Anas Arsyad Gallery

Anas Arsyad Gallery

Followers

17 Oct 2014

Persahabatan VS Percintaan??

Assalamualaikum,

Dulu faz pernah ada seorang sahabat yg paling faz syg, rapat. Dimana ada faz, disitu ada dia. Kteorg tak pernah berenggang, Dah macam isi dengan kuku. Kalau gaduh pun da macam adik beradik da. Kalau faz ada masalah, dialah tempat faz mengadu. Dia pun sama gak. Kte memang selesa bercerita, even benda tu personal sgt. Lama kelamaan perasaan sebagai seorang sahabat tu bertukar tau. Faz makin sayang kat dia. Di akui lebih dari seorg sahabat. Kami memang suka bergurau dengan panggilan org bercouple, walhal kawan je masa tu. " Syg kat ne? lama da aku tunggu ni" ahh. Normal la kan cakap camtu dengan kawan. Dia pernah cakap kat faz,"Faz, kalau kau ada couple pun, kau jgn lupa kat aku k. Aku mintak sgt kau jgn berubah, Susah aku babe, kalau kau takde. Aku janji gak kat kau, kalau aku ada couple, aku takkan berubah dan tetap akan layan kau mcm ni."

Sampai la one day, dia buat pengakuan kat faz yg dia dah da couple. First2 dia couple dengan perempuan ni, layanan dia dgn faz memang tetap sama, kte org still lepak sama. Lama kelamaan dia cte kat faz, dia dan kekasih dia hari hari gaduh besar sebab kekasih dia cemburu lihat kami terlalu rapat. jadi faz pun tanya la kat dia, "So beb, kau nak buat camne skarang?"
"Aku pun tak tau faz, aku sayang sangat sangat kat dia faz. Aku tak dpt tau hari hari gaduh sebab hal ni." jujur faz memang terkedu sgt masa tu. Dia memang pernah ada couple before ni, tp bila couple dia mula buat perangai, dia tinggalkan camtu je. Tapi kali ni, berbeza sgt. Memang di akui, kalau faz jadi lelaki pun faz mana nak tinggalkan perempuan cantikkan.
"Takpe la beb. Aku faham, kalau itu yg kekasih kau nak, aku akan undur diri, asalkan kau bahagia disampingnya. Aku pun perempuan, jadi aku faham kenapa kekasih kau rasa cemburu. Kalau aku kat tempat dia pun, aku akan buat benda yg sama." dengan hati yg berat faz putuskan persahabatan yg begitu lama dengan dia sebab kekasih dia.
"Thanks beb. Aku minta maaf terpaksa memilih cinta berbanding persahabatan kte. Aku nak kau tau, aku tetap anggap kau sahabat dunia akhirat dan tak kan ada yang berubah. Aku sayangkan kau still mcm dulu. Ingat tu."

'WHAT! Tak berubah kau cakap! Sedar la weii. Semua dah berubah! Dah takde apa yg sama.' Andai dapat aku luahkan apa yg tersirat di hati, alangkah bagusnya. Tetapi demi memikirkan kebahagian dia, aku relakan dia pergi bersama org yg dia cintai. Memang sentap ah. Banyak sangat kenangan kami bersama. Lagipun. apa la hargai persahabatan kami jika nak dibandingkan dengan cinta dia dengan kekasihnyakan?

Sejak dari tu, Faz pun membawa diri. Kuatkan hati utk hidup tanpa sahabat yg faz sayangi disisi.
Dia ada gak msg ckp rindu, sakit, kecewa, masalah diaand so on. Tapi faz buat tak endah je. Lansung tak balas msg dia. 'Eleh, kau rindu sakit kecewa, kekasih kau kan ada jd penawar kau, jadi sahabat baru tempat kau mengadu. Aku? Sakit, rindu, kecewa aku dulu ada kau hiraukan, fikirkan?'

Jadi disitu la bukti ketabahan faz sebagai seorg gadis. CHEWAH~ tapi mata sebijik mata panda sebab menangis. Lama gak faz cari penawar dengan membusykan diri supaya tak fikir hal dia. Nak buat camne kan. dah takdir faz tertulis camtu. Faz terima je la.

Dah lebih 5 tahun kot berlalu, masing masing dah dewasa, dah pandai fikir. Teringin gak nak bertemu kembali dengan dia, nak tanya khabar dia camne. Apa yg faz nak cakap yg faz nak dia tau yg faz dah lama maafkan dia. Faz gak nak mintak maaf sepanjang persahabatan kami, kalau kalau faz ada buat salah, terkasar ke kat dia. Faz betul betul ikhlas mintak maaf. Faz tak pernah lupa satu pun kenangan kami bersama 'Ehhhh... Iye ke?' hehe. Agaknya kot. UUUUaaaaarrrrgggghhhhhh~ menguap..
Okay la, sampai ni je entry faz kali ini.
Sekian....... :]






No comments:

Post a Comment