Kelab Blogger Ben Ashaari

Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

30 Nov 2014

Sedih, terharu bergabung menangis

Assalamualaikum,

Malam ni faz nak luah perasaan je kat sini. Jadi faz mohon awal awal, kalau meluat or tak suka, tolong jangan baca. Tengah emosi giler ni. Faz sebenarnya tengah sedih sangat sangat, kecewa, punah harapan, rasa nak nangis Tuhan je yg tau. Tak yah la nak dicte sebab apa kan. Biar org tertentu je yg tau nape faz sedih.

Tadi faz call kwn faz, sebab buntu sgt. Call guna phone ibu la. Nak guna phone sendiri, top up pun takde lagi. Jadi faz call dia minta pendapat dan jalan penyelesaian bagi masalah faz ni. Nak tau dia cakap pe? "Alaa. Poyo ahh minah ni. Aku ingat masalah besar tdi. Ingatkan kene tangkap Jais ke, polis ke apa ke. Ishhh. Masalah semut je ni, pijak je terus mati." Boleh lgi dia cakap masalah faz tu masalah semut. Geram tul la. Sakit hati. Bagi faz tu antara masalah terbesar faz tau. Huhu.

Dia cakap lagi. Tapi kali ni faz betul betul terharu. "Okay, aku minta maaf. Tapi betul la faz, masalah kau ni kalau nak di ikutkan bukannya besar mana. Aku bukan tak nak tolong, tapi cuba kau fikir balik punca masalah kau ni. Dari siapa? Kau sendiri kan. Kalau kau dah anggap tu sebagai masalah, camne lak masalah yg lain? Lebih teruk dr tu? Tak fikir ke? Aku bukan apa faz, kau kawan aku. Aku tak nak kau hanyut sebab benda ni. Kalau kau nak gak, aku bole tolong. Tapi tolong doakan kau aje la. haha Pray for Faz. Okay?"

Terharu tak dapat kawan camni. Org sedih, dia p buat kte gelak. Huhu. Serious masih sedih ni.  Tapi tapi tapi..

Faz menangis lagi sebab terharu dengan kata kata semangat dari kawan kawan faz yg lain.. Antaranya: Chewaaahhhh..Faz kira nak post dulu yg ni, tiba tiba faz dikejutkan oleh kawan faz cakap suruh buka fb, bila buka fb dia kasi link blog dia, bila da baca blog dia, sampai sekarang air mata faz ni tak berhenti..
Yuhanis Naiva

Thanks korg semua sebab hadir sebagai kawan faz. Thanks untuk semua kata semangat. Love you guys so much.

p/s:Penggunaan bahasa sukar difahami sebab tengah menangis sedih, terharu and so on. Hehe. 

Sekian..

29 Nov 2014

Keindahan Sabar

Assalamualaikum,

Maksud sabar itu adalah menahan diri daripada keluh kesah terhadap sesuatu yang tidak kita sukai. Menurut Imam al-Ghazali : “Sesiapa yang ditimpa sesuatu musibah, walaupun ia tidak mengeluh tetapi sifatnya berubah daripada kebiasaan, maka itu tanda dia tidak redha dengan apa yang menimpanya”. Beliau juga menegaskan sabar itu mempunyai dua sifat iaitu yakni bersifat fizikal yang berupa seksaan, penyakit dan kesusahan yang menimpa jasad dan sifat kedua, dari segi rohani seperti ejekan, perpisahan, kekecewaan, kegagalan, kematian dan kebanyakkan perkara yang menekan nafsu dan bertentangan dengan kehendak diri.

Sabar itu bukan satu perkara yang mudah dilaksanakan kerana padanya terdapat kesulitan dan kepenatan. Rasulullah s.a.w bersabda yang diriwayatkan oleh Muslim “Dan solat itu laksana sinar rembulan, sedekah itu bukti keimanan, sedangkan sabar itu laksana sinar matahari”. Manusia, haiwan dan tumbuhan memerlukan sinaran mentari untuk meneruskan kehidupan walaupun ia panas dan tidak menyelesakan.

Allah menjadikan malaikat, haiwan dan manusia itu dengan sifat yang berbeza. Malaikat tidak mempunyai nafsu, haiwan pula memiliki syahwat tanpa akal dan hati nurani manakala manusia di anugerahkan dengan akal dan nafsu yang menjadikan sabar itu sebagai tuntutan yang khusus ke atas manusia untuk melawan nafsu dalam melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan.

Terdapat tujuh kategori sabar iaitu :
  1. Sabar (menahan) daripada kehendak syahwat perut dan kemaluan. Sabar ini disebut iffah. 
  2. Sabar dalam menghadapi musibah, lazimnya disebut sabar. 
  3. Sabar dalam keadaan kehidupannya yang serba cukup dan mampu. Sabar ini disebut mengawal nafsu. 
  4. Sabar dalam peperangan dan pertempuran. Sabar ini disebut shaja’ah (berani). 
  5. Sabar dalam mengekang marah. Sabar ini disebut al-hilm (lemah lembut). 
  6. Sabar dalam menyimpan rahsia. Sabar ini disebut katm. 
  7. Sabar memiliki kelebihan dan kemewahan . Sabar ini disebut zuhud. 

Dalam kita bersabar, musuh yang perlu dihindari adalah sikap tergesa-gesa, putus asa dan marah. Kesabaran akan lenyap apabila apa yang dihajati lambat ditunaikan. Marah pula perlu pada tempatnya iaitu apabila Islam dihina dan diinjak-injak bukan apabila kepentingan diri tergugat.

Sesungguhnya sabar itu bukan sifat yang sia-sia kerana padanya terdapat banyak kelebihan antaranya malaikat mengucapkan salam kepada orang Mukmin yang sabar, ia juga sumber kejayaan, pahala berganda, beroleh magfirah dan yang paling istimewa, disukai dan dipuji oleh Allah. “Sesungguhnya Kami mendapati dia (Ayyub) seorang yang sabar. Dialah sebaik-baik hamba.”(Surah Sad 38:44).

Sabar itu ganjarannya syurga, yakinlah dengan janji Allah, hanya dengan itu penderitaan atau ujian yang dilemparkan di dunia mampu dihadapi kerana mengharapkan kenikmatan yang lebih baik dan berkekalan di syurga. Ternyata sabar itu indah.

Sumber: artikel islam apa itu sabar.


p/s: sekadar perkongsian dan motivasi untuk faz sendiri.
Sekian.

Kerana persahabatan lebih bermakna

Assalamualaikum,

Tengah dok layan drama korea Lie to Me. Teringat lak someone yang pernah bergelar sahabat dalam hidup Faz. Lama gak faz tak cte hal dia. Nak cakap faz rindu tu, tipu kalau cakap tak. Baik buruk dia pun, dia pernah bergelar sahabat paling baik dalam hidup faz. Tanpa faz sedari, yang ni masuk entry ke 6 faz cerita hal dia. Sebenarnya, lagu dalam blog faz, Gara Diriku by Ajai faz letak sebab nak menceritakan apa yang faz rasa selama ini dan apa yg faz nak buat utk dia. Kira faz letak tu ditujukan khas untuk dia. Mungkin peluang untuk dia baca segala cerita faz agak tipis tapi tak salah untuk mencuba?



Dalam tempoh perkenalan kami, diakui tutur kata si dia memang agak kasar tapi dalam sedar tak sedar dia merupakan seorang sahabat yg prihatin dan romantik. Before pergi tuisyen, kami selalu datang awal sebab nak lepak sama, Dia akan ajak faz pergi kedai sebab kami memang suka giler makan ais cream. Setiap kali time nak bayar, dia la yang akan keluarkan duit. Ala bagi dia, kalau setakat ais cream, tak yah la nak berkira sangat. Lepas je beli ais cream, kteorg akan g taman permainan lepak kat sana. Masa tu memang banyak cerita yg kteorg share.

Kteorg pernah suka sama suka, dia tau faz suka dia, dan faz pun tau dia suka faz. Bagi dia, dia tak nak rosakkan persahabatan kami sebab sebuah percintaan. " Bayangkan faz kalau aku ajak kau couple, and one day kte gaduh dan tak sefahaman, apa jadi kat persahabatan kte? Mesti kekok kan? Walaupun aku tau kau suka aku, tapi aku nak kau tau gak yang aku suka kat kau, tapi kau jangan salah sangka, aku sayang sangat kat kau, aku taknak kalau aku ajak kau couple nanti, kte gaduh dan dan bertegur sapa lagi. Aku nak kau tau perbezaan couple dan persahabatan. Bagi aku, biarla aku bercouple dengan org lain sekali pun tapi persahabatan kita lebih bermakna dalam hidup aku. Kalau memang jodoh kte memang takkan ke mana."

