Pengalaman Terindah

Ni nak cter pengalaman Faz bersama PEMBINA. Satu pertubuhan islam yg Faz sertai. Tapi Faz takde la aktif. Cuma turun bila disuruh atau dijemput je. Nama la kte ahli biasa kan. Hehe.

Nak dijadikan cerita.. Adala satu event makan malam bersama Heliza Helmi. Faz dan rakan rakan bertugas utk event malam tu. Kami pun cabut undi untuk tugas tugas untuk malam tersebut. Tak silap Faz bulan Mei 2013 dekat padang golf di Kuching. Takde la buat dekat tengah padang golfkan, kami buat dekat dewan.  Sambung balik tentang tugas undian tu. Bila dah cabut je undi, memang nasib Faz bertuah malam tu, Faz ditugaskan untuk jadi pengiring kak heliza dan manager dia. Waaaa..... Happy sgt dah tu, yang lain jadi pengiring untuk penyajak dan VIP lain. Nervous Faz memang tahap tak terkate lagi dah. Tgn kaki semua sejuk, yela first time la katakan. Faz ada penyakit tau, kalau nervous tgn Faz akan menggeletar. Lucu sangat rupa Faz malam tu. Faz cuma kena layankan Kak Heliza dan Manager dia je. Tapi yang tak best nya masa Faz dengan Kak Heliza malam tu, Faz tak sempat nak berborak dengan dia, mana tak nya dia tengah on the phone masa tengah dengan Faz, habis je on the phone, terus Faz iring dia masuk dewan. Adussss. terlepas peluang. Nak ambik gambar  berdua pun tak sempat. Tapi Faz sempat tangkap gambar dia dengan yang lain je.

Apa yang faz tak dapat lupa malam tu bila Heliza start berucap dan bercerita pengalaman dia dekat GAZA.
"Masa Heliza kat sana Heliza pi tanya kat seorang budak ni kenapa dia taknak lari ke negara yang lebih aman? kenapa dia masih nak stay sana, nak tau apa budak tu cakap, Kalau mereka pergi siapa yang akan lindungi Masjid Al-Aqsa, siapa yang akan mempertahankan islam. Biarlah mereka disana mewakilkan semua umat islam di seluruh dunia bagi mempertahankan agama islam. Heliza pun terkedu. Lepas tu Heliza bagi dia duit, dia tolak, heliza bagi lagi, dia tak nak. (dia cakap bahasa arab). Budak tu cakap dia bersyukur dengan apa yang dia ada dekat sana, dia tak perlukan sumbangan kewangan. (ada lagi heliza cerita tapi Faz tak berapa ingat) Budak tu cuma suruh Heliza tangkap gambar dia orang utk bawa ke Malaysia. Heliza pun hairan la kenapa nak tangkap gambar je. Rupa rupanya baru Heliza faham kenapa dia suruh Heliza tangkap gambar (Heliza tunjukkan gambar yang dia tangkap)"
Masa tu air mata Faz dah melilih. Teresak esak Faz nangis tengok gambar. Heliza pun sambung ceritanya.
"Ada satu masa ni, Heliza dudok dalam khemah dia org dekat sana, lepas tu ada bunyi menandakan pihak zionis datang menyerang, Heliza berlari keluar dengan kawan kawan, sedia nak mati syahid ni. Tapi dah sampai tengah tempat tu tengok pihak zionis datang, tiba tiba Heliza dan kawan kawan jadi takut, selepas tu datang sekumpulan budak budak gaza bawa pedang tolak kami kebelakang dan bercakap "kalau nak serang diaorang , pergi berperang dengan kami dulu" (dalam bahasa arab) Heliza dan kawan kawan terkedu lagi."

Haa. Itu la serba sedikit yang Faz ingat apa yang Kak Heliza ceritakan. Tersentuh hati Faz dengar pengorbanan kanak kanak di GAZA. Semoga Allah melindungi mereka. Tu la salah satu kenangan terindah Faz bersama pembina dan Kak Heliza (Walaupun tak sempat nak berborak). 

Faz nak jadikan pengalaman ini sesuatu yang bermakna dalam hidup Faz sebab Faz dapat kenal dengan ramai rakan baru disamping mengeratkan silaturahim sesama umat islam. 
Akhir kata, terima kasih kepada sesiapa yang sudi membaca cerita tak seberapa dari Faz. :)




Comments

Popular posts from this blog

Terbang Tunduk by Fynn Jamal

Boulevard Kuching Sarawak

Selamat Hari Jadi Arwah Ayah