Belajar dari kesilapan

Assalamualaikum,

Selamat bercuti buat rakan2 U. Waa. Seronok la korg cuti walaupun seminggu je. Esok faz akan mula praktikal. Berakhirnya diri ini bergelar pelajar dan akan melangkah ke alam yg baru. Serious, faz takut sgt sgt. Nak kata ready tu, memang tak. Baju untuk esok pun belum sediakan. Mood faz lagi nak bercuti.

Result last sem pun da keluar. Alhamdulillah cukup makan je. Fundamental web design dapat A dan Total quality management dapat B+ je. Frust sangat sebab tak dpt 3 pointer mcm yg faz harapkan. Faz da janji dekat ibu nak dptkan 3 pointer dlm genggaman. Ingat lagi kan faz pernah cte seminggu sebelum pergi Final exam, faz tengah bersukaria terbang kat KL sebab nak g launching Encik Mimpi. Jujur faz cakap, faz tak sempat nak study. Tak ready apa pun time nak final tu. Menyesal? Tipu la cakap takkan? Sebab result ni penentu masa depan kita nanti. Faz rasa bersalah sangat kat ibu sebab tak dengar cakap dia. Kalau lah Faz dengar, benda ni mesti takkan jadi. Faz mesti akan dapat apa yg faz target sebelum ni. In Sha Allah. Selepas ini faz takkan ulangi kesilapan mcm ni. Biarlah ini jadi pengajaran utk faz. Walaubagaimanapun, mungkin ada hikmah utk setiap kejadian ni. (Curi word Aisyah Umar kejap) hehe. Chewahh.

Hehe. Biarlah yg lepas itu lepas. Tak yah nak dikenang lagi. Now, focus utk future. Sebab banyak org kata, "Gagal sekali, Tidak bermakna gagal selamanya kan?" Itu la realiti hidup sebagai seorg student.

Faz agak risau sebenarnya ni. Dengan perangai faz yg agak kebudak budakkan, kena marah sikit dah nangis. Dapat ke faz tempuhi alam pekerjaan? Dapat ke faz perwatakan seperti pratical student? Dapat ke faz berfikir macam org dewasa utk menyelesaikan masalah? Pening sangat memikirkan.

Banyak gak faz minta tips kat kwn2 faz. Dorg memang banyak membantu. In Sha Allah faz akan cuba ikut nasihat dorg tetapi tak tau berkesan ke tidak. Jadi yg itu faz serahkan kat Allah. Okay la. Nak release stress dulu. "Choki choki, Where are you? I need you" haha.

Sekian ^^

Comments

  1. well yg lepas janganlah dikenang buat sebagai pedoman...hehehe btw gud luck!!! hehehehe

    ReplyDelete
  2. Good Luck Faz.. Kak Kep doakan Faz cemerlang sentiasa.. dekat tempat baru nanti jgn malu malu.. hehehehhe.. enjoy jek dan mix dgn around dgn kawan kawan baru.. beza alam pekerjaan dengan zmn skolah dan U.. hope Faz dapat kutip sebanyak mungkin pengalaman.. InshaaAllah ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terharu sgt kak kep. Thanks a lot. In Sha Allah. Faz akan ikut semua tu. Amin. In Sha Allah faz doakan kak kep happy dan sukses selalu gak. Once again, terima kasih. ^^

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Terbang Tunduk by Fynn Jamal

Boulevard Kuching Sarawak

Selamat Hari Jadi Arwah Ayah