Faz faham apa yang dia cuba maksudkan. Faz akui memang faz pernah mengharapkan hubungan lebih dari sebuah persahabatan, tapi bila difikirkan balik kata kata dia, ada benarnya apa yang dia cakap. Faz pun takut kalau tiba tiba bila perkara yang dia cakap berlaku. Jadi sebelum berlaku, lebih baik di elakkan.

Tapi apa gunanya mempertahankan sebuah persahabatan kalau akhirnya berpisah kerana hadirnya orang ke 3 kan?

Sekian......

28 Nov 2014

Ilham dan semangatku

Assalamualaikum,

Sejujurnya sekarang faz rasa mula give up nak menulis blog. Mula rasa malas nak menulis sebab ketandusan idea. Hari hari faz blogwalking baca cerita blog orang, kadang kadang faz tanya kat kawan kawan dan family faz cerita dorg utk faz sematkan dalam blog. Bila faz fikir balik, 'Eh, aku takde cte sendiri ke? Asyik nak cte hal org je.' Mula la faz rasa humble sangat. Tengok org lain kusyuk je cte hal dorg, tapi faz? Takde satu pun cerita yg menarik. Sampai ada satu time, faz hampir buat keputusan utk delete blog dan tinggalkan satu satunya perkara yg paling faz minat dan yg faz anggap kelebihan dalam diri faz.

Tiba tiba faz tergerak hati nak baca blog Encik Mimpi. Kenalkan mamat bertopeng ni? Faz dapat ilham dari setiap kisah hidup dia. EM pun mula dari org yg biasa biasa, tak dikenali. Faz tabik sangat dengan kejayaan EM. Hope EM sentiasa menjadi seseorang yg boleh dijadikan contoh untuk remaja. Nak gak tanye EM, rahsia rahsia yg membuatkan EM berjaya. Time jumpa EM dulu, banyak soalan yg faz dah sediakan, memang terlalu banyak. Tapi bila da diberi peluang jumpa, satu soalan je yg terkeluar dari mulut faz "Captain, busy ke?" Mula la EM bercerita jawapan soalan faz. Memang kelakar sgt. Sebab faz tanye EM busy ke time tu, Jawapan yg faz harapkan cuma Ya atau Tak, tp EM bagi jawapan berbentuk karangan, dia p cte yg dia nak kene pergi Indonesia, Nak buat album, persediaan itu ini itu ini. Tak berkelip faz dengar celoteh EM. Rasa nak gelak ada gak. Cute betul EM time tu. Okay tetibe terubah topik, Alaaaa. Rindu lak ng Captain. Okay, teruskan....

Kalau EM merupakan ilham faz, Fairul Adzreen aka Fero lak merupakan semangat faz. Setiap kali faz rasa give up sangat sangat faz akan perhati je gambar fero, faz harap sangat dapat berjumpa dan bergambar sendiri dengan mamat pacak ni. Korg mesti tertanya tanya apa istimewa mamat ni kan? Popular post blog faz pun masih bertajukkan nama dia. Faz sampai sekarang masih tertanya tanya, 'kenapa aku minat giler kat kau?' Malah faz rasa semakin hari faz semakin minat kat dia. Kadang kadang ada kawan faz yg tegur, masa dia godek gallery phone faz, 'Kau lebih minat EM ke Fero? Nape banyak gambar Fero berbanding EM?' Faz mulanya tak percaya sendiri "Eh iye ke? Bukan aku banyak simpan gambar  EM ke?" Faz amik la handphone sambil garu kepala, 'Eh iye la, gambar Fero banyak lagi.' Nahh. Sekarang faz sendiri dah mula confuse, 'Aku minat EM ke Fero yg lebih sekarang ni?' Kadang kadang kat tempat faz pratikal pun, kwn sepejabat faz sampai fed up asyik ulang lagu yg sama. Faz kesian gak kat dia, selalu sgt menguap, tapi nak buat camne, kte da minat ulang hari hari pun tak jemu. Tapi faz ulang setiap minit, masa kecuali time azan, solat dan urusan wajib lain yg harus dibuat, kebanyakkan masa faz habiskan dengan mendengar lagu je. Nak tau lagu apa? Mesti la lagu fero. Sebab setakat ni, lagu tu je yg ada dalam laptop dan handphone faz. Kesian tak?
                                                           *****

Faz tak tau nak buat camne. Patut ke faz berhenti menulis? Memang sekarang faz sudah ada someone untuk dijadikan ilham dan semangat. Tetapi apa yg lebih penting ialah sokongan. Tanpa sokongan, perkara yg dibuat takkan mendapat berkat.

p/s: Faz sudah pasang niat untuk menulis novel berbentuk buku, disebabkan sering ketandusan idea, membuatkan faz fikir lebih panjang untuk menulis. Doakan setiap keputusan faz ye..

Sekian..


27 Nov 2014

Kelebihan hari Jumaat


Assalamualaikum,

Salam Jumaat. Hari ni faz nak share sedikit sebanyak artikel yang sempat faz baca semperna hari jumaat yg penuh dengan kebaikan. Semoga kita bersama sama mengambil iktibar dan manfaat pada hari jumaat ini.

Hari Jumaat adalah hari hari besar di sisi Allah dan dikhususkan bagi umatnya. Ini jelas daripada Firman Allah yang bermaksud : "Apabila diseru untuk bersembahyang pada hari Jumaat maka segeralah kamu mengingati Allah serta tinggalkan jual beli. Inilah yang lebih baik bagi kamu sekiranya kamu mengetahui". (Surah Jumaah ayat 9)

Dalam ayat itu, Allah melarang manusia bekerja dan berusaha untuk kepentingan dunia sebaik ia mendengar seruan azan solat Jumaat. Larangan ini menggambarkan bahawa menunaikan fardu Jumaat penting dan wajib dikerjakan.

Dalam hadis lain Rasulullah mengatakan hari Jumaat adalah hari yang besar disisi Allah. Ia lebih besar daripada Aidilfitri dan Aidiladha.

Pada hari Jumaat kita disunatkan pergi ke masjid awal,sekurang-kurangnya sebelum tergelincir mata hari. Ini kerana pada setiap hari Jumaat, Allah mengutus malaikat berdiri di pintu masjid untuk mencatat nama mereka yang masuk. Apabila khatib naik ke mimbar, berhentilah mereka mencatatnya.

Dalam perjalanan ke masjid kita hendaklah dalam keadaan khusyuk dan merendahkan diri. Apabila berada dalam masjid, janganlah melangkah kepala orang untuk kesaf hadapan atau berjalan di sisi mereka. Jika hendak duduk di saf hadapan, kita hendaklah datang awal kerana Rasulullah melarang keras melangkah kepala orang. Apabila masuk masjid, hendaklah kita solat dua rakaat tahayattul masjid walaupun pada masa itu khatib sedang berkhutbah.

Sebaik-baiknya hendaklah ia solat di tiang yang terdekat dengannya supaya orang ramai tidak lalu di hadapannya ketika ia sedang solat. .Ketika imam berkhutbah, kita hendaklah mendengar nasihat dan tunjuk ajar yang disampaikan. Anggaplah nasihat itu untuk diri kita dan berazamlah untuk melaksanakan segala nasihat tersebut.

Jangan sekali-kali berkata-kata atau bercakap dengan teman ketika imam berkhutbah. Larangan ini jelas daripada sabda Rasulullah yang bermaksud:"Sesiapa yang berkata kepada temannya sedangkan imam masih berkhutbah: Dengarlah! Maka dia telah lalai, dan barang siapa yang lalai pada waktu imam sedang berkhutbah maka tiada Jumaat baginya." (Hadis Riwayat Ibn Majah)

Setiap hari-hari dalam Islam mempunyai kelebihan masing-masing. hari Jumaat adalah hari yang paling istimewa daripada hari-hari lain. Terdapat enam keistimewaan hari Jumaat iaitu :

1. Berlakunya hari kiamat.
Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi s.a.w. bersabda maksudnya : “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”

Sabda Nabi s.a.w. maksudnya : "Pada hari itu kiamat akan terjadi dan tidaklah seorang pun malaikat muqarrabun pun di sisi Allah Azzawajalla melainkan ia takut pada hari Jumaat, (tetapi) tidak langit dan tidak bumi melainkan ia merasa kasih pada hari Jumaat”. (Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Al-Baihaqi)

2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari Syurga.

Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini nabi Adam a.s. diciptakan, dan hari ini jugalah baginda diturunkan daripada Syurga. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya : “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari Syurga.”

3. Penghulu segala hari.

Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain. Dalam suatu hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat di namakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”

Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.

4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.
Daripada Abdullah bin Amr berkata sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud : “Tidak seorang Muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.” (Hadis Riwayat Tarmizi)

Jadi, sama-samalah kita berdo'a moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah s.w.t.

