Kelab Blogger Ben Ashaari

Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

19 Mar 2015

"Lelaki dan perempuan tak dapat jadi kawan?"

Assalamualaikum,

Hari ni tetiba member buka satu topik yg menarik perhatian faz nak mendengar. Lelaki dan perempuan tidak dapat jadi kawan?

Eh.. betul ke? Mulanya faz amik endah tak endah je topik tu. Tapi bila ada member sorg ni menyuakan pendapat. Fuyohh. Faz agak setuju gak dgn pendapatny.

"Aku rasa lelaki dan perempuan memang tak dpt nak jd kwn. Ye la kau tau aje la skarang ni, bila berkawan je, kalau lelaki care sikit, mula la perempuan tu cair, jatuh cinta. Dah tu start angan angan nak tackle, tp bila da dpt tau lelaki da ade pasangan, haaa. Mula la dia nak menjauhkan diri. Sebab tu aku rasa memang tak patut."

Mula tu rasa nak bengang gak la kan. Faz
pun perempuan tapi bila teringat balik faz memang pernah mengalami situasi mcm tu, jadi faz diamkan diri je la. Tanda setuju.

Tapi tak jugak kan. Lama ni faz berkawan okay je. Takde la sampai cair giloss. Mungkin da lali kot temu lelaki caring baq hang ni. Hehe. Oppss. Tu pendapat je k ?

Ye la. Masing masing ada pendaat sendiri kan. Ada yg blh dterima deq akal, ada yg tak logik lansung. Bagi korang lak camne??

Sekian..

10 Mar 2015

Malu dengan kekurangan diri...

Assalamualaikum..

Pernah tak korg rasa malu dgn kekurangan diri korg? Faz selalu. Sebab faz tau faz ada terlalu banyak kekurangan diri. Kadang kadang faz tak tau pun apa kelebihan yg ada dalam diri faz. Rasa macam faz tak layak untuk sesiapa disebabkan kekurangan diri ni. Ye la. Org banyak ckp "kalau nak cari pasangan, cari org yg dpt terima kelebihan dan kekurangan kte kan" tapi kalau banyak sgt kekurangan layak ke faz ni jadi pasangan?  Sedihnyaaaaaaa... Kenapa mesti ada perasaan nii... Huhu. 

Mungkin faz terlalu kurang keyakinan diri kot. Atau terlebih pemalu. Faz pun tak tau. Bila faz dengan org, faz rasa nak lari jauh je. Faz takut dorg nampak kekurangan faz. Faz ni mudah nak di jangka atau di agak. Sebab tu la sekarang faz banyak mengelakkan diri dari org sekeliling faz. Mungkin itu yg terbaik.

Kecuali member member faz la. Klau dgn dorg faz memang terlampau selesa. Hee.. Dah macam adik beradik kot. Sebab dorg gak faz mampu bertahan sampai skarang. 😀

Sekian....

3 Mar 2015

Dugaan travelling seorg diri...

Assalamualaikum..

Second day kat KL. Alhamdulillah. Selamat gak sampai wlaupun banyak dugaan nak sampai kat sini semalam. First, flight delay sejam. Nasib baik iman ni kuat, klo tak dah lama amik beg chow terus. Flight sepatutnya pukul 5.. Sebab tak tau 6 lebih kot gerak dr Kuching. Dah tu 7 lebih pilot bgi signal nak landing. Syok sgt la sbb perut memang dah lapar sgt. Plan memang nak mkn trus lepas sampai sana. Dah tak nak delay lagi. Gastrik kot dr pagi tak mkn sbb excited. Baru je nak landing, nahhhh. Aeroplane tiba tiba naik balij, buat entah berapa pusingan. Menggelabah la semua penumpang dlm tu. Setengah jam kot terkandas dah tu baru pilot inform landing buat kali ke dua. Mungkin terlanjak landing ke apa ke.

Alhamdulillah, selamat gak sampai dalam pukum 7.45ptg. Okay faz memang tak sabar nak jumpa akak bawa g mkn then...... Ada lak sorg mak cik ni suruh faz temankan dia g amik bagasi and tunjuk jalan keluar. Kalau ikutkan mood masa tu memang buruk sgt tp sebab kesiankan dia okay faz temankan. Lama kot bagasi tu keluar. Sementara dia tggu, faz cakap nak g toiler, 15 minit tggu tak gak bagasi tu keluar, dah tak tahan g je la toilet. Lepas tu tengok tengok mak cik tu dah takde. Fuyoooo. Mulanya memang risau. Makcik ni fikir aku nak lari ke? Asal tak tggu aku. Lama kot bercari dgn dia. Then akak cakap dia nak g solat. (Faz cuti). Terpaksa la batalkan niat bercari.

Sampai je area petaling jaya, jalan lak jem. Memang banyak dugaan sampai kat sini. Last last niat nak makan jadi takde selera. Sikit je faz makan. Huhu. Nak marah tak dapat. Jadi apa yg faz belajar bila travel seorg diri buat kali ke dua ni, kena banyak bersabar dengan perangai org. Iman kene kuat. Kalau tak, dah lama faz melenting kat situ. Sebab faz ni kurang penyabar orgnya. Hehe. Tu je la rasanya kot.

P/s: hari pertama tak tangkap gambar sebab mood memang tak baik.

Sekian..

1 Mar 2015

Jaga tepi kain org!

Assalamualaikum.

Tak sabar rasanya nak bercuti di KL. Nak jumpa kakak. Dah 7bulan tau tak jumpa. Penat pujuk akak belikan tiket, dapat gak. Faz berniat nak stay lama sikit dgn akak. Tp akak sibuk keje. Lagipun faz ni penakut orgnya jd stay kjap je la kat sana. Lama2 jauh dgn ibu kang rindu lak kan. Hehe.

Banyak yg nasihatkan faz spy berhati hati kat negeri org. Alaa. Bagi faz sama je la kat mane mane pun. Kalau tau jaga diri, In Sha Allah selamat. Kite kan ada Allah yg melindungi. Tak kira la kat mane, kalau Allah nak bagi ujian pun kte tak dpt nak elakkan. Jadi berdoa je la.

Satu je la yg faz tak puas hati, ada lagi manusia yg suka sgt jaga tepi kain org ni. Ada ke dok ckp faz g KL sebab nak foya foya. Pelempang kang. Kte jumpa akak kot. Nak foya lagu mana. Minat pun dok. Perghhh. Takpe la. Mulut org tak leh nak kasi tutup. Sabar je la. Yg penting niat faz ke sana tak menyimpang. Semoga hang dibagi petunjuk la hendaknya ye.

Sekian..