Kelab Blogger Ben Ashaari

Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

14 Oct 2014

Happy Birthday Mohd Ariff Nashruddin Bin Ariffen

Assalamualaikum,

Haaa.. Korg mesti tertanya tanya siapa gerangan lelaki empunya nama tu.. Rujuk nama akhir dia tak? Sama tak dengan nama akhir Faz? hehe.. Itulah bapa, boyfriend, teman lelaki, bodyguard, security, abang, adik bongsu kesayangan intan payung Faz dan merangkap bakal Wali faz nanti. Chewahh. Over sgt ekk? Takpe takpe. Faz excited nak cte hal budak ni.

Orang rumah panggil dia Abob. Pasai apa tau? Ingat lagi tak Akademi fantasia 2002, pelajar bernama Bob? Time tu ibu faz, minat giler dgn dia. Jadi sebab tu dia panggil adik faz, Bob. Mana datang "A"?
Nama timangan kami 3 adik beradik semua ada A kat depan, Apon, Acot dan Faz, Ateh. Hehe. Tapi faz tak galakkan korg panggil Faz camtu ehhh. Tak suka. huhu. Haaa. Sambung balik. Sebab tu la nama dia jadi Abob. Comelkan?

Abob dilahirkan pada 15 Oktober 1999. Ayah Faz meninggal dunia pada 24 April 1999. Haaa. Nampak tak? Tu la.. Abob tak pernah tengok ayah faz sejak dilahirkan lagi. Jadi dia seorang dalam keluarga yg tak pernah merasa kasih sayang seorang ayah. Masa tu, faz masih berumur 5 tahun. Jadi tak tau sangat la apa yg berlaku time tu. Walaupun faz yang paling rapat dengan ayah tapi yg paling sedih abob sebab tak sempat pun jumpa ayah. Kalau faz ditempat Abob, Mesti faz akan tertanya tanya camne rasa ada seorang bapa. Bimbing anak anak, bawa anak anak jalan dan camne seorang ayah jalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Mungkin abob tak pernah luahkan kat kami, tapi dalam hati dia takde siapa yang tahu.

Saat paling berasa kehilangan bila takbir raya bergema dan first raya. Memang sedih tengok Abob takde teman nak g Masjid, sembahyang raya. Kadang kadang dia mintak belas kasihan bapa saudara bawa dia pergi ke masjid sebab keinginan dia nak sembahyang raya tu kuat sgt.

Alhamdulillah sekarang dah 15tahun berlalu, Abob pun baru je habis PT 3 hari ni. Faz syukur sgt dikurniakan adik yg tak nakal mcm budak lain walaupun sikap malas dia memang susah nak dibendung. Abob memang rapat dengan kakak Faz yg first tu, Rashidah a.k.a Apon. Kalau nak g mana2 memang dia akan ajak kakak. Faz? hehe. Faz rapat gak dengan dia, tapi biasa la budak budak. Kalau jumpa je gaduh memanjang. Kadang kadang sebab semut mati pun boleh jadi bahan gaduh tau? Tak logikkan? tapi tu la kebenaran. Hihi. Sekarang ni kakak Faz dah kerja kat KL. Jadi nak tak nak Abob kene la rapat dengan Kak ateh dia ni. Haha.

Saat paling best dengan Abob time kteorg kluar bejalan dgn kawan or berdua. Time tu memang tak bole blah aaa. Kalau kami berjalan org akan dok cakap Abob tu boyfriend Faz. Ada satu time, Ibu faz suruh kami beli barang dapur. Semua tengok kami semacam je. Tau je la fikiran manusia kan. Jadi faz apa lagi, layan je la "Sayang, tolong amikkan mee kat atas tu.." Haha. Amik kau. Kan dah kene betul betul. Abob, kalau faz dah berbunyi camtu, dia g layan gak. Hehe. Kalau ada je org kacau ke tengok semacam ke, start la dia tunjuk badan dia yg gagah. Tu ok lagi tau. Cuba kalau perempuan yg tengok dia. Ahhh. Start control macho dia beb. Time tu dia memang tak suka kalau faz rapat sgt kat dia dan panggil dia syg. Kihkih..

Sekarang nak cte pulak persamaan Abob dengan Arwah ayah. Persamaan dorg, kalau time tengah baran tu, memang gerun sangat sangat. Kalau dia nak marah, Faz memang tak berani nak kacau. Kang ada pulak ending kat hospital. Tengok je badan dia. Bowler tu bai, Hari hari dia angkat berat kot guna ball bowling. Dia memang minat sangat bermain bowling. Tahun ni dah 6 tahun dia training bowling. Kalau tak silap faz, ayah dulu pun suka gak bersukan kot. Tak ingat sgt sebab faz kecik lagi. Abob kalau time dia rajin nak kemas rumah, memang tak nampak satu pun habuk or barang kat rumah. Sama la dgn ayah. Beza nya? Ayah slalu kemas rumah. Abob pulak setahun sekali je kalau nak kemas rumah. Huhu. Abob kalau masak, memang sedap sebijik macam ayah :D Kalau hangus pun sedap. Betul, tak tipu.

Wahhh. Panjang gak cte Faz kali ni. Hehe. Okay. Faz stop sampai sini jela. Sebenarnya lagi banyak nak di cte tp tkt pulak korg bosan membaca.

p/s: Adik.. Faz syg adik sgt sgt tau. Jangan nakal nakal. Happy Birthday. Kalau akak keje nanti, adik tagih hadiah la ye :* Sayang adik sgt sgt. XOXO




4 comments:

  1. salams faz, sedih kak mieja baca pasal ayah faz....alfatihah buat ayah faz.

    Happy birthday buat abob, semoga dikurnikan kesihatan,dimurahkan rezki dan berjaya dalam apa jua bidang inysaallah:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam kak.. Hehe. Masa faz buat cerita ni pun, faz menangis kak. Huhu. :')

      Terima kasih sebab baca, bagi respon and wish Abob.. Amin :]

      Delete
  2. wah... tengok profile picture tu mmg main gitar... best.. lagu plissss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingatkan comment cerita, comment gamba rupanya.. Haha. Makasih Bg Azmii :]

      Delete