5. Kebaikan menjaga kebersihan dan memotong kuku.

Sebelum menunaikan fardu Jumaat, kita disunatkan mandi walaupun waktu solat telah hampir. Disunatkan juga mencukur kepala, memotong kuku, memendekkan misai, memakai wangi-wangian dan mengenakan pakaian yangsebaik-baiknya. Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”

6. Makbulnya do'a di antara dua khutbah.

Majoriti ulama' berpendapat bahawa makbulnya do'a yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.
Daripada Abu Hurairah r.a. telah meriwayatkan : Rasulullah s.a.w telah bersabda : "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. sedang membicarakan tentang hari Jumaat, dan baginda bersabda: Padanya (hari Jumaat) terdapat suatu saat yang tidak ditemui oleh seorang hamba (Allah) yang muslim dengan dia mendirikan solat sambil memohon kepada Allah akan sesuatu, melainkan apa yang dipohonkannya itu diberikannya kepadanya. Dia mengisyaratkan dengan tangannya yang diangkatkan". (Hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba Mukmin apabila meminta (berdo'a) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan do'anya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tarmizi).

Abi Burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan.

Sahabat yang dimuliakan,

Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu adalah semulia hari yang perlu ambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.

Rasulullah bersabda maksudnya : “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta."

“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu."

“Barang siapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas."

“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam , " dan

"Sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”

Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan dalam buku kehadiran malaikat.

Umat Islam juga dituntut membuat persediaan sebelum menghadiri solat Jumaat untuk mendapat fadilatnya, termasuk dalam berwuduk, mandi sunat dan tertib ketika menghadiri solat Jumaat.

Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : “Sesiapa berwuduk lalu memperelokkan wuduknya, kemudian mendatangi solat Jumaat, terus mendengar dan berdiam diri, tidak berbicara sama sekali, maka diberi tambahan tiga hari lagi."

“Sesiapa yang memegang kerikil untuk dimainkan sehingga tidak memperhatikan isi khutbah, sesungguhnya dia telah melakukan kelalaian, yakni bersalah.”

Hadis di atas membuktikan bahawa Islam memberi penekanan terhadap perlunya makmum menumpukan kepada khutbah yang disampaikan. Isi kandungannya khutbah perlu diteliti bukan hanya sebagai sumber ilmu, malah mencakupi teguran, pembinaan hidup dan nasihat yang berguna.

Daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : “Jika seseorang antara kalian mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi dulu.” (Muttafaq ‘alaih)

Daripada Samurah, diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda: “Sesiapa yang berwuduk pada Jumaat, maka dengan keringanan itu, bolehlah dilakukan tanpa mandi tetapi mandi itu adalah lebih utama.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud dan Tarmizi).

Ada banyak hadis dan riwayat mengenai kelebihan hari Jumaat. yang bertujuan menceritakan ganjaran yang perlu direbut oleh umat Islam antaranya adalah :

1.Orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari kiamat. Daripada Abdullah bin Amr r.a. berkata : Rasululah s.a.w. telah bersabda maksudnya : "Tidaklah daripada seorang Muslim yang mati pada hari atau malam Jumaat, melainkan dia dipelihara Allah daripada fitnah kubur". (Hadis Riwayat Tarmizi)

2. Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendo'akan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu. Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”

3. Waktu solat subuh membaca surah al-Sajdah dan surah Al-Insan.

4. Selesai solat Jumaat : Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Naas

5. Memperbanyakkan do'a, zikir dan selawat

Firman Allah Dalam Al-Quran maksudnya : "Sesungguhnya Allah dan para malaikat telah berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sempurna ke atasnya (Nabi)". (Surah Al-Ahzab, ayat 56)

6. Sesiapa membaca surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.

7. Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: "Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang."

8. "Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar."

9. "Mereka yang berdo'a dengan penuh keikhlasan hati pada Jumaat, mudah dimakbulkan Allah."

Sahabat,

Marilah kita sama-sama kita menfaatkan malam dan hari Jumaat untuk kita mempertingkankan amal ibadah, berdo'a dan berselawat kepada Nabi s.a.w. Hari Jumaat adalah hari kebesaran umat Islam. Terdapat banyak pahala , ganjaran dan keistimewaan yang dinyatakan dalam hadis-hadis Nabi s.a.w khusus untuk umat Islam yang mengharapkan keredhaan Allah s.w.t. Semoga kalian semua beroleh keberkataan dan sentiasa dirahmati Allah s.w.t. dalam amalan soleh yang kalian kerjakan.

Artikel: Kelebihan hari Jumaat.

Sekian....


Kenapa mesti ada ilmu? Pesan Boss ku

Assalamualaikum,

Hari ini rasanya faz teringin nak share sikit  nasihat yang pernah boss faz kongsikan. Boss faz yg faz cakap garang tu, sebenarnya takde la garang mane pun. Dia baik sebenarnya, cuma cara percakapan, dan mukanya yg garang tu buat org sering salah anggap kat dia, termasuk faz. Hehe. Sekarang alhamdulillah hubungan kami di office semakin baik. Faz pun dah selesa dengan dia, cuma perlu lebih berinteraksi dan komunikasi dengan dia.

Faz bersyukur dan beruntung dipertemukan seorg boss yg prihatin dan tidak lokek ilmu. Pertama sekali faz masuk sini, boss sering berpesan, " Walau pandai macam mane pun awak, bijak mane pun awak masa kolej, tapi sy tak pandang semua tu. Di alam pekerjaan, apa yg sy pandang cuma attitude, keberanian awak untuk belajar benda baru. Sebab tu ilmu itu penting, tak kira apa pangkat awak, kalau awak ada ilmu, orang akan hormat awak. Even kalau pangkat awak cuma seorg pekerja biasa kalau awak ada ilmu, awak takkan takut untuk bersuara. Justeru, keyakinan pada diri awak akan meningkat. Takde la awak takut takut nak tanya lagi."

" Setiap pekerjaan yang kita buat, mesti berlandaskan agama islam. Mesti berdasarkan Allah. Kerana Dia kita lakukan pekerjaan ini. Supaya mendapat keredhaan Allah. Sy tak kisah kalau org tak suka sy, Sy tak kisah org menguttk sy dari belakang. Sebab sy bekerja bukan nak minta pujian dari manusia tetapi sy bekerja kerana Allah."

Terkedu faz. Ouch sgt. Sungguh berdosanya diri ini kerana mengata dia dari belakang :'(
Sekarang faz cuba memperbaiki diri dan mengikut segala nasihat dia beri. Alhamdulillah, belum terlewat untuk faz memperbaiki semuanya kembali. Sebenarnya banyak lagi nasihat yg pernah boss bagi. In Sha Allah faz akan cuba ingatkan dan update dari masa ke semasa.

p/s: Lebih kurang camtu la nasihat dia. Mungkin ada pertukaran dialog sedikit. Sebab faz tak dapat ingatkan exactly yg dia cakap. Bahasa agak kasar, tetapi boss faz memang terbaik (y)

Sekian.

26 Nov 2014

Dulu tak suka, Sekarang terlebih suka~

Assalamualaikum,

Teringat zaman sekolah rendah dulu dulu. Dulu faz seorang yang brutal. Suka giler warna hitam dan tak suka warna pink. Setiap kali faz tengok perempuan guna warna pink, start la buat muka "burok". Haha. Jahatkan faz? Zaman dulu, ibu faz suka bagi faz guna baju orang lelaki. Faz tak pernah guna blouse, gaun and jarang guna baju kurung kecuali time sekolah or ada event yg memerlukan baju kurung. Memandangkan kakak kakak faz juga seorg yg agak kasar. Kakak faz dulu pun lebih brutal dari faz. Faz ikut je jejak dorang. Tapi bila kakak faz meningkat dewasa, dia ubah perangai jadi seorang gadis. Cara pemakaian, tutur kata, perlakuan, dari atas sampai bawah memang ladies.

Bila faz tengok perubahan mendadak dorg, faz pun jadi hairan. "Ehhh, buang tabiat ke akak aku ni?" Masa tu lagi kecil, tak tau sangat. Semakin hari, kakak faz mengikuti cara permakaian peredaran masa. Faz lak masih dengan cara faz, pakaian masih kelakian. Akak faz pernah tegur "Kau tak rasa rimas ke berpakaian macam budak lelaki dek?" Faz buat tak tau je.

Sampai la faz masuk form 4, faz ubah cara pemakaian faz. Time tu pun sebab terpaksa, cara pemikiran pun da macam org dewasa sikit. Malu la kan, kalau da besar tapi masih berpakaian macam kanak kanak. Alhamdulillah, sampai sekarang faz da mula selesa menjadi seorang gadis yg betul betul gadis. Haha.

