Kelab Blogger Ben Ashaari

Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

23 Nov 2014

Bila "I'm in love" aku disalah tafsir

Assalamualaikum,

Hampir terlupa esok hari isnin. Tengah syok sgt bercintakan. Faz post status "I'm in love" ramai pm faz tanya dan wish tahniah. Haha. Korg memang tauu. Tak pernah nak fikir benda lain. Memang in love ni perlu dgn org ke? Ada yg doa faz sampai ke jinjang pelamin. Alaaa. Poyo. Haha.

Sebenarnya memang salah faz gak, buat statement yang tak nyata. Tapiii faz tak pulak nak menidakkan tafsiran org. Nak tau kenapa? Sebab faz nak kaji sejauh mana tafsiran yg dorg buat tu betul. Ada pulak kawan faz yg pm cakap faz buang batu, kata kawan tp da ada kekasih lupa kawan. Tak cte lg kat kawan apa semua. Entah apa apa la. Aduii. Pusing kepala faz.

Jadi di sini, faz nak betulkan apa yg faz cuba maksudkan. Sebenarnyakan faz In Love dengan hobi baru yg baru lagi fazceburi. Nak tau apa? Buat buku sendiri. Nanti ada masa faz amik gambar dan post satu satu. Buat masa sekarang biarla faz kemas kini dulu bahan untuk buku faz. Nampak macam ke anak anakkan kan? Tapi nak buat camne. Kalau dah minat, tak kira usia janji kita bahagia. Sama gak macam bercinta, cinta itu buta, walaupun tak kira usia kalau dah jodoh tu tetap akan bersama. Kan?

Jadi korg tak yah nak emosi sangat. Have fun selagi masih ada nyawa, cari korek amik buat perkara yg korg minat dan dapat melahirkan rasa cinta. Yg penting tidak menyalahi syariat Islam. In Sha Allah akan bahagia.

 p/s: Cinta faz terhadap manusia takkan melebihi cinta faz terhadap Allah, Rasul, Keluarga and yg sepatutnya faz cintai. Jadi kalau nak buat tafsiran tolong jaga perasaan org. Jangan sampai menimbulkan salah sangka, fitnah atau pergaduhan.

Sekian..

No comments:

Post a Comment