Anas Arsyad Gallery

Anas Arsyad Gallery

Followers

12 Oct 2014

Aku ingin kembali

Assalamualaikum..

Hurm. Camne faz nak mulakan ni. Huhu. Sebenarnya mood faz sehari hari tak baik. Tak tau kenapa. Dari bangun pagi tadi tertanya tanya apa mistake faz hari ni. Hati faz macam sepi sangat. Org bnyk ckp kalau kte rasa camtu cek hubungan kte dgn Allah. Memang diakui. Faz lalai semenjak dua menjak ni. Terasa sangat kerdil disitu. Huhu.

Faz perlukan nasihat. Faz perlukan someone yang betulkan faz kembali. Dulu memang ada seseorang hamba Allah yang sering mengingati faz tentang hubungan faz dengan Allah. Sekarang dia sibuk dengan keluarga dan anak nya. Memang la kte tak dapat harapkan orang. Tapi iman kita kejap naik kejap turun sebab tu perlukan orang untuk bimbing. Tambahan pula, kaum hawa yg sangat lemah imannya.

Tolong la nasihat faz apa yg faz perlu buat? Faz nak sgt kembali ke pangkal jalan. Jadi Nurfazillah Binti Ariffen dan bukan Faz Ariffen. Mungkin korang tak tau dan tak faham apa yg faz cuba maksudkan disebalik nama yg faz perkatakan. Tapi bagi faz perbezaan nama tu membawa makna yg mendalam sgt dalam hidup faz. Bak kata org putih, deep sgt la kan.

Nanti kalau mood faz stabil, dan time dah stabil tu kalau faz ingat nak cte, faz akan ctekan perbezaan disebalik nama Nurfazillah Binti Ariffen VS FazAriffen. Tu pun kalau ada yg request. Kalau takde, faz pun tak nak susahkan diri cerita kalau org tak tanya.

Banyak gak faz dok perati org kat sekeliling faz yg perlukan nasihat mcm faz. Jadi tolong la kongsi bagaimana cara nak kembalikan iman supaya lebih teguh dan sukar untuk rebah?

Sekian........

No comments:

Post a Comment