Dan nak tau? Sekarang faz minat giler kat color pink. Semenjak faz menjejak kaki ke alam kolej, faz memang tak dapat tengok warna pink. Mesti hati mula riang. Chewahh. Suka giler. Sem 5 bila faz apply masuk hostel, kawan kawan faz terkejut tengok barang faz kebanyakkan warna pink. Tengok la blog faz, kalau bole semua pink -_-

Tak tau kenapa addict sgt kat warna ni. Tu baru pink, belum tengok barang yang cute cute lagi. Fuhh~ Memang best gak jadi seorang gadis ni kan. Hehe. Faz sekarang pun suka tengok barang pink, barang comel comel, termasuk orang. Hehe. Kbye.

Menyesal pulak faz perli org yg guna barang berwarna pink dulu. Sekarang terkene kat batang hidung sendiri. Tengok tengok sendiri lebih teruk minat barang tu.

p/s: Jadi betul la cakap orang, satu jari tunding kat org, 4 jari tunding kat diri sendiri. Jangan membenci lebih sangat, sebab yg dibenci tu la akan jadi kat diri sendiri nanti. 

Sekian..


Nak duit dengan cepat? Tanpa sebarang pembayaran

Assalamualaikum.

Semalam tengah faz dan kwn faz dok boring dalam office. Boss faz datang dan memperkenalkan satu link ni. Mulanya faz memang tidak percaya. Boss cakap apa salahnya kita mencuba. Kalau cuba pun, kita tidak rugi apa apa dan tidak dikenakan bayaran. Kalau betul, kita yg untung mendapat cek dari mereka. Walaupun dengan perasaan yg penuh ragu ragu, faz pun mencuba.

"INCOME RM900 sehari.. FREE REGISTER.. tiada apa2 bayaran dikenakan.. (Kalau anda rasa program ni menipu, anda tidak rugi apa2 pun, anda tak perlu keluar modal pun kan??..) tak perlu cari orang, tak perlu jual barang.. syarat kelayakan anda ada FACEBOOK, WHATSSAP, WECHAT dan tahu guna komputer sikit2 termasuk laman sosial yang lain.. anda perlu open link dibawah dan register.. anda terus dapat USD25×3.4=RM85.00..lepas tu anda akan dapat link anda sendiri dan copy ayat2 saya ini.. paste kt fb,tweeter dan sebagainya.. setiap orang yang buka link anda, anda akan terima USD10 ×3.4=RM34.00..MUDAH kan..??anda boleh pilih samaada duit masuk ke acc bank anda atau cek dipos ke alamat rumah anda.. register PERCUMA, sila isi kat sini.. tak salah kan kalau mencuba..
http://peruserpaid.com/?ref=52383"

Selamat mencuba kawan kawan.
Sekian..

Disebabkan Game aku geram

Assalamualaikum,

Seperti yg korg sedia maklum, aktiviti game seperti COC, candy crush, and so on semakin berleluasa di kalangan masyarakat malaysia. Chewahhhhhh. Bercekarama pulak budak ni

Apa yg faz cuba katakan sebenarnya kenapa faz benci sangat benda yg dinamakan game ni. Tak dinafikan, faz juga pernah bermain game. Tapi sekarang ni memang jarang kalau boleh, tak nak main lagi. Nak tau sebab apa?

Adik faz, Abob dan ibu faz memang addicted sgt bermain game. Tu yg faz benci sgt game ni. Kalau ada je masa terluang, dorg confirm akan cari game dulu. Ada je masalah, dorg mesti selesaikan dgn bermain game dulu. Kadang kadang kalau faz balik keje, kan kte penat,dulu faz selalu cte kat ibu faz, dia dgr then bagi nasihat. Sekarang, faz cakap dia akan iya kan je. Adik faz lak, dulu kalau faz marah or bising kat dia, dia confirm tak kering gusi buat faz gelak. Sekarang, kalau faz marah, dia buat tak endah je. Seolah olah ada moto baru kat rumah faz. KEEP CALM AND PLAY GAME.

Faz bukan nak melarang dorg main game tp at least la layan gak faz yg masih wujud ni. Kalau masa dgn family tu, jgn la dok main game je.

Pernah gak kwn faz cte, sebab game pasangan kekasih, suami isteri pun boleh gaduh. Faz tak faham la. Best sgt ke game tu? Ada lak yg faz tengok, time traffic light tgah merah dia sempat lak layan COC. Waaaa. Bila je traffic light tukar hijau, dia masih tak perasan. Apa lagi, teruk la dia kene arah gn pemandu lain. Time nak lalu sebelah kereta dia, faz sempat bagi double thumbs up kat dia. Nak kata faz jahat pun faz tak kisah. Siapa suruh layan game masa memandu.

p/s: Untuk sesiapa yg addict main game tu, mohon maaf kan faz. Faz cuma kongsi apa yg faz lihat dan rasa. Kalau korg disituasi faz, korg mesti faham perasaan faz. Main boleh, tapi jangan sampai lalai dan lupa tanggung jawab kte kat Allah, keluarga dan masyarakat.

Sekian..



25 Nov 2014

Mensyukuri Nikmat Allah s.w.t


Kita diberi kemewahan
Kita diberi sifat yang sempurna
Kita diberi peluang untuk hidup
Kita diberi akal untuk berfikir

Pernahkah kita bersyukur
Pernahkah kita bersedekah
Pernahkah kita hargai
Pernahkah kita menjaganya

Kemewahan bukan segala galanya
Duit tidak dapat di bawa ke kubur
Ya! Kita tahu itu
Tetapi itu yang kita kejar

Allah menguji kita dengan kemewahan dunia
Adakah kita akan bersyukur dengan apa yg kita dapat
Allah memberi peluang kita guna setiap masa yang ada
Adakah kita menghargai setiap masa
Untuk berbakti kepadanya

Aku hidup kerana Allah
Kerana takutkan pembalasanNya
Kerana inginkan nikmat akhiratNya
Aku syukur dengan ada Nya
Aku tidak perlu benda lain
Aku tidak perlu kekayaan dunia
Kerana ku kejar hanya satu
KeredhaanNya
Di Akhirat kelak


Doa Mensyukuri Nikmat Allah S.W.T

Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya selalu mensyukuri akan nikmat-Mu yang Dikau kurniakan padaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya daku tetap mengerjakan amal soleh yang Dikau redhai. Dengan rahmat-Mu masukkanlah daku ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh.” 
(An-Naml/27: 19).

“Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya selalu mensyukuri akan nikmatMu yang Dikau kurniakan padaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya daku tetap mengerjakan amal soleh yang Dikau redhai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu).”
(Al-Ahqaf/46: 15).

Selepas ini?

Assalamualaikum,

Faz sebenarnya tgah stress memikirkan masa depan. Sedar tak sedar tinggal 2 bulan lgi faz nak habis pratikal. Boss faz selalu tanya, "After pratical nak buat apa? Apa cita cita? Nak jadi apa?" Nak tau apa jawapan faz? "Faz tak tau boss. Belum fikirkan lagi." Mesti boss faz fikir yg faz seorg yg takde cita cita. Mana tak nya, jawapan tu hanya budak sekolah rendah je boleh bagi. Ni? Budak diploma yg jawab camtu. Huhu. Memalukan tu memang memalukan. Tapi itu la jawapan faz setiap kali ditanya.

Faz tak tau mana hala tuju yg faz nak pergi selepas ni. Bidang yg diambil terlalu jauh dgn minat faz. Faz sejujurnya kurang minat dgn apa yg faz ceburi. Sukar untuk faz memikirkan. Sebab minat faz lebih kepada blogging. Faz terlalu minatkan bidang sastera. Kalau korg jadi faz apa yg korg buat?

Jadi mungkin selepas ni faz akan bekerja dgn keluarga, sebab keluarga faz pun harapkan faz berbusiness sambung apa yg dorg dah usahakan sehingga kini. Dalam masa yg sama faz akan curi masa untuk terus berblogging. Faz memang suka jadi "boss". Tau kan jenis boss yg mcm mana.Hehe. Harap apa yang faz idamkan jadi kenyataan. Faz bukan seorg yg gilakan duit, jadi faz tak kisah kalau menerima gaji yg kecil walaupun sekarang memerlukab duit yg banyak untuk hidup. Duit bukan bole bawa mati. Sebab tu faz tak risau sgt. Yg penting kita bahagia, dan hargai setiap masa kehidupan kita. In Sha Allah, akan bahagia selamanya.

Sekian..

Al-Fatihah buat Mama awak... :'(

Assalamualaikum,

Pernah tak korg rasa, satu perasaan rindu yg teramat sgt kat org yg korg syg? Pernah tak korg rasa macam mana perasaan kehilangan org yg korg sayang? Satu perasaan yg amat meruntun jiwa. Betul tak?

