Anas Arsyad Gallery

Anas Arsyad Gallery

Followers

8 Oct 2014

Permainan diciptamu

Kenapa perlu ucapkan sayang
Kalau sekadar nak mainkan hati
Kenapa perlu ungkapkan rindu
Kalau hatimu telah dimiliki

Bukankah aku juga manusia
Yang mempunyai perasaan sepertimu
Kenapa kau berpaling tadah
Setelah hatiku kau miliki

Permainan yang kau ciptakan
Menyeksa perasaanku
Membuatkan ku takut
Bercinta lagi

Jika dengan penipuan
Yang membuat dirimu bahagia
Maka teruskanlah sayang
Hidup di alammu sendiri

Ku percaya akan ada karma
Menghantui dirimu
Seperti mana dirimu
Menghantui hidupku

2 comments:

  1. kak meija dtg melawat faz yg sgt cute:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thankyou akak :) Nanti giliran faz pulak melawat ye.. ;)

      Delete