada hari jumaat ini.

Hari Jumaat adalah hari hari besar di sisi Allah dan dikhususkan bagi umatnya. Ini jelas daripada Firman Allah yang bermaksud : "Apabila diseru untuk bersembahyang pada hari Jumaat maka segeralah kamu mengingati Allah serta tinggalkan jual beli. Inilah yang lebih baik bagi kamu sekiranya kamu mengetahui". (Surah Jumaah ayat 9)

Dalam ayat itu, Allah melarang manusia bekerja dan berusaha untuk kepentingan dunia sebaik ia mendengar seruan azan solat Jumaat. Larangan ini menggambarkan bahawa menunaikan fardu Jumaat penting dan wajib dikerjakan.

Dalam hadis lain Rasulullah mengatakan hari Jumaat adalah hari yang besar disisi Allah. Ia lebih besar daripada Aidilfitri dan Aidiladha.

Pada hari Jumaat kita disunatkan pergi ke masjid awal,sekurang-kurangnya sebelum tergelincir mata hari. Ini kerana pada setiap hari Jumaat, Allah mengutus malaikat berdiri di pintu masjid untuk mencatat nama mereka yang masuk. Apabila khatib naik ke mimbar, berhentilah mereka mencatatnya.

Dalam perjalanan ke masjid kita hendaklah dalam keadaan khusyuk dan merendahkan diri. Apabila berada dalam masjid, janganlah melangkah kepala orang untuk kesaf hadapan atau berjalan di sisi mereka. Jika hendak duduk di saf hadapan, kita hendaklah datang awal kerana Rasulullah melarang keras melangkah kepala orang. Apabila masuk masjid, hendaklah kita solat dua rakaat tahayattul masjid walaupun pada masa itu khatib sedang berkhutbah.

Sebaik-baiknya hendaklah ia solat di tiang yang terdekat dengannya supaya orang ramai tidak lalu di hadapannya ketika ia sedang solat. .Ketika imam berkhutbah, kita hendaklah mendengar nasihat dan tunjuk ajar yang disampaikan. Anggaplah nasihat itu untuk diri kita dan berazamlah untuk melaksanakan segala nasihat tersebut.

Jangan sekali-kali berkata-kata atau bercakap dengan teman ketika imam berkhutbah. Larangan ini jelas daripada sabda Rasulullah yang bermaksud:"Sesiapa yang berkata kepada temannya sedangkan imam masih berkhutbah: Dengarlah! Maka dia telah lalai, dan barang siapa yang lalai pada waktu imam sedang berkhutbah maka tiada Jumaat baginya." (Hadis Riwayat Ibn Majah)

Setiap hari-hari dalam Islam mempunyai kelebihan masing-masing. hari Jumaat adalah hari yang paling istimewa daripada hari-hari lain. Terdapat enam keistimewaan hari Jumaat iaitu :

1. Berlakunya hari kiamat.
Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi s.a.w. bersabda maksudnya : “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”

Sabda Nabi s.a.w. maksudnya : "Pada hari itu kiamat akan terjadi dan tidaklah seorang pun malaikat muqarrabun pun di sisi Allah Azzawajalla melainkan ia takut pada hari Jumaat, (tetapi) tidak langit dan tidak bumi melainkan ia merasa kasih pada hari Jumaat”. (Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Al-Baihaqi)

2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari Syurga.

Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini nabi Adam a.s. diciptakan, dan hari ini jugalah baginda diturunkan daripada Syurga. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya : “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari Syurga.”

3. Penghulu segala hari.

Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain. Dalam suatu hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat di namakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”

Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.

4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.
Daripada Abdullah bin Amr berkata sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud : “Tidak seorang Muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.” (Hadis Riwayat Tarmizi)

Jadi, sama-samalah kita berdo'a moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah s.w.t.