Tengah faz dok godek godek IG atau nama panjangnya Instagram, stalk kawan lama2 faz, tgn faz terhenti dekat satu gambar dan captionnya membuatkan hati faz sebak. Gambar arwah ibunya yang baru meninggal dunia. "Hancur rasa hati aku bila mama meninggalkan aku, aku akan sentiasa rindu dgn awak ma, bergosip, bergurau, marah, nasihat, masak, tidur dengan aku, dan benda yang akan paling ku rindu bila mama cium dahi aku sebelum aku kluar dan mama akan cakap 'I LOVE YOU' , aku jawab 'I LOVE YOU TOO Mama' tp Allah lebih sygkan mama. Semoga mama tenang disana. Aku akan sentiasa mendoakan utk mama."

Betapa sedihnya perasaan insan ini ketika kehilangan ibunya. Faz faham sebab faz pernah kehilangan ayah. Tapi untuk kehilangan ibu? Sukar untuk faz lafazkan bagaimana akan faz alami. Mampukah faz setabah insan ni. Mampukah faz menghadapi hari hari mendatang tanpa seorang ibu disisi. Banyak banyak comment kat gambar dia, ada satu comment yg membuatkan faz tersentuh "Takziah. I'm feel sorry for your lost. But remember she's fine there. Allah loves her more than us. If u love ur mother keep praying for her. Mendoakan dia dalam setiap solatmu. Banyakkan bersabar."

DOA UNTUK IBU


Ya Allah, Engkau rahmatilah ibu ku.  Aku pohonkan rahmat Mu dan keampunan Mu untuknya.
Ya Allah, Engkau anugerahkan lah kepada dia kesihatan yang berpanjangan kerana dia telah mengandungkan aku dengan susah payah.

Ya Allah, Engkau anugerahkan sebesar-besar ganjaran kepadanya kerana telah melahirkan aku.
Ya Allah, naungilah dia dengan kasih sayang Mu kerana dia telah menyusukan aku dengan penuh kasih sayang.
Ya Allah, anugerahkan ganjaran Mu diatas kesabarannya yang telah membesarkan aku.
Ya Allah, Engkau kurniakan kepadanya darjat yang tinggi di sisi Mu diatas ketabahannya menanggung kesedihan dan kekecewaan  dengan perangai aku yang menyakit kan hatinya, mengaibkannya dan berbagai-bagai perbuatan ku.
Ya Allah, anugerahkan kepada semulia-mulia tempat di sisi Mu kerana dia tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan diatas setiap pengorbanannya dari ku.
Ya Allah, kurniakan kepadanya iman yang sempurna. Kesihatan tubuh badan yang berterusan. Mendapat Ilmu yang bermanafaat. Di murahkan rezeki yang halal. Engkau masukkn lah dia kedalam golongan orang-orang yang dapat bertaubat sebelum mati, mendapat rahmat Mu ketika mati dan mendapat keampunan Mu sesudah mati.
Ya Allah, permudahkan lah dia  ketika menghadapi sakartul maut dan lepaskan dia dari  di hisab.
Ya Allah, jangan lah Engkau biarkan dosa-dosanya melainkan Engkau ampunkan jua.
Ya Allah, janganlah Engkau biarkan dia bersedih melainkan Engkau hiburkan mereka dengan kurnia dan nikmat Mu.
Ya Allah, janganlah Engkau biarkan dia kesunyian melainkan Engkau temani dia dengan hidayah dan petunjuk Mu.



Sekian..

24 Nov 2014

#AwakKatMane jadi trend?

Assalamualaikum,

Awak kat mane? Awak awak kat mane? Haha. Tu la soalan yg selalu faz dapat dan faz tanya kat org. Kadang kadang tu, sampai fed up kte ditanya kat mane. Tapi nak wat camne, da jadi trend masa kini.
Pernah faz boring sangat time tu, faz g melalak menyanyi lagu ni, kawan faz bising aaa. "Kau ni dah knape?" Faz cakap je. "Awak kat mane? Awak awak kat mane?" Macam macam nada yg faz keluarkan. Manja, sedih, garang, lembut, kasar. Semua ada. Sampai kwn faz da tak nak cakap dgn faz lagi. Hehe.

Tengok? Sebab lagu pun bole tak bertegur. Tapi tu bukan point yg faz nak cakap. Sebenarnya faz nak puji pembikinan lagu masa kini, perasan tak zaman lagu "Havoc" dulu? (tak la dulu sgt) Tu pun jd trend. Begitu gak "Aku tanya apa khabar?" dan "pasar malam". Tu menunjukkan bahawa komposer dan penyanyi Malaysia memang hebat hebat belaka. Nak tau kenapa? Setiap kali faz berjalan, dok dengar org muda main lagu ni, bercakap pun guna intonasi lagu lagu cam ni. Betul la cakap Taufik Batisah, "Meluat tak?"

Awak kat mane, awak awak kat mane(yeaa)
Awak kat mane, awak awak kat mane(ditanya tanya lagi)
Awak kat mane, awak awak kat mane (yeaa)
Awak kat mane, awak awak kat mane(ditanya tanya lagi)
Awak kat mane, awak awak kat mane(ditanya)
Awak kat mane, awak awak kat mane(ditanya tanya lagi)
Awak kat mane, awak awak kat mane(yeaa)
Awak kat mane, awak awak kat mane(ditanya tanya lagi)

Awak kat mane, awak awak kat mane
Asyik awak kat mane macam budak darjah dua
Awak sudah kenapa sikit sikit nak call saya
Nanti bingit saya tinggalkan baru kepadan muka

Buat apa? Di mana? Ku selalu ditanya
Kau ni dah kenapa? Nak mengada-ngada
Ini bukan namanya manja
Meluat ku dibuatnya

You nak pergi mane? Dia bunyi lagi
I call you tak answer, nak dekat seribu kali
Kenapa selalu curiga
Sikit sikit dia mesti tanya di mana

Awak kat mane, awak awak kat mane(yeaa)
Awak kat mane, awak awak kat mane(ditanya tanya lagi)
Awak kat mane, awak awak kat mane (yeaa)
Awak kat mane, awak awak kat mane(ditanya tanya lagi)
Awak kat mane, awak awak kat mane(ditanya)
Awak kat mane, awak awak kat mane(ditanya tanya lagi)
Awak kat mane, awak awak kat mane(yeaa)
Awak kat mane, awak awak kat mane(ditanya tanya lagi)

Awak kat mana, awak awak kat mana
Aku di dalam studio rakam lagu lepak gila
Tak suka aku tak paksa, lagu ballad pun aku ada
Kau budak budak sudah dewasa, jangan nak mengada-ngada

Tak kira di mana pun aku berada
Dah macam orang gila dia bertanya
Awak dah kat mana, awak buat apa
Jadi begini jalan ceritanya (kau dengar ni)

Lain kali cuba berdikari
Beerti tak perlu call aku lagi
Cobalah kau fikir sendiri
Jangan sikit sikit pulak engkau tanya di mana

Awak kat mane, awak awak kat mane(yeaa)
Awak kat mane, awak awak kat mane(ditanya tanya lagi)
Awak kat mane, awak awak kat mane (yeaa)
Awak kat mane, awak awak kat mane(ditanya tanya lagi)
Awak kat mane, awak awak kat mane(ditanya)
Awak kat mane, awak awak kat mane(ditanya tanya lagi)
Awak kat mane, awak awak kat mane(yeaa)
Awak kat mane, awak awak kat mane(ditanya tanya lagi)

Assalamualaikum
Saya nak keluar studio ni
Dah selesai pun rakaman lagu ni
Saya nak tanya sikit ni
Meluat tak?
Awak kat mane?


Hari tu, faz jalan dengan ibu, kawan ibu dan anak dia, handsome gak ahh mamat ni. Umur baru 18 tahun. (Nasib baik) Hehe. Jadi nak dijadikan cte, malam tu kteorg nak g teman ibu ibu lepak kat kedai mamak area Matang Jaya.. Sepanjang perjalanan nak ke sana, mamat ni dok nyanyi Awak kat mane awak awak kat mane, time tu faz tak tau lagi yg tu merupakan lagu, jadi faz jawab la "Kat sini, tak nampak ke cik abg? Dr tdi tanya awak kat mane awak kat mane." Dia p jeling faz. Jadi faz marah la dalam hati, 'Eleh, dia yg dok tanya kte kat mane, dia lak nak jeling'

Dah sampai kedai makan, dia tanya g "Awak kat mane? Awak awak kat mane?" Faz jawab lagi. "Kat sini la, Dari tdi tanya. Ish" Lepas tu, nak tau apa dia buat, dia datang dekat faz lepas tu letak earphone kat telinga faz. Burn sgt time tu. Memang tak bole blah. Rasa nak sembunyi muka bawah meja. Dia senyum je, "Haaa. Tu la cek kak, lain kali ikut trend masa ke masa. Bukan org tanya awak kat mana. Org nampak je awak kat sblh ni. Nak tanya awk wat pe. Ni mesti tak pernah dengar radio." Gelak sakan mamat ni. Faz memang speechless time tu, sepanjang masa faz dok cakap sorry sorry. Memang memalukan. Huhu.


p/s: Jadi faz nak nasihat kat remaja sekarang ni, kene la amik tau sikit trend trend masa kini. Jangan jd mcm faz, memalukan je.

