Kelab Blogger Ben Ashaari

Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

16 Oct 2014

Hatiku berlagu pilu

Assalamualaikum,

Sedihkan tajuk malam ni? Hurmm. Tapi itu la perasaan faz sekarang ni. Tak tau kenapa tetiba rasa nak nangis sangat sangat. Tapi takde sebab pun faz nak nangis sebenarnya. Mungkin mainan perasaan. Dah terlanjur hati ni sedih, jadi faz teruskan cerita sedih je la k?

Hari tu time entry Hari jadi Abob, faz ada cte hal Arwah ayah faz kan. Hari ni faz nak sambung balik cte tentang hero terhebat dalam hidup faz iaitu Ayah. Mungkin faz tak tau sangat tentang dia, tapi ada la sikit sikit ingat kenangan bersama arwah.

Waktu tu, faz merupakan anak bongsu dalam 3 org adik beradik. Dulu ayah faz seorg yg tegas, garang sgt. Terutama time belajar. Yg selalu jd mangsa, kakak2 faz la. Ingat lagi ada satu time, ayah balik tghhari hantar kakak balik rumah ayah pesan kat ibu jangan kasi kakak main diluar rumah, suruh dia belajar je kat rumah. Lepas je ayah keluar pergi kerja, mula la kakak buat hal, dia pergi main dengan jiran tangkap berudu tepi longkang dekat simpang luar rumah. Ibu time tu sibuk memasak, jadi dia tak tau la apa jadi kat luar rumah. Bila je akak faz dengar bunyi moto ayah dari jauh, akak pun lari masuk dalam rumah sambung belajar math. Kihkih. Sempat tauu. Ayah masuk rumah merenung kat akak, ayah tanya kat ibu, akak ada main luar rumah tak? Ibu cakap takde. Ye la ibu dok sibuk di dapur, mane la nak tau keadaan di luar. Ayah pun duduk sebelah akak, dia tanya akak ada tak main diluar rumah. Akak jawab takde ayah. Pandai akak kelentong ayah time tu. Ayah menung je muka akak, dah tu baru ayah berbunyi. "kalau takde kenapa peluh banyak sangat ni. Susah sangat ke soalan tu sampai berpeluh sakan?" nahhhh. Kantoii. "Tiongg, akak ada main kat luar tak tadi?" (Tiong tu nama panggilan faz, hanya ayah je panggil faz tiong sebab bila dengan ayah faz memang tak berhenti celoteh, ada je benda nak dicte, maklum la lagi kecilkan) Oleh sebab tiong, ehhhhh. salah.. Oleh sebab faz rapat sangat dengan ayah dan time tu budak kecil mane la pandai menipukan, jadi faz ckp la "Ada ayah, akak p main dgn jiran kat tepi longkang. Dorg g tangkap berudu ayah." Fuhhh.. mau tak bederau darah akak faz time tu bila adiknya dah berbunyi. Ayah apa lagi, marah la dia. Terok gak ahh akak kene pukul time tu. Kesian faz tengok. Tau tak apa faz ckp time tu, "very good kacang pulut, tu ahh tipu lagi" Kihkih. Sebab tu la kakak2 faz time kecik2 tak rapat dengan faz. Sebab hal camni la.

Sekali je ayah faz pernah marah kat faz, time tu faz demam dan faz tak nak minum susu. Sebab faz tau dalam air susu tu ibu bubuh ubat. Berlari faz dalam rumah sebab tak nak makan ubat. Dah tu ayah angkat faz, letak dalam buaian dah tu padat dengan botol susu. Gerun gilerr time tu. Nak tak nak, paksa je minum.

Tu la salah satu kenangan yg faz ingat bersama dengan arwah ayah. Faz seorang je tak pernah kene pukul oleh ayah. Akak2 faz hari2 merasa, mau tak sakit hati dorg dgn faz. Hehe. Tapi alhamdulillah bila makin membesar ni, kami org makin rapat malah dah dok jauh camni pun, saling merindu sesama sendiri. Arwah ayah memang salah seorang idola faz sebab ketegasan dia, kakak2 faz berjaya. Faz bangga jadi anak dia. Thanks ayah. Sampai bila bila pun faz akan sayang ayah dan keluarga. (itu mestilakan). "Eh, tadi cakap sedih, tapi ni tak sedih pun." Sedih gak ahh bila mengenang kembali kenangan bersama arwah. T.T

Untuk korg yg masih mempunyai ayah, hargai dan sayangi la ayah korg. Jgn jadi mcm faz, belum sempat nak balas baik jasa baik ayah selama 5 tahun menjaga, mendidik, mengasuh faz.
Sekian :]

No comments:

Post a Comment