5. Kebaikan menjaga kebersihan dan memotong kuku.

Sebelum menunaikan fardu Jumaat, kita disunatkan mandi walaupun waktu solat telah hampir. Disunatkan juga mencukur kepala, memotong kuku, memendekkan misai, memakai wangi-wangian dan mengenakan pakaian yangsebaik-baiknya. Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”

6. Makbulnya do'a di antara dua khutbah.

Majoriti ulama' berpendapat bahawa makbulnya do'a yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.
Daripada Abu Hurairah r.a. telah meriwayatkan : Rasulullah s.a.w telah bersabda : "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. sedang membicarakan tentang hari Jumaat, dan baginda bersabda: Padanya (hari Jumaat) terdapat suatu saat yang tidak ditemui oleh seorang hamba (Allah) yang muslim dengan dia mendirikan solat sambil memohon kepada Allah akan sesuatu, melainkan apa yang dipohonkannya itu diberikannya kepadanya. Dia mengisyaratkan dengan tangannya yang diangkatkan". (Hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba Mukmin apabila meminta (berdo'a) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan do'anya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tarmizi).

Abi Burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan.

Sahabat yang dimuliakan,

Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu adalah semulia hari yang perlu ambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.

Rasulullah bersabda maksudnya : “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta."

“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu."

“Barang siapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas."

“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam , " dan

"Sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”

Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan dalam buku kehadiran malaikat.

Umat Islam juga dituntut membuat persediaan sebelum menghadiri solat Jumaat untuk mendapat fadilatnya, termasuk dalam berwuduk, mandi sunat dan tertib ketika menghadiri solat Jumaat.

Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : “Sesiapa berwuduk lalu memperelokkan wuduknya, kemudian mendatangi solat Jumaat, terus mendengar dan berdiam diri, tidak berbicara sama sekali, maka diberi tambahan tiga hari lagi."

“Sesiapa yang memegang kerikil untuk dimainkan sehingga tidak memperhatikan isi khutbah, sesungguhnya dia telah melakukan kelalaian, yakni bersalah.”

Hadis di atas membuktikan bahawa Islam memberi penekanan terhadap perlunya makmum menumpukan kepada khutbah yang disampaikan. Isi kandungannya khutbah perlu diteliti bukan hanya sebagai sumber ilmu, malah mencakupi teguran, pembinaan hidup dan nasihat yang berguna.

Daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : “Jika seseorang antara kalian mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi dulu.” (Muttafaq ‘alaih)

Daripada Samurah, diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda: “Sesiapa yang berwuduk pada Jumaat, maka dengan keringanan itu, bolehlah dilakukan tanpa mandi tetapi mandi itu adalah lebih utama.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud dan Tarmizi).

Ada banyak hadis dan riwayat mengenai kelebihan hari Jumaat. yang bertujuan menceritakan ganjaran yang perlu direbut oleh umat Islam antaranya adalah :

1.Orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari kiamat. Daripada Abdullah bin Amr r.a. berkata : Rasululah s.a.w. telah bersabda maksudnya : "Tidaklah daripada seorang Muslim yang mati pada hari atau malam Jumaat, melainkan dia dipelihara Allah daripada fitnah kubur". (Hadis Riwayat Tarmizi)

2. Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendo'akan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu. Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”

3. Waktu solat subuh membaca surah al-Sajdah dan surah Al-Insan.

4. Selesai solat Jumaat : Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Naas

5. Memperbanyakkan do'a, zikir dan selawat

Firman Allah Dalam Al-Quran maksudnya : "Sesungguhnya Allah dan para malaikat telah berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sempurna ke atasnya (Nabi)". (Surah Al-Ahzab, ayat 56)

6. Sesiapa membaca surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.

7. Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: "Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang."

8. "Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar."

9. "Mereka yang berdo'a dengan penuh keikhlasan hati pada Jumaat, mudah dimakbulkan Allah."

Sahabat,

Marilah kita sama-sama kita menfaatkan malam dan hari Jumaat untuk kita mempertingkankan amal ibadah, berdo'a dan berselawat kepada Nabi s.a.w. Hari Jumaat adalah hari kebesaran umat Islam. Terdapat banyak pahala , ganjaran dan keistimewaan yang dinyatakan dalam hadis-hadis Nabi s.a.w khusus untuk umat Islam yang mengharapkan keredhaan Allah s.w.t. Semoga kalian semua beroleh keberkataan dan sentiasa dirahmati Allah s.w.t. dalam amalan soleh yang kalian kerjakan.

Artikel: Kelebihan hari Jumaat.

Sekian....