Sekian..

23 Nov 2014

Jangan marah-marah

Assalamualaikum,

Mulakan hari anda dengan senyuman. Tak tau kenapa bibir ni tak henti nak berikan senyuman kat org. Hati ni gembira semacam je. Kan biasa kalau perempuan tengah datang bulan mood dia agak menakutkan, agak tak betul sikit. Tapi Faz tak tau nape, sejak dtg bulan, mood asyik nak gembira je. Betul ni, tak tipu. Hehe. Mungkin ada benda yg menggembirakan kot. Agak agaknya apa ekkk~

Faz pun tak tau. Yang penting faz gembira kalau faz gembira. Ehh. Pelik ke? Faz harap sangat takde org yg tukarkan mood faz hari ni. Faz teringin nak gembira sampai esok dan seterusnya. Faz ni kalau marah atau bad mood memang scary tauu~ Betull. Kalau tak percaya, bole tanya kat orang yg kenal dengan faz. Hehe. Takde la. Faz kalau marah, memang tak suka nak marah, melenting and so on. Kadang kadang faz diam je, kadang kadang menangis, kadang kadang faz akan bising benda yg takde kene mengena.

Kalau faz cakap yang ngah marah, ada gak kawan faz yg akan tanya, "Eh, Betul ke kau marah? Macam tak pun?" Lepas tu dorg buat muka selamba. Faz dengar dorg da bunyi camtu, terus gelak. Hehe. Memang betul la apa dorg cakap, faz bukan la nak cakap yg faz tak reti marah lansung tapi faz tak reti nak lekat dengan satu mood. Faz tak pandai kalau marah, sehari hari marah, kalau sedih sehari hari sedih. Lagipun, faz tak nak muka faz cepat tua, kang makin tak laku jadinya. Fuhhhh~ Minta dijauhkan. Faz bukan apa, faz tak nak nanti kalau faz ngah marah marah, faz akan melukakan atau menyakitkan hati orang lain. Kan kalau kita marah, kita mudah nak melepas kat sesiapa je yg berada dekat dgn kita. Faz takut kalau dorg pulak yg terasa hati dengan mood kte. Kene la jaga hati org gakkan? Takkan nak harapkan org je jaga hati kte. betul tak?

Jadi korang pun kalau nak marah tu, fikir la lebih panjang k? Walaupun dalam keadaan yg macam mane sekalipun, jangan sampai effect kat org lain. Kesian org yg jadi mangsa keadaan tu. Faz cakap berdasarkan apa yg faz selalu mengalami. Sebab faz selalu jadi tempat orang melepaskan amarah. Jadi nak marah balik, faz rasa takde guna kot. Sedangkan Rasulullah pernah berpesan:

Jangan Marah.
Seorang sahabat Abu Hurairah r.a. telah meminta Bagindaﷺ  menasihatinya. Rasulullahﷺ  bersabda; “Jangan marah”. Larangan ini diulang oleh Rasulullahﷺ  beberapa kali. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Malik dan Tirmizi).
Begitu juga dengan seorang lagi sahabat yang bernama Abdullah bin Amru. Beliau bertanya Rasulullah ﷺ tentang sesuatu yang boleh menyelamatkan dirinya daripada kemurkaan Allah. Baginda ﷺ  menjawab perkara yang sama iaitu, “Jangan Marah”.
.
Dalam suatu kejadian, seorang sahabat meminta nasihat daripada Rasulullah ﷺ, lalu Baginda bersabda, “Janganlah kamu marah.” Sahabat lain pula bertanya, “Apakah yang dapat menyelamatkan daku daripada kemurkaan Allah?” Maka jawab Rasulullah ﷺ: “Jangan tunjukkan kemarahan kamu.” Sahabat yang lain pula meminta satu amalan kebaikan yang mudah untuk dilakukan, maka sabda Rasulullah ﷺ, “Janganlah marah!”
.
Mohon Perlindungan Kepada Allah
Dari Sulaiman bin Surad r.a., katanya: “Saya duduk bersama Rasulullah dan terdapat dua orang yang saling bermaki-makian antara satu sama lain. Salah seorang dari keduanya itu telah merah padam mukanya dan membesar urat lehernya, kemudian Rasulullah bersabda:“Sesungguhnya aku mengetahui suatu ucapan yang apabila diucapkannya, tentulah hilang apa yang ditemuinya (iaitu kemarahannya), iaitu andai kata dia mengucapkan: “A’udzu billahi minasy syaithan,” tentulah lenyap apa yang ditemuinya itu.” Orang ramai lalu berkata padanya (orang yang merah padam mukanya tadi): “Sesungguhnya Rasulullah bersabda: “Mohonlah perlindungan kepada Allah daripada syaitan.” Lelaki itu menjawab: “Adakah aku gila (sehingga aku perlu meminta perlindungan daripada syaitan) ?” (Hadis Riwayat al-Bukhari).

Sekian :)

Bila "I'm in love" aku disalah tafsir

Assalamualaikum,

Hampir terlupa esok hari isnin. Tengah syok sgt bercintakan. Faz post status "I'm in love" ramai pm faz tanya dan wish tahniah. Haha. Korg memang tauu. Tak pernah nak fikir benda lain. Memang in love ni perlu dgn org ke? Ada yg doa faz sampai ke jinjang pelamin. Alaaa. Poyo. Haha.

Sebenarnya memang salah faz gak, buat statement yang tak nyata. Tapiii faz tak pulak nak menidakkan tafsiran org. Nak tau kenapa? Sebab faz nak kaji sejauh mana tafsiran yg dorg buat tu betul. Ada pulak kawan faz yg pm cakap faz buang batu, kata kawan tp da ada kekasih lupa kawan. Tak cte lg kat kawan apa semua. Entah apa apa la. Aduii. Pusing kepala faz.

Jadi di sini, faz nak betulkan apa yg faz cuba maksudkan. Sebenarnyakan faz In Love dengan hobi baru yg baru lagi fazceburi. Nak tau apa? Buat buku sendiri. Nanti ada masa faz amik gambar dan post satu satu. Buat masa sekarang biarla faz kemas kini dulu bahan untuk buku faz. Nampak macam ke anak anakkan kan? Tapi nak buat camne. Kalau dah minat, tak kira usia janji kita bahagia. Sama gak macam bercinta, cinta itu buta, walaupun tak kira usia kalau dah jodoh tu tetap akan bersama. Kan?

Jadi korg tak yah nak emosi sangat. Have fun selagi masih ada nyawa, cari korek amik buat perkara yg korg minat dan dapat melahirkan rasa cinta. Yg penting tidak menyalahi syariat Islam. In Sha Allah akan bahagia.

 p/s: Cinta faz terhadap manusia takkan melebihi cinta faz terhadap Allah, Rasul, Keluarga and yg sepatutnya faz cintai. Jadi kalau nak buat tafsiran tolong jaga perasaan org. Jangan sampai menimbulkan salah sangka, fitnah atau pergaduhan.

Sekian..

Peringatan Ibuku

Assalamualaikum,

Hari ahad yg memenatkan. Faz dok layan cousin sendiri pun penat. Dengar dorang punya celoteh best tu memang best tp kadang kadang geram gak. Comel sgt. Dorg dok membebel mengalahkan ibu faz.

Terfikir gak, mcm mane kalau, kalau la kan faz ada anak sendiri? Fuyooo. Ibu faz ckp, anak kalau di didik baik mcm mane skali pun, kalau kite sendiri tak hormat ibu, itu la yg akan jd dgn anak kte nanti. Faz nak percaya tu susah gak. Tp faz tau Allah maha adil. Faz ni agak nakal dan slalu gak melawan cakap ibu. Agak agak anak faz nanti ikut jejak faz ke? Alamak. Tibe tibe gerun.

Ibu selalu cakap kat kami adik beradik sekali kite melawan ibu, buat ibu menangis maka sepuluh kali la keadaan dibalas anak kite nanti. Tsktsk. Pembalasan paling teruk bila ibu mula kecil hati.

