Kelab Blogger Ben Ashaari

Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

25 Nov 2014

Selepas ini?

Assalamualaikum,

Faz sebenarnya tgah stress memikirkan masa depan. Sedar tak sedar tinggal 2 bulan lgi faz nak habis pratikal. Boss faz selalu tanya, "After pratical nak buat apa? Apa cita cita? Nak jadi apa?" Nak tau apa jawapan faz? "Faz tak tau boss. Belum fikirkan lagi." Mesti boss faz fikir yg faz seorg yg takde cita cita. Mana tak nya, jawapan tu hanya budak sekolah rendah je boleh bagi. Ni? Budak diploma yg jawab camtu. Huhu. Memalukan tu memang memalukan. Tapi itu la jawapan faz setiap kali ditanya.

Faz tak tau mana hala tuju yg faz nak pergi selepas ni. Bidang yg diambil terlalu jauh dgn minat faz. Faz sejujurnya kurang minat dgn apa yg faz ceburi. Sukar untuk faz memikirkan. Sebab minat faz lebih kepada blogging. Faz terlalu minatkan bidang sastera. Kalau korg jadi faz apa yg korg buat?

Jadi mungkin selepas ni faz akan bekerja dgn keluarga, sebab keluarga faz pun harapkan faz berbusiness sambung apa yg dorg dah usahakan sehingga kini. Dalam masa yg sama faz akan curi masa untuk terus berblogging. Faz memang suka jadi "boss". Tau kan jenis boss yg mcm mana.Hehe. Harap apa yang faz idamkan jadi kenyataan. Faz bukan seorg yg gilakan duit, jadi faz tak kisah kalau menerima gaji yg kecil walaupun sekarang memerlukab duit yg banyak untuk hidup. Duit bukan bole bawa mati. Sebab tu faz tak risau sgt. Yg penting kita bahagia, dan hargai setiap masa kehidupan kita. In Sha Allah, akan bahagia selamanya.

Sekian..

1 comment:

  1. Jangan risau Faz, rezeki ketentuanNya..
    Just ikhtiar, usaha & tawakal..

    ReplyDelete