Paras Rupa hanya pinjaman dunia

Assalamualaikum,

Dok melayan hot.fm terkenang kembali kenangan hot.fm 7-8 tahun yang lalu. Masa tu Hot.Fm ada buat satu segmen yg mengayat hati. Entah tak ingat sgt nama segmen tu sebab da lama sgt. Tak tau la korg pernah dengar ke tak. Tapi ini la salah satu cerita faz tak dapat lupakan sampai sekarang. Baru tadi faz teringat and cte la kat kwn sekeje faz. Then dapat idea, 'Eh, Nape aku tak tulis entry cte ni ekk' So, Here we go~

Faz panggil dia S je k? Faz ingat nama full dia, tp tak elok la kalau faz bagi tau nama full orgkan, dah la amik cte dia pun tak minta kebenaran empunya badan. 

Nak dijadikan cerita kembali S merupakan salah seorg hamba Allah yg sangat kacak yg mempunyai kekasih dan ramai kawan. Tak tahu la kacak yg mcm mane. Hingga la satu saat, S accident teruk. Isi lutut S terpaksa diambil untuk menggantikan bibir S yg hancur teruk akibat kemalangan. Cte S, Usai pembedahan teman wanita minta putus dan kawan2 yg rapat dengan S, tiada seorg pun yg dtg melawat. Faz sebak mendengar esakkan S. Saat susah, hanya ibu S yg setia menemaninya, Menjaganya ketika sakit. S hampir putus harapan utk hidup tp mengenangkan pengorbanan ibunya S tekad utk menghadapi kehidupan ny tanpa kawan kawan disisi.

Cerita S membuatkan faz tersedar bahawa kekacakkan, kemewahan didunia hanya pinjaman semata mata. Tiada apa nak dibanggakan jika kacak tetapi tidak tahu erti bersyukur. Sahabat pula? Faz juga keliru definisi sebuah persahabatan. Apakah sahabat faz juga akan meninggalkan faz jika faz disituasi S? Tiada yg mustahil. Dengan keadaan faz yg sihat tetapi tidak mempunyai apa apa, lagi sahabat faz jarang disisi, inikan pula saat keadaan faz begitu. #Deep kan? Tapi itu la kenyataan. Faz sudah sedia andai kata semua sahabat, rakan atau kawan faz pergi meninggalkan faz. Kerana apa yg faz cari cuma Sahabat yg membawa ke Syurga Allah, Jannah. Bukan sekadar sahabat di dunia.

Untuk ibu, faz syg ibu. Ibu akan sentiasa menjadi sahabat kita yg sebenar. Ibu tidak akan lari jika kita ditimpa masalah, buruk rupa atau kemiskinan yg kita alami. Ibu tetap disisi memberi kata kata semangat utk kita.

Ingatlah "Sahabat boleh dicari, tapi ibu, hanya seorg dalam berjuta"

p/s: Tiada niat utk menyinggung perasaan org. Itu la apa yg faz lihat dan rasa. Faz hanya manusia biasa. Ingin memohon
ampun jika ada yg ouch. 

Dan utk Mr.S. Mohon maaf jika awk terbaca kisah ni. Sy cuma menyampaikan kembali. Rasanya 8tahun berlalu, sy harap awk sudah berasa tenang dan bahagia disamping keliarga tercinta. Kisah awk sukar utk sy lupakan.  Terima kasih utk perkongsian itu. 

Sekian. 

Comments

Popular posts from this blog

Terbang Tunduk by Fynn Jamal

Boulevard Kuching Sarawak

Selamat Hari Jadi Arwah Ayah