Anas Arsyad Gallery

Anas Arsyad Gallery

Followers

16 Oct 2014

Oh, si selfish

Assalamualaikum,

Apa khabar semuanya? Sihat? Kalau sakit p makan ubat awal awal k. Sebenarnya, faz tgh fikir nak letak tajuk apa entry kali ni. Kalau tajuk sedih nanti, korg boring pulak nak baca. Sebab sebelum tulis, faz buat researh tentang tajuk yg paling banyak jumlah pembaca. Ternyata org kini suka baca tentang artis, hal yg berkaitan diri sendiri and so on. Maklum la faz pun masih baru lagi, jadi kene buat research dulu, blogwalking dulu baru blh perbaiki diri. Kalau tak, sampai bila bila pun org tak tau kewujudan blog faz kan? Sambil sambil faz menaip ni, tgh dok pusing fikir tajuk apa yg sesuai. Errrr. Takpe. Kte teruskan bercerita dulu.

Sekarang ni faz tgh geram dengan perangai sesetgh org yg sgt sgt pentingkan diri sendiri. Kalau blh dia nak kte faham tentang dia je. Tapi dia tak pernah pun fikir hal org lain.
Antara situasi yg kwn2 faz dan faz sendiri pernah mengalami:

Situasi 1: Dia tak tanya pun kte busy ke tak, dah tu dia minta teman kte nak g shopping sebab dia boring dok rumah. Bila dia dengar je kte busy, mula la dgn rajuknya, sentapnya memanjang. Nak tak nak kte kene la temankan dia walaupun keje kte melambak giler time tu. Kalau sekali sekala takpe la. Ni hari hari dia boring, dah tu hari hari jugak ah dia nak minta teman g shopping. Nasib baik kekasih, kalau tak~ memang da kene cepuk da org ni. (Haaa. Yg ni selalu terjadi kat kwn faz. Kihkih)

Situasi 2: Kadang kadang... ehh.. Ni bukan kadang kadang tapi ini memang selalu terjadi kat Malaysia. Tempat parking kereta punya la besar, dapat muat 2-3 buah kereta, dia p park kereta dia sorg. Mau tak sakit hati melihatnya. Tau la kereta dia besar, org lain pun nak parking kereta gak. Kalau ada nama dia kat tempat parking tu memang takde hal, ni nama pun takde, sibuk je nak parking kete besar2. Apa dia ingat tempat tu dia punya. Fuhh. Geram ni. Nasib baik tak kene kat faz, kalau faz yg kene camtu memang dah pancit tayar dia, nak sgt kan stay tempat tu lelama, amik kau. Hehe. Faz cakap je k? Faz tak bawa pun kete, belum ada lesen. Dulu pernah nak amik lesen, tahun 2012. Tp bila da nak time table test tu 3 org kwn faz ckp dorg gagal table test, sebab takut gagal gak, faz tak amik la sampai sekarang. Burn camtu je duit faz. Yg ni faz ngaku, faz selfish sikit. Haha.
(kejadian parking ni selalu terjadi kat ibu dan akak faz)

Situasi 3: Situasi ni selalu terjadi kat faz, dimana brg faz hilang kene curi.  Selalu sgt da terjadi. Penat je faz g beli, senang senang je dia nak amik. Dia ingat faz beli guna daun ke? Walaupun murah, tu duit gak yg keluar. Dah la amik tak bagi tau, setiap kali faz beli mesti hilang satu. Geram sangat sangat. Kalau benda lain takpe ah, masih boleh dimaafkan, ni benda yg paling kte syg. Sedih tau. Nasib baik stock Choki choki kat kedai tak pernah habis. Opsssssss! Hehe. (lari dulu)

p/s: Jgn terlalu pentingkan diri sendiri. Kesian kat org lain. Kte sesama manusia, tak leh fikirkan perasaan dan emosi kte je..Huhu..

Yeayyy da dapat tajuk entry :*

Sekian...

3 comments:

  1. Chocki chocki rupanya !!! Budak ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. ye la. sebatang choki2 berharga tau :D

      Delete
  2. Sifat sombong ni memang buat orang rasa menyampah tengok =)

    http://seronoknyermelukis.blogspot.com

    ReplyDelete