Kelab Blogger Ben Ashaari

Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

27 Oct 2014

Aku perlu yakin pada diri!!

Assalamualaikum,

Hari ni faz tak rasa nak kongsi pendapat or buat cerita lain. Izinkan faz utk meluah perasaan ya. Korg pun tau kan faz da mula pratikal. Sebenarnya faz belum biasa dengan suasana baru ni walaupun sudah lebih seminggu. Boss faz sering pesan kerja bukan benda yg main2, ia melibatkan pelbagai pihak, kalau salah maklumat yg kta beri, maka semua pihak akan susah. Sebelum ni faz buat kerja semua sambil lewa, semua main main. Bila boss faz sudah bilang begitu, membuatkan faz terfikir mampukah faz melakukan kerja yg diamanahkan. Mampukah faz menghadapi masalah yg akan dtg.

Setiap kali dibagi tugas, faz akan rasa faz lemah, tidak kuat. faz akan tanya pada diri, "Dapatkah aku?" Baru sebentar tadi, faz menangis kerana rasa diri ini tidak mampu melakukan tugasan yg di beri. Faz tau Allah tidak akan menduga hambaNya lebih dari kemampuan hambaNya itu, tetapi faz belum sedia menggalas tanggungjawab yg besar.

Ya, faz masih boleh tersenyum, ketawa. Tetapi jauh disudut hati faz, menangis mengenangkan diri yg masih belum sedia utk melangkah lebih jauh. Faz tidak tau kenapa faz tidak dapat berfikiran lebih jauh, lebih matang. Faz tidak tau kenapa faz harus takut sebelum mencuba. Apa yg dinasihat boss faz, semuanya benar. Membuatkan faz terfikir dgn sikap faz yg penakut, cuak utk berhadapan dgn org, takut menghadapi masalah.

Faz ingin berubah, berfikiran luar dari kotak, bersedia dari segi mental, jadi seorg yg matang. Faz harus memulakannya, faz perlukan semangat sokongan dan nasihat. In Sha Allah. Faz akan cuba. Cuba utk berjaya. Faz perlu yakin pada diri sendiri. Faz boleh buat. Faz boleh buat. Faz boleh buat!!!!! Faz tidak akan berputus asa. Faz akan belajar dari kesilapan. Faz akan yakin dan percaya faz boleh buat. #prayforFaz.

Sekian..........




No comments:

Post a Comment