Kelab Blogger Ben Ashaari

Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

15 Oct 2014

Alam baharu

Assalamualaikum,

Sedar tidak sedar, minggu depan faz sudah mula pratikal dengan Telekom Malaysia. Masih banyak lagi persediaan yang belum faz buat, terutamanya mental. Sebab faz ada dengar ura ura mengatakan bakal boss faz nanti seorang yg tegas dan garang. Tak tau benar atau tidak. Apa apa pun faz perlu sedia payung sebelum hujan.

Cepat betul masa berlalu, rasa baru semalam habis pmr. Bangun je pagi dah nak masuk alam pekerjaan. Korang pun mesti pernah mengalami perasaan macam ni kan? Rasa nak putar balik zaman kanak kanak tu, Allah je yg tau. Kalau faz, faz gelar zaman kanak kanak faz, zaman choki choki. Hehe. Minat giler dengan choki choki.

Kalau choki choki faz hilang satu faz da nangis, dan janji akan cari siapa yg curi choki choki tu sampai lubang cacing. Haha. "tak bole bla kan". Sekarang ni, takde la buat perangai macam tu lagi. Paling tak pun, kalau choki choki hilang, sentap sikit je. Kalau benda lain, faz memang tak kedekut nak share, tapi kalau choki choki tu~~ Tunggu ahh mood faz baik, baru bole minta.

Habis da cte zaman choki choki, ni nak cte zaman kereta terbang pulak. Kuikui. Zaman akan datang la maksudnya. Faz tak tau nak ikut lagu mana nanti. Minat faz memang lebih dekat blogging, ngarang ngarang cte. Tapi kalau takde sokongan susah gak ekk. Ikut je la dimana angin membawa. Asalkan pekerjaan faz nanti, membawa rezeki yg halal utk faz dan keluarga faz. Minat tu, belakang kira la k. Doakan yg terbaik utk faz tau...... Thankyou. Sayang korg..
Sekian..................

3 comments:

  1. Choki choki peneman setia zaman degree, kadang makan curi-curi dalam kelas. Haha.

    Selamat berpraktikal. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Kan? Nikmat sungguh kemunculan choki choki ^^
      Terima kasih :)

      Delete
  2. anak2 kak mieja paling suka choki2:)

    ReplyDelete