Salah ke kalau aku suka kau?

Assalamualaikum,

Topik hari ini, "Salah ke kalau aku suka kau?" Saja je nak buat topik mengembirakan hati faz sikit. Sebab faz perasan sejak dua menjak pratikal ni, entry blog asyik cte sedih je. Tak sedih sgt la. Hee. Jadi kali ni meh la baca cte faz tntg menyukai seseorg.

Suka? Satu perasaan indah yg harus ada dalam diri seseorang manusia yg normal. Tp faz bukan maksudkan jika seseorg yg takde perasaan suka kat org tu tak normal k. Jgn salah anggap. Positif sikit. Fuhhhh~ Penat explain.

Nak dijadikan bahan cerita, faz ada la suka seorg mamat ni. "Alhamdulillah, aku straight." Faz suka dia pun sebab perwatakan dia yg humble, time kolej kalau dgr je dia laungkan azan. Fuhhhh~ bisa mencairkan hati gadis yg mendengar. Selalu gak ah usha dia time dia nak ke kelas. Ada satu time, kami ambil subjek yg sama. Kan dewan tu besar. Port selalu dia duduk, kat belakang faz. Setiap kali je dia tanya soalan dgn lecture atau dengar suara dia berbual dgn kwn dia, faz confirm senyum tak kira apa aktiviti yg faz buat. Duduk je satu kelas Tapi nak cuba berkawan dgn dia tu, HARAM. Sampai da habis belajar, tak sempat nak berkawan dgn dia. Kempunan gak ahh. Ni semua pasal sikap MALU dan KURANG KEYAKINAN dlm diri ni. Huhu. Padan muka, tak sempat jadi kwn dia. Lagipun, buat apa nak tegur dia, kalau dalam kelas or terserempak dia buat tak endah je dgn faz.

Pernah gak ah terfikir, layak ke faz jadi kwn dia. Nak ke dia kwn dgn org yg takde apa apa keistimewaan mcm faz. Lama kelamaan dok usha2 dia, perhati sikap dia, mcm2 dgr tentang dia dr kwn. Jadi faz buat keputusan......

Untuk berhenti sukakan dia. Dengarnya dia sudah ada pilihan hati. Pelajar kolej gak. Frust? Tipu kalau cakap tak kan. tapi mungkin ada hikmah kenapa semua ni terjadi. Allah tunjukkan sesuatu yg membuatkan faz jadi tawar hati utk trus suka dia. Memang takde org yg sempurna. Setiap kejadian yg terjadi pasti bersebab dan dah tertulis dalam cerita seseorang. Sejak dari tu, nak kata faz takde suka org lagi tu takde la. Tapi kali ni faz lebih hati2 utk jaga perasaan sendiri dari suka org melebihi batas. Kalau faz da suka someone tu, faz akan asyik usha dan tercari2. Nak kata cinta tu, dok ehhhh. Tak tau la. sebab tak tau dan tak pernah mengalami apa itu cinta.

Mungkin faz rasa salah faz sebab sukakan someone terlebih sgt. Hehe. Salahke? errr...  Sejak dr faz ckp nak buang perasaan suka kat dia tu, kalau terserempak dgn dia kat luar dari kelas, memang faz akan buat tak endah gak dgn dia. Dia ada ke dia takde ke faz tak akan pernah ambil pusing lagi.Biar la dia dgn haluan dia dan faz dgn haluan faz.

Sekian..

Comments

Popular posts from this blog

Terbang Tunduk by Fynn Jamal

Boulevard Kuching Sarawak

Selamat Hari Jadi Arwah Ayah