Anas Arsyad Gallery

Anas Arsyad Gallery

Followers

19 Nov 2014

Melengahkan Solat?

Assalamualaikum,

Genap 20tahun 4 bulan 9 hari Faz hidup di dunia ini. Kadang kadang faz terfikir kenapa kita perlu hidup, Untuk apa kita hidup. Suatu hari, Faz menemui jawapan melalui satu blog mengatakan bahawa, kita hidup untuk Allah. Kita hidup untuk mengumpul amalan yang akan dihitung di akhirat nanti.

 Amalan?? Berapa banyak amalan faz selama faz hidup?? Apa yg faz korbankan untuk agama. Apa yg dapat jadikan sebagai amalan?

 Pagi tadi faz tergerak hati nak dengar Ikim.FM. Kebetulan motivasi pagi tdi mengenai Solat. Ustaz cakap orang dulu dulu kalau terlambat solat sikit, ayahnya akan menangis, jadi si anak bertanya "ayah kenapa menangis?" Si ayah membalas "Ayah terlewat solat nak" Si anak mengucap dan duduk berteleku bersama dengan si ayah menangis. Datang pula Si ibu bertanya soalan yg sama " Kenapa menangis?" "Menangis sebab ayah terlewat solat bu" Si ibu terduduk dan menangis bersama. Kalau dibandingkan dengan zaman sekarang "Ni kenapa menangis?" "Tengok drama tu, kenapa dia tinggalkan kekasih dia sebab org lain" Ya Allah betapa jauhnya kepentingan solat zaman dahulu, dan masa solat zaman sekarang.

Allah S.W.T akan menganugerahkan 'LIMA KURNIA" atas seseorang yang menjaga solatnya lima anugerah itu ialah :-

1. Rezekinya dipermudahkan
2. Dia diselamatkan dari azab kubur
3. Dia akan menerima buku catatanya dari tangan kanannya pada hari hisab
4. Dia akan melintasi titian "SIRATHAL MUSTAQIM" pantasnya seperti kilat dan
5. Dia masuk syurga tanpa hisab Itulah lima anugerah yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T  kepada mereka yang menjaga solatnya iaitu sentia "ISTIQAMAH", bila masuk waktu solat dia terus solat.

 Di samping lima anugerah ini, Allah juga memberi amaran kepada orang-orang  yang melengah-lengahkan solat. Dia akan menerima "LIMA AZAB" di dunia  ini. Tiga daripadanya di dalam kuburnya dan tiga lagi selepas kebangkitan kelak. Azab di dunia itu ialah :-

1. Dia tidak diberkati dalam hidupnya
2. Dia kehilangan Nur di mana orang-orang soleh penuh dengannya
3. Dia tidak menerima pahala bagi amalan-amalanya yang baik
4. Doanya tidak dimakbulkan dan;
5. Dia tidak dapat bahagiannya dalam doa-doa orang yang soleh.
Sementar itu azab yang akan diterimanya semasa dia hendak mati kelak adalah :-
1. Dia mati dengan keadaan aib
2. Dia mati dalam kelaparan dan;
3. Dia mati dalam keadaan dahaga sehingga air laut di dunia ini disatukan tidak dapat menghilangkan dahaganya itu.

 Manakala tiga azab akan diterimannya di dalam kubur bagi orang yang melalaikan atau melengah-lengahkan solatnya adalah :-

1. Dia dihimpit oleh kuburnya sehingga tulang-tulang rusuknya hancur
2. Api dibakar di dalam kuburnya dan dia diguling-gulingkan di atas baranya siang dan malam.
3. Ular yang berbisa dengan mata berapi dan berkuku besi yang panjang dengan perjalanan sebulan akan menggigit. Sebelum dilepaskan, ular iatu akan bertempik seperti guruh berbunyi :-

     "TUHANKU TELAH PERINTAHKAN AKU SUPAYA MEMUKUL KAMU KERANA  KAMU  MELENGAH-LENGAHKAN SOLAT SUBUH SEHINGGA TERBIT MATAHARI".

 Melengah-lengahkan solat ZUHUR sehingga solat ASAR. Melengah-lengahkan solat MAGHRIB hingga solat ISYAK dan melengah-lengahkan solat ISYAK hingga FAJAR, ular itu terus memukulnya hinggalah hari kiamat. Setiap kali puluk membenamkan sehingga 70 HASTA DALAMNYA.

Sementara itu azab yang akan diterima oleh mereka melengah-lengahkan solat selepas kebangkitan nanti ialah :-

1. Hisabnya terlalu berat
2. Allah murka terhadapnya dan;
3. Dia dicampakan ke dalam api neraka.
Menurut satu lagi hadis dia akan didapati tiga baris ayat yang tertulis didahinya ialah:

 'HAI KAMU MELENGAH-LENGAHKAN KEWAJIPAN TERHADAP ALLAH S.W.T  "HAI KAMU YANG PATUT MENERIMA KEMURKAAN ALLAH S.W.T DAN; KINI SESALLAH KERANA KAMU MELENGAH-LENGAHKAN KEWAJIPAN KAMU TERHADAP ALLAH S.W.T.

 Sementara itu para ulama terkenal seperti Ibnu Hajar, Abu Alait Samaqandi dan lain-lain lagi telah meriwayatkan hadis-hadis ini dalam kitab-kitab mereka.

 SUNGGUH PUN AKU TIDAK DAPAT MENGESAN MATANYA DALAM KITAB-KITAB ASAL MENGENAI HADIS INI, NAMUN HADIS-HADIS LAIN YANG SETENGAHNYA SUDAH PUN DI SEBUTKAN BAGI MENGUATKAN MAKSUDNYA" KATA MEREKA.

 Melengah-lengahkan solat sebagaimana yang disebutkan dan seperti yang dinyatakan membawa seseorang KEKUFURAN dan oleh itu tidak ada azab yang lebih pedih darinya kerana kesalahan ini. Akan tetapi hendaklah diingat bahawa selepas seseorang itu diumumkan bersalah pun, Allah adalah bebas memaafkan kalau kehendakinya. Allah berfirman dalam kitab suci yang maksudnya

 "SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK AKAN MENGAMPUNKAN DOSA ORANG YANG MEMPERSEKUTUKANNYA DENGAN SESUATU APA JUA DARIPADA KESALAHAN (SYIRIK) ITU BAGI SESIAPA YANG DIKEHENDAKINYA"

Nauzubillahiminzalik. Betapa faz juga dari kalangan org yg mudah lalai. Semoga ini menjadi iktibar untuk kita sebagai hamba Allah. Amin Ya Rabb.

p/s: Sekadar peringatan untuk diri sendiri.
Sekian..

8 comments:

  1. adik, blog dah cantik tulisan tu je kemaskan sikit ye..sekadar pendapat akak la ye :) salam perkenalan dik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maksud akak? Cara penulisan or font? Takpe. Menerima dengan baik ^_^ Salam perkenalan gak.

      Delete
  2. Nice sharing, Faz. Terima kasih kerana mengingatkan :)

    ReplyDelete
  3. good info sharing dear...cuba solat awal waktu setiap waktu insyallah masa 24jam seharian kita akan terasa sangat lama untuk di gunakan..
    singgah dari www.bazliaamoza.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Sha Allah ☺ Semoga kta dbagi hidayah. Amin. Terima kasih krn membaca dan nasihat ^^

      Delete