Anas Arsyad Gallery

Anas Arsyad Gallery

Followers

12 Nov 2014

KucingKu

Assalamualaikum,

Faz mempunyai 4 ekor kucing peliharaan. Nak kata pencinta binatang tu tak gak, Tapi faz memang suka kucing. Tapi faz tak pernah bawa kucing. Percaya tak? Hehe. Sebenarnya faz takut benda yg berbulu. Tak tau kenapa, Faz gak alah dengan bulu.

Pernah sekali, time tu faz kat hostel. Kawan faz ajak g rumah dia, dekat je dari hostel. Family dia memang pencinta kucing. Banyak sangat kucing yg comel lotte kat sana. Masa tu, faz cuma sentuh kepala kucing dia je. Balik je dari sana, nak ke hostel badan faz gatal gatal. First, ingat mungkin kene gigit nyamuk. Lama kelamaan makin teruk jadinya. Lama gak ahh faz bergaru. Waktu tu roommate faz dah tidur. Pukul 3 pagi, gila kau tak tidur. Haha. Penat giler kot. Faz kejutkan dia sebab dah tak tahan sangat. Kesian gak ah tengok dia. Satu hostel dia cari ubat dettol sebab nak buang kuman kat badan faz. Dia temankan faz mandi, sebab faz ni penakut, tambah lak time tu awal pagi. Nak tak nak kene gak ah mandi. Nasib baik cepat sembuh kalau tak, mungkin dah arwah time tu. Mana taknya, faz dah start datang asma masa tu. Bangun je nak subuh, syukur sangat badan tak merah sgt, dah semakin pulih. Semenjak dari tu, faz memang tak pernah dekat dengan kucing lagi.

Nak tau macam mana faz jaga 4 ekor kucing faz? Seekor dah bergelar nenek, seekor bergelar mak, dan dua ekor masih kecil. Nama? EMENG, OII, BABY, MAGNAE.  hihi. Nama diberi mengikut tahap kecomelan dorang. Kalau time makan faz akan panggil dorg, bila dorg dah datang faz lari masuk rumah. Lantak dorang nak berebut makanan tu. Faz usha dari jauh je. Geram sangat nak bawa. Tapi nak wat camne. Time Baby & Magnae nak bermanja, faz akan gosok badan dorang guna kaki dilapiskan dengan selipar jepun. Memang agak kejam. Kadang kadang Magnae tak suka faz pegang guna kaki, dia mesti lari. Hehe.
Itulah faz. Jadi jangan berani nak tikam kucing kat faz. :')

Sekian..

3 comments:

  1. salams faz,

    panjang usia kedua2 kucing faz ya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam kak. Hehe. Alhamdulillah kak. Yg paling tua baru 4 tahun duduk dgn faz..

      Delete
  2. Assalamualaikum..cik dila geli gak ngn kucing..tp sweety cik dila ni excited plak ngn kucing..so,terpaksa bermesraa ngn kucing demi sweety..huhu

    ReplyDelete