Kelab Blogger Ben Ashaari

Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

11 Nov 2014

Cinta Hujung Nyawa (part 1)

Assalamualaikum,

Semalam faz dgn kwn faz dok melepak kat office, maklum la takde keje kan. Sembang sembang kosong je. Ada la satu cte ni yg menarik perhatian faz. Faz tanya dia, tau tak beza antara cinta dengan sayang. Sebab 20 tahun faz hidup faz tak tau pun apa itu cinta. Tak pernah pun merasa. Kalau sayang tu agak agak selalu la kot. Dengan harta benda pun wujudnya perasaan sayang kan. Contohnya handphone. Agak agak apa jadi kalau kte tak syg phone. Mesti rabak punya laa.

Jadi nak dijadikan kisah, dia pun cerita kat faz tentang seorg lelaki yg sanggup mati sebab nak buktikan cinta dia kat perempuan ni. Pasangan ni mula bercinta sejak dari sekolah menengah. ' Eh, da bole dianggap cinta ke masa tu' Okay. Sepanjang pengenalan mereka, macam macam yg Si A(Boboy) ni korban kan kat si D(Gigirl). A sanggup berhabis duit semata mata nak membahagiakan D. Apa je yg D nak si A buat A akan buktikan segera. Selama 8 tahun hubungan mereka. A da pasang niat utk melamar D.

Hingga la satu saat A ternampak D keluar berpegangan tangan dengan lelaki lain. Padahal dorg bahagia je. Tak pernah pun ada berselisih faham. A pun pergi jumpa D utk minta penjelasan. Dengan slamba D ckp yg tu J(lelaki tu) merupakan tunang dia yg dijodohkan oleh family dorg. A dgn perasaan kecewanya mengundur diri dengan perasaan penuh berbelah bagi.

Seminggu kemudian D menerima berita kematian A dari salah sorg sahabat yg rapat dgn mereka. A sempat menulis sepucuk surat dan memberikan D 8 buah diari hak milik A dari awal pertemuan sehingga lah kali terakhir mereka berjumpa. A dipercayai meninggal kerana ubat tidur berlebihan dan tidak sempat diselamatkan.

Bersambung..........................................

* Sejujurnya mempunyai tokok tambah sedikit. Kalau nak cerita benar kang, ramai lak yang tau siapa gerangan Lelaki dan Wanita ni. Hehe. 

Sekian.

7 comments:

  1. Nice Story ...ada masa singgah lah blog saya http://nassuna.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Femes ke cerita ni faz... xsabar nk cont....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Femes gak ah.. hehe. Nantikan continue dia k? ^^

      Delete
  3. Tak sabar nak baca sambungan nya..
    Nanti singgah la blog saya ya?
    http://nadialadzim.blogspot.com/
    ^_^

    ReplyDelete
  4. Tggu sambungan..jeng3..jemput la ke rumah cik dila
    http://blogummiaimy.blogspot.com

    ReplyDelete