Duhai Sahabatku Sayang.

Assalamualaikum,

Hari ni merupakan hari jadi sahabat yg paling faz sayang. Jadi entry faz kali ni, Khas untuk si dia membaca.

Hey babe, Aku nak cakap thanks sebab sudi berkawan dengan aku. Tahun ni masuk 14 tahun kita berkawan. Banyak sangat kenangan pahit dan manis. Kalau kau nak tau, kau satu satunya kawan yg paling bertahan dengan aku. Sebab tu aku sayang giler dengan kau. Kalau dengan kau, aku cakap main lepas je, aku tau kadang kadang kau sentap dgn gurauan aku tapi kau diam je. Aku minta maaf beb.
Kalau boleh aku nak kita tetap berkawan sampai aku hembus nafas terakhir.

Untuk birthday kau kali ni, aku minta maaf sangat sangat sebab tak dapat nak sediakan something special. Untuk itu Aku doakan kau dimurahkan rezeki. Semoga senantiasa berada dalam perlindungan Allah didunia dan akhirat. Diberi kebahagiaan disamping org yg tersayang termasuk aku. Semoga persahabatan kita dirahmati Allah dan kekal hingga ke Jannah. In Sha Allah. Dah tua kawan aku ni. Mohon jangan nakal2 lagi k? haha.

Terima kasih untuk segala nasihat yg kau berikan, terima kasih sebab tak jemu mendengar masalah aku. Terima kasih sebab faham aku selama ini. Terima kasih sebab tahan dengan perangai pelik aku. Terima kasih sebab temankan aku kalau aku bosan. Terima kasih sebab sudi jadi sahabat yg terbaik dalam hidup aku.

Aku nak kau tau gak yg Aku terlalu sygkan persahabatan kita. Dan Aku sayangkan kau ❤


Sahabat,
Engkau hadir membawa cahaya,
Menerangi hari gelapku,
Disaat roda kehidupan berputar,
Ketika itu aku,
Berada dibawah,
Engkau tetap setia disisiku,
Berdiri disebelahku,
Agar aku tidak keseorgan.

Duhai sahabat, 
Pernahkah engkau terfikir,
Jika kita ditakdirkan,
Terpisah selamanya,
Ingatkah engkau kepada daku,
Nun jauh disana,
Memerhatimu dari jauh.

Kenangkan daku dalam setiap doamu,
Seperti mana aku mendoakanmu,
Ingatkan aku ketikaku alpa,
Sedarkan aku ketikaku lupa,
Agar persahabatan kita,
Lebih bererti di dunia,
Dan juga di akhirat,
Kerana itulah definisi persahabatan sebenar.

p/s: Jangan smash aku sebab gunakan bahasa yg terlalu sopan. Mohon faham aku. Aku nak kau menangis sekarang gak. Hehe. Acah. 

Sekian..

Comments

Popular posts from this blog

Terbang Tunduk by Fynn Jamal

Boulevard Kuching Sarawak

Selamat Hari Jadi Arwah Ayah