Anas Arsyad Gallery

Anas Arsyad Gallery

Followers

7 Dec 2014

Moments ^_^

Assalamualaikum,

Alhamdulillah setakat ni semua urusan hampir selesai. Dalam beberapa hari faz menahan diri dari menaip banyak betul cte faz nak kongsikan tapi tak tau nak mula dari mana. Rasa macam berpuasa la pulakkan. Berpuasa dari menaip blog. Kihkih. Selama faz tak menaip blog, faz blogwalking je kat blog org, comment, follow, comment, follow. Kesian tak kat faz? Huhu.

Jadi hari ni faz nak singkap satu persatu cerita faz. Alhamdulillah gak, faz da makin sihat, hari tu ibu faz catering 3 buah tempat dan semua tu memerlukan pada hari yg sama dan waktu yg sama. Kesian faz tengok ibu. Penat balik keje belum habis lagi. Dia seorg je keje. Jd memandangkan mood faz tgh baik hari tu jadi faz seorg je pekerja ibu. Balik je dr keje faz da start tolong ibu, sampai pukul 2.30 pg. Tapi time tu badan faz penat giler, Tiba tiba faz sesak nafas, muka faz pucat, faz cakap kat ibu faz sakit dada, ibu gelisah, dia tak tau apa nak buat, ibu pun call nenek dgn aunty. Lepas tu, faz da tak sedarkan diri lagi. Sampai pukul 5.15 pg, faz bgn solat sambung balik tolong ibu. Badan tu tak yah nak cakap la kan. Lemah sgt. Faz jumpa nenek pg tu, nenek senyum tanya, da sihat ke tak, faz cakap da sihat, nenek menangis and peluk faz ketat ketat. Faz hairan la kenapa lak nenek ni. Dah tu nenek cakap kat faz "Jgn tinggal nenek nak. Nenek takut tgok awk mlm tdi, mcm da tak bernyawa. Keje keje gak tp tolong rehat jaga kesihatan."
Baru faz ingat, faz baru lepas derma darah hari tu, tak sampai pun 2 minggu, badan faz memang lemah sgt. Time derma darah tu, nurse cakap yg faz tak payah derma darah lagi. Tak tau la apa kene mengenakan. Jadi sekarang faz cuma perlu rehat yg cukup je.

Hal keje lak, for the first time boss faz bawa kami ke site. Selama ni kami buat je analysis tapi tak tau pun keadaan sebenar kat luar dari tempat keje. Pada mulanya, faz memang excited, ye la, kite dibawa keluar dr office umpama kandang harimau, mesti la excitedkan. Dapat timba ilmu yang  baru. Boss faz cte, nanti lama kelamaan kteorg akan cakap "Boss tak nak ikut boss jalan lagi. Nak stay office je." sebab semua student pratical before ni cakap camtu kat dia. Tapi faz balas "Eh, tak la boss. Kami kaki jalan. Tak kisah nak dibawa berjalan pun." Setelah 3 jam berjalan dengan boss, duduk dalam kereta, faz tiba tiba mual. Jauh gak perjalanan. mana taknya, boss faz bawa kereta, fuuyooohhh.. Laju gilerr. Sekarang baru faz faham kenapa student pratical before ni tak tahan berjalan pergi site dengan dia. In Sha Allah. Faz dan kawan faz akan ikut boss pergi ke site lepas ni. Keje lelaki ke perempuan ke, sama saje yg penting niat bekeje. Chewahhh. Nak menimba ilmukan? Kene la kuat.

Cerita ke 3 lak, semalam faz keluar dengan #DreEMers sarawak dengan Abg Izzat. Kenal tak? Alaaa. Yg bawa lagu Kau gemok Kau comel tu. Nanti faz bagi lagi vid dia. Best sgt. Walaupun sekejap tp nak cakap thanks kat dorg, and sorry kalau faz ada buat salah ke, terlebih cakap or terlebih diam ke.  Kali ke 3 faz jumpa Yuhanis. Have a safe flight nanti hanis. Gonna miss you. Have fun. Kirim salam kat #EncikMimpi dan semua yg kat sana ^_^. Hehe. First time jumpa Aisyah Umar. Before ni kenal kat dalam laman sosial je. Aisyah memang comel gilerrrr. Best sgt dapat kenal dia. Kecil kecil cili padi orangnya. Agak nakal sikit. Haha. Abg Izzat lak, memang terkejut gilerr. Faz terkejut dengar suara, kekurusan dan yg paling terkejut tengok lesung pipit dia tu. Wowww.. Tu je dapat cakap. Abg Ijat, tak baik buli org muda -_-. Hehe.

Lastly, Org yg faz minat gak, kenal dari kelab blogger. Nama dia Boni. Tapi faz panggil dia Abg Bonia. Hehe. Faz memang suka tukar nama org, tu pun sebab typo. Hehe. Thanks abg bonia sebab sudi melayan segala permintaan faz, kalau faz nak minta lagu ke share lagu ke, faz akan tanya dan minta kebenaran kat dia dulu. Tapi tulis kat blog ni. Tak nak la tanya, Hehe. Kalau ada dia baca, elok la. Kalau takde, faz tak kisah pun. Hehe. Thanks sgt kat #kelabbloggerbenashaari borneo yg sering bantu faz selama ni. Kebaikan korg takkan faz lupakan. In Sha Allah, kalau ada jodoh kite akan berjumpa :) Sayang korg.

Fighting Abg Boniaaaaaaaa!!!!


p/s: Tak dapat nak ingat semua kenangan. Jadi tu je sempat dan dapat di kupas

Sekian...


9 comments:

  1. wahh.. Derma darah ye.. Thumbs up.. akak xde keberanian langsung nak derma darah waktu bujang2 dulu.. Takut kena cucuk. Tapi nak jadi ibu, semua tu redha je laa.. insyaa Allah, nanti nak derma jugak.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Tu je yg faz ada utk didermakan. Faz jenis penakut tgok darah gak kak. Waaaa.... Best nya akakk ^_^ Turn Faz lak melawat akak punya blog ^^

      Delete
  2. salams pagi isnin faz yg cute:)

    ReplyDelete
  3. wah penat tu 3 tempat dalam hari yang sama.nice song:)

    ReplyDelete
  4. tahniah sebab berani dermah darah... tak semua orang berani macam faz... tahniah.. dan take care lebih lepas ni...

    salam perkenalan semua.. mommylina

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thankyou so much ^^ Hehe. Salam perkenalan wak :)

      Delete
  5. assalamualaikum.
    kak faz nih keja kuat sangat kot. jaga kesihatan sama eh. :) teringin nak derma darah. macam best ja. hehe.

    salam perkenalan. call me nurul ja. :D

    ReplyDelete
  6. Singgah blogwalking disini :) jangan lupa datang ke blog saya http://calrasepatrick.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. Dh lm simpan hasrat nk derma darah..tp xksampaian..

    ReplyDelete