Kelab Blogger Ben Ashaari

Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

30 Dec 2014

Berakhirnya sebuah cerita

Semua orang mengharapkan kehidupan yang berakhir bahagia. Seperti sebuah novel, movie, drama diakhiri dengan tangisan kebahagiaan. Begitu juga aku yang mengharapkan pengakhiran yang bahagia dalam hidupku.

Berakhirnya sebuah cerita bukan bermakna berakhirnya jalan kehidupan seseorang. Tertutupnya buku lama untuk memberi ruang kepadaku untuk menceritakan perjalanan akan datang dengan membuka lembaran baru. Mencorak jalan cerita kehidupan yang bakal aku lalui.

Motifku hanya satu supaya diberi peluang untuk menjadi seorang yang lebih baik dari masa ke semasa. Bukanlah sesuatu yang mudah tetapi tekad seorang gadis sepertiku tiada siapa yang boleh menghalang kerna ku tau Allah ada bersamaku disaat aku berjuang untuk berhijrah ke jalanNya.

Hijrah? Sudah lama aku impikan. faktor umur, jantina dan kemampuan menghalang niatku. Tetapi sekarang aku sudah dewasa. Bakal menambah satu angka dibelakang umurku. Adakah faktor umur menghalang perjalananku untuk berhijrah lagi sekali?

Seperti yang aku cuba perkatakan, tiada jalan cerita yang berakhir bahagia. Liku liku kehidupanlah yang mendewasakan kita untuk mengikut persimpangan jalan yang bakal kita tempuhi. Bergantung kepada kemahuan seseorang individu memilih jalan kehidupannya.

Akan ku cari sinar keredhaanNya. Akan ku terokai ilmuNya lebih mendalam. Akan ku gagahi segala ujianNya untukku. Agarku dapat mencari apa yg ku cari. HidayahNya yang ku inginkan, KetenanganNya yang ku dambakan. Tiada apa yang ku perlukan melainkan mengejar SyurgaNya bersama org yang ku sayangi. In Sha Allah.






1 comment:

  1. Niat yg baik, Allah pasti permudahkan. In shaa Allah. Lagi2 ingin berhijrah ke arah yg lbh baik :)

    ReplyDelete