My Bestfriend of The Year
Assalamualaikum, "Bestfriend" apa yg dimaksudkan dengan bestfriend. Korg faham ke apa tu bestfriend? Mungkin sesetengah takkan faham, mungkin segelintir je yang faham. Hari ni aku nak cte seorg insan yg sentiasa berada disisi aku tak kira masa aku susah dan senang. Persahabatan yg aku sendiri tak sangka terjalin sehingga ke sekarang ni. Kami kenal dari kecik, sebab parent kami sama tempat keje. Oleh kerana keadaan tidak sesuai, aku tak tau pun kewujudan dia. Sampai la kami dipertemukan sewaktu aku mula masuk kolej, 8 Mei 2012. Sejak dari tu, kami mula rapat. Sehingga la satu saat, berlaku salah faham diantara kami. Keadaan jua la memisahkan kami. Masing masing ego, baik aku mahupun dia, kami tak minta maaf walaupun tak tau mana silapnya. Mungkin tu dugaan yang Allah berikan untuk menguji persahabatan kami. Mungkin gak ada hikmah disebalik dugaan yg kami terima. Kuasa Allah melebihi segalanya. Kami berkawan semula sehingga kini. Aku bersyukur hadirnya dirinya disisi...