I'm back with 3rd baby

Assalamualaikum.. 

Lamanya menghilang. Tetiba rasa nak muncul kembali lak. Al maklum la, dah jadi bini org dgn mak org ni, busy dia lain macam sikit. Kali ni kembali dgn bawak title mommy anak 3 pulak.. 

Alhamdulillah.. Lepas kelahiran anas pada tahun 2017, 5bulan umur anas, dah dapat title abang pulak. Kesian tu memang kesian. Tapi rezeki kan. Allah nak bagi, tak baik menolak, walaupun pada mula dapat tau, saya dan suami menangis. Dengan pendapatan yang tak kukuh, masih duduk di rumah mentua. Tapi siapa sangka, kehadiran no 2 tak jadi masalah buat kami, malah rezeki yang Allah bagi sgt2 cukup. Nak kata senang sangat tu, tak la. Tapi syukur la cukup makan utk 4 org. 

Hadir ny adik anas, mengubah rutin harian saya. Anis Alisha nama diberi, seorang yg banyak mulut, aktif, suka menconteng, mewarna dan suka buat benda bertentangan dgn arahan.. Biasa la, budak nak membesar. Sel sel otak sedang berhubung. 3 tahun umur anas dan 2 tahun umur Alisha, kami pun buat keputusan utk pindah dr rumah mentua dan duduk sendiri.. Berdikari kata suami. Anak2 pun semakin membesar. 

Mula2 pindah tu rasa tak yakin pun ada gak, mampu tak kami dgn masalah ekonomi skarang ditambah dengan pendemik covid 19 yg makin membimbangkan. Beberapa bulan duduk sendiri, sy pun dapat berita mengandung anak ke 3. 🤣🤣 Kali ni anas dan alisha excited sgt nak dpt adek baru. Hari2 tanya mommy bila adek nak keluar, tak sabar nak dokong adek. Syukur Ya Allah. Takde ap yg dpt kami gambarkan melainkan rasa syukur yg tak terhingga. 

Walaupun tak kaya dgn harta dunia, tapi dgn kehadiran anak2 dan rezeki ketika mengandung dan melahirkan mereka, sudah cukup membuktikan kekayaan Allah. Berkat sabar, doa dan tawakal. Kehadiran suami yg sentiasa sabar melayan kami, kehendak kami. Tak pernah mengeluh ketika d uji. Dan sentiasa mengajar kami anak beranak erti syukur dgn apa saja nikmat Allah.. 

Semoga yang membaca coretan ni dan yg sedang menunggu kehadiran cahaya mata, diberikan zuriat sama seperti kami..  Rahsia tak putus rezeki? Senang je.. Sedekah dan diamkan.. Bukan setahun sekali, bukan semasa ada duit lebih tapi sentiasa. Tak kira ada ke tak ada ke.. Ingat, dalam rezeki kita, ada rezeki hamba Nya yang lain. 

Sekian saja cerita saya kali ni.. Doakan saya selamat melahirkan anak no 3 ni ya.. In Shaa Allah, djangka bersalin bulan 5 2021.. 



Comments

Popular posts from this blog

Terbang Tunduk by Fynn Jamal

Boulevard Kuching Sarawak

Selamat Hari Jadi Arwah Ayah