 Faz nak minta maaf kat ibu tapi faz takut kalau hari ni faz minta maaf, esoknya faz akan buat lagi. Janji macam mane pun faz takkan dpt tunaikan. Huhu.

Apa yg dpt faz buat cuma mendoakan kesihatan ibu agar faz dapat membalas balik jasa dia dengan faz selama ini. In Sha Allah.

Sekian..

22 Nov 2014

Kungfu Jungle

 Assalamualaikum,

Lama dah tak menaip nihh. Sebenarnya faz ada banyak idea nak menaip, tp sebab banyak sgt benda menghalang faz dr focus dgn blog jadi kebanyakkannya faz lupa. Hehe. Faz baru balik dari movie date dgn ibu. Saje je nak cakap.


Kami menonton cte Kungfu Jungle. Masa masuk kat pawagam tadi faz dan ibu tersangatla terkejut. Nak tau sebab apa? Kteorg berdua je makhluk Allah yg bertudung dan melayu, rata rata yg menonton cte tu semua cina. Wowwww... Faz agak hairan la sedikit.

Faz memang minat nonton cte cina sebenarnya, fazkan satu malaysia. Semua jenis cerita dapat masuk.  Ibu faz cakap takpe tonton cte cina, mana tau dapat bakal husband org cina. Mesti best. Hehe. Sokong je bu. Asal boleh bahagia dunia akhirat.

Jadi di sini, faz nak recommend kat korg tak kira bangsa g la tengok Kungfu Jungle, confirm tak rugi. Faz nak cte sbenarnya, tp tkt kalau korg baca kang trus tak nak g. Tapi faz nak cte gak..... Okay. Buat sinopsis sikit la k?

Cte ini berunsur aksi, sesiapa yg suka filem aksi ganas bole la p tonton. Mengisahkan seorg yg sggup buat apa je demi org yg dia sayang. Okay, takat tu je. Nak tau g la tgok sendiri.

Banyak gak pengajaran yg boleh didapati dr filem ni. Agak berlainan dari filem aksi yg pernah faz tgok. First tu takut la, sebab bnyk sgt aksi tumbuk tp lama lama tu mula layan.  Syok giler.  Faz pun da penat, jadi In Sha Allah bertemu lagi.

Sekian..



21 Nov 2014

All About That Bass (couple version)

Assalamualaikum,

For the first time faz gubah lirikorg and nyanyi tanpa music. Jadi kantoi laa suara sumbang faz hari ni.


Nak dijadikan cerita faz dan rakan sepejabat tgh dok boring takde apa nak dibuat, jd ckp kat dia yg faz ingin nak buat lagu utk dia. Sebenarnya niat faz cuma nak hiburkan hati dia. Dua hari before ni dia asyik dok sedih je. Kalau faz buat lawak, dia gelak memang gelak, tp bila faz da layan buat keje,  pusing kat dia, tengok tengok dia nangis balik. Fuyooo. Faz kalau bab melawak ni memang bole pass, tp memujuk ni tak reti sgt. Tkt gak org masuk office tgok dia nangis, then dorg ckp faz yg buat dia nangis kan naya lagi. Jadi sepanjang masa, faz buat lawak and cakap benda tak betul je dgn dia. Tu la yg faz alami selama kawan yg faz syg bersedih. Dalam dua hari ni gak, kteorg ketawa bersama, menangis bersama, gila bersama, keje part time bersama. Mungkin ada hikmah disebalik setiap masalah yg melanda.

Alhamdulillah baru hari ni faz tgok kwn faz da okay, dapat buat lawak mcm selalu. Syukur sgt Allah hantarkan org pulihkan hubungan dia dan kekasihnya. Disebabkan mood kteorg okay, faz buat keputusan nak buat cover lagu utk dia dan kekasihnya. Walaupun faz sedar suara faz sumbang tp sebab nak gak buat cover, lantak la apa org nak ckp.

http://soundcloud.com/fazariffen/all-about-that-bass-malay-ver-izzat-julaihi-cover-couple-version?utm_source=soundcloud&utm_campaign=mshare&utm_medium=twitter&utm_content=http://soundcloud.com/fazariffen/all-about-that-bass-malay-ver-izzat-julaihi-cover-couple-version

Lagu sebenar adalah hak milik Abg Izzat Julaihi. Maaf merosakkan lagu anda.. D:

Sekian

19 Nov 2014

Melengahkan Solat?

Assalamualaikum,

Genap 20tahun 4 bulan 9 hari Faz hidup di dunia ini. Kadang kadang faz terfikir kenapa kita perlu hidup, Untuk apa kita hidup. Suatu hari, Faz menemui jawapan melalui satu blog mengatakan bahawa, kita hidup untuk Allah. Kita hidup untuk mengumpul amalan yang akan dihitung di akhirat nanti.

 Amalan?? Berapa banyak amalan faz selama faz hidup?? Apa yg faz korbankan untuk agama. Apa yg dapat jadikan sebagai amalan?

 Pagi tadi faz tergerak hati nak dengar Ikim.FM. Kebetulan motivasi pagi tdi mengenai Solat. Ustaz cakap orang dulu dulu kalau terlambat solat sikit, ayahnya akan menangis, jadi si anak bertanya "ayah kenapa menangis?" Si ayah membalas "Ayah terlewat solat nak" Si anak mengucap dan duduk berteleku bersama dengan si ayah menangis. Datang pula Si ibu bertanya soalan yg sama " Kenapa menangis?" "Menangis sebab ayah terlewat solat bu" Si ibu terduduk dan menangis bersama. Kalau dibandingkan dengan zaman sekarang "Ni kenapa menangis?" "Tengok drama tu, kenapa dia tinggalkan kekasih dia sebab org lain" Ya Allah betapa jauhnya kepentingan solat zaman dahulu, dan masa solat zaman sekarang.

Allah S.W.T akan menganugerahkan 'LIMA KURNIA" atas seseorang yang menjaga solatnya lima anugerah itu ialah :-

1. Rezekinya dipermudahkan
2. Dia diselamatkan dari azab kubur
3. Dia akan menerima buku catatanya dari tangan kanannya pada hari hisab
4. Dia akan melintasi titian "SIRATHAL MUSTAQIM" pantasnya seperti kilat dan
5. Dia masuk syurga tanpa hisab Itulah lima anugerah yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T  kepada mereka yang menjaga solatnya iaitu sentia "ISTIQAMAH", bila masuk waktu solat dia terus solat.

 Di samping lima anugerah ini, Allah juga memberi amaran kepada orang-orang  yang melengah-lengahkan solat. Dia akan menerima "LIMA AZAB" di dunia  ini. Tiga daripadanya di dalam kuburnya dan tiga lagi selepas kebangkitan kelak. Azab di dunia itu ialah :-

1. Dia tidak diberkati dalam hidupnya
2. Dia kehilangan Nur di mana orang-orang soleh penuh dengannya
3. Dia tidak menerima pahala bagi amalan-amalanya yang baik
4. Doanya tidak dimakbulkan dan;
5. Dia tidak dapat bahagiannya dalam doa-doa orang yang soleh.
Sementar itu azab yang akan diterimanya semasa dia hendak mati kelak adalah :-
1. Dia mati dengan keadaan aib
2. Dia mati dalam kelaparan dan;
3. Dia mati dalam keadaan dahaga sehingga air laut di dunia ini disatukan tidak dapat menghilangkan dahaganya itu.

 Manakala tiga azab akan diterimannya di dalam kubur bagi orang yang melalaikan atau melengah-lengahkan solatnya adalah :-

1. Dia dihimpit oleh kuburnya sehingga tulang-tulang rusuknya hancur
2. Api dibakar di dalam kuburnya dan dia diguling-gulingkan di atas baranya siang dan malam.
3. Ular yang berbisa dengan mata berapi dan berkuku besi yang panjang dengan perjalanan sebulan akan menggigit. Sebelum dilepaskan, ular iatu akan bertempik seperti guruh berbunyi :-

     "TUHANKU TELAH PERINTAHKAN AKU SUPAYA MEMUKUL KAMU KERANA  KAMU  MELENGAH-LENGAHKAN SOLAT SUBUH SEHINGGA TERBIT MATAHARI".

 Melengah-lengahkan solat ZUHUR sehingga solat ASAR. Melengah-lengahkan solat MAGHRIB hingga solat ISYAK dan melengah-lengahkan solat ISYAK hingga FAJAR, ular itu terus memukulnya hinggalah hari kiamat. Setiap kali puluk membenamkan sehingga 70 HASTA DALAMNYA.

Sementara itu azab yang akan diterima oleh mereka melengah-lengahkan solat selepas kebangkitan nanti ialah :-

1. Hisabnya terlalu berat
2. Allah murka terhadapnya dan;
3. Dia dicampakan ke dalam api neraka.
Menurut satu lagi hadis dia akan didapati tiga baris ayat yang tertulis didahinya ialah:

 'HAI KAMU MELENGAH-LENGAHKAN KEWAJIPAN TERHADAP ALLAH S.W.T  "HAI KAMU YANG PATUT MENERIMA KEMURKAAN ALLAH S.W.T DAN; KINI SESALLAH KERANA KAMU MELENGAH-LENGAHKAN KEWAJIPAN KAMU TERHADAP ALLAH S.W.T.

 Sementara itu para ulama terkenal seperti Ibnu Hajar, Abu Alait Samaqandi dan lain-lain lagi telah meriwayatkan hadis-hadis ini dalam kitab-kitab mereka.

 SUNGGUH PUN AKU TIDAK DAPAT MENGESAN MATANYA DALAM KITAB-KITAB ASAL MENGENAI HADIS INI, NAMUN HADIS-HADIS LAIN YANG SETENGAHNYA SUDAH PUN DI SEBUTKAN BAGI MENGUATKAN MAKSUDNYA" KATA MEREKA.

 Melengah-lengahkan solat sebagaimana yang disebutkan dan seperti yang dinyatakan membawa seseorang KEKUFURAN dan oleh itu tidak ada azab yang lebih pedih darinya kerana kesalahan ini. Akan tetapi hendaklah diingat bahawa selepas seseorang itu diumumkan bersalah pun, Allah adalah bebas memaafkan kalau kehendakinya. Allah berfirman dalam kitab suci yang maksudnya

 "SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK AKAN MENGAMPUNKAN DOSA ORANG YANG MEMPERSEKUTUKANNYA DENGAN SESUATU APA JUA DARIPADA KESALAHAN (SYIRIK) ITU BAGI SESIAPA YANG DIKEHENDAKINYA"

Nauzubillahiminzalik. Betapa faz juga dari kalangan org yg mudah lalai. Semoga ini menjadi iktibar untuk kita sebagai hamba Allah. Amin Ya Rabb.

p/s: Sekadar peringatan untuk diri sendiri.
Sekian..

Duhai Sahabatku Sayang.

Assalamualaikum,

Hari ni merupakan hari jadi sahabat yg paling faz sayang. Jadi entry faz kali ni, Khas untuk si dia membaca.

Hey babe, Aku nak cakap thanks sebab sudi berkawan dengan aku. Tahun ni masuk 14 tahun kita berkawan. Banyak sangat kenangan pahit dan manis. Kalau kau nak tau, kau satu satunya kawan yg paling bertahan dengan aku. Sebab tu aku sayang giler dengan kau. Kalau dengan kau, aku cakap main lepas je, aku tau kadang kadang kau sentap dgn gurauan aku tapi kau diam je. Aku minta maaf beb.
Kalau boleh aku nak kita tetap berkawan sampai aku hembus nafas terakhir.

Untuk birthday kau kali ni, aku minta maaf sangat sangat sebab tak dapat nak sediakan something special. Untuk itu Aku doakan kau dimurahkan rezeki. Semoga senantiasa berada dalam perlindungan Allah didunia dan akhirat. Diberi kebahagiaan disamping org yg tersayang termasuk aku. Semoga persahabatan kita dirahmati Allah dan kekal hingga ke Jannah. In Sha Allah. Dah tua kawan aku ni. Mohon jangan nakal2 lagi k? haha.

Terima kasih untuk segala nasihat yg kau berikan, terima kasih sebab tak jemu mendengar masalah aku. Terima kasih sebab faham aku selama ini. Terima kasih sebab tahan dengan perangai pelik aku. Terima kasih sebab temankan aku kalau aku bosan. Terima kasih sebab sudi jadi sahabat yg terbaik dalam hidup aku.

video
Aku nak kau tau gak yg Aku terlalu sygkan persahabatan kita. Dan Aku sayangkan kau ❤


Sahabat,
Engkau hadir membawa cahaya,
Menerangi hari gelapku,
Disaat roda kehidupan berputar,
Ketika itu aku,
Berada dibawah,
Engkau tetap setia disisiku,
Berdiri disebelahku,
Agar aku tidak keseorgan.

Duhai sahabat, 
Pernahkah engkau terfikir,
Jika kita ditakdirkan,
Terpisah selamanya,
Ingatkah engkau kepada daku,
Nun jauh disana,
Memerhatimu dari jauh.

Kenangkan daku dalam setiap doamu,
Seperti mana aku mendoakanmu,
Ingatkan aku ketikaku alpa,
Sedarkan aku ketikaku lupa,
Agar persahabatan kita,
Lebih bererti di dunia,
Dan juga di akhirat,
Kerana itulah definisi persahabatan sebenar.

p/s: Jangan smash aku sebab gunakan bahasa yg terlalu sopan. Mohon faham aku. Aku nak kau menangis sekarang gak. Hehe. Acah. 

Sekian..

18 Nov 2014

Disebalik 5 hari


Assalamualaikum,

Setelah 5 hari boss faz bercuti, td dia msg ckp yg esok dia akan mula trn kerja. Msg dia seolah olah bagi warning yg segala galanya bermula esok. Faham fahaam je la. 

5 hari dia takde, jujur faz dan kwn faz terlalu enjoy sehinggakan lupa bahawa kami ada tugasan yg diberi. Mungkin esok boss akan minta tugasan tu. Jadi kte org tawakal je la, apa nak jadi esok. Lama ni faz terlalu focus sgt dengan blog. Kadang2 kalau faz ditinggal seorg, faz akan buat cam gini ⇩

video
Faz pun tak tau apa point video ni. Boring sangat layan kat tempat keje kot. Jadi tunggu dan lihatla apa bakal terjadi esok. Sama sama doakan kami selamat dari ancaman boss. Amin. 

Sebelum faz tamatkan entry hari ni, meh layan sikit lagu youtube dengan faz. Berkali ulang pun confirm tak jemu. In Sha Allah. 



Disebalik encik topeng terselit abam pacak. Hehe. ♥ enjoyy..

Sekian.. 


17 Nov 2014

Umur aku 20 laaa~

Assalamualaikum,

Nama diberi Faz Ariffen. Just call me Faz. Faz berumur 20 tahun. Lahir 11 julai 2014 ehhhh~ 1994.
Kenapa nak kenalkan diri? Sebab ramai yg cakap faz berumur 15 tahun. Bukan faz minta, bukan faz nak. Dulu memang faz suka untuk jadi muda. Sekarang?  Kalau dok hari hari cakap muda, bila lagi faz nak tua?Faz nak org tengok faz seperti umur faz. Bukan muda or tua. Nak tau sebab apa?

Cerita 1: Office Ibu
Aunty A :  Waaa. Anak kau ke Ton? Berapa umur?
Ibu          :  Tak la Adik aku. Anak aku la. 20 tahun.
Aunty A : Ye ke? Aku ingatkan budak skolah menengah lagi. Tak mcm 20 la ton. Belajar lagi ke?
Me          : Tak la Aunty. Dah pratikal now. Nak tunggu graduate.
Uncle J   : Waaa, 20 ya? Uncle ingat 15thn. Tak nampak pun macam 20 ke kau saja tipu kami Ton.
Ibu          : Nak caya caya la, tak nak sudah.
Me          : 'Sabar je la' :(

Cerita 2: Di Shopping Mall
Faz dengan Ibu nak cari baju kemeja utk Faz pratikal.
Penjual  : Ye kak, nak cari saiz apa?
Ibu         :  Saiz M ada tak dik?
Penjual  : Kak, kenapa nak M, kalau M utk akak tak muat kot. Apa kata akak cuba XXL?
Me         : 'OUCHHH'
Ibu         : Tak tak, bukan utk akak, ni utk anak akak pratikal.
Penjual   : Ooo. Anak akak dah nak pratikal ke? (muka terkejut)
Ibu          : Ha ahhh. Knape?
Penjual    : Ingatkan 14- 15 tahun tadi. Tak nampak macam budak U. Hehe.
Me           : 'OUCH OUCH OUCHHHHHHH'
Ibu          : Dia 20. Kan? Perangai pun macam budak budak.
( Ibu dan penjual gelak sakan :( )

Cerita 3: Office TM
First day pratikal.
A    : Anak siapa dik? Tunggu parent ekk?
Me  : Eh, tak la. Sy pratikal lagi kak.
A     : Oh Ye ke, Ingat buuuuuu......
(Faz terus lari masuk office)

p/s: Sebab tu la faz sensitif kalau org ckp muka muda dari umur. Faz syukur apa yg faz ada, tp..... Kalau dulu faz tak suka org panggil faz akak, now, Faz suka org muda panggil faz akak, biar faz sedar diri dah tua sikit. Hehe ^^

Sekian...