Anas Arsyad Gallery

Anas Arsyad Gallery

Followers

15 Aug 2014

Ibu

*Coretan ini hanya rekaan semata mata. Tiada kena mengena dgn yg hidup ataupun mati.
Dijadikan kisah hanya utk peringatan. Harap diambil iktibar apa yg Faz cuba sampaikan. Hari hari merupakan hari ibu. Hargai ibu anda. Ibu, Faz syg ibu❤

Ibu
Jasamu tidak mungkin dpt dibalas
Bukan wang ringgit yg engkau mahukan
Bukan kemewahan yg kau pinta
Tetapi kasih syg anak2 yg engkau impikan

Masihku ingat
Saat aku masih kecil
Engkau sering menjadi pendorong dlm hidupku
Menemani saat aku ketakutan
Berjaga dr mlm ke pg saat aku kesakitan
Setia disisiku saat aku bersedih

Tangan kasarmu
Telah mendidikku sehingga menjadi insan yg berguna
Memukulku ketika aku gagal dlm pelajaran
Engkau amat mementingkan pendidikan
Katamu kejayaanku bukan utk memberi kemewahan padamu
Akan tetapi menjadi bekalan kebahagian diriku ketika dewasa kelak

Setelah aku dewasa
Berjaya dalam kehidupan
Aku mula tidak mengendahkan dirimu
Bagiku dirimu tidak membantu malah membuat hidupku susah kerana sering mintaku utk plg
Hanya sekadar utk menemanimu ketika sakit

Aku hanyut dengan kemewahan duniawi
Aku lupa tanggungjwb terhadapmu
Bagiku aku sudah dapat apa yg aku inginkan
Aku lupa bahawa engkau yg memberikan aku kejayaan itu
Aku lupa betapa sakitnya dirimu ketika membesarkan ku

Ibu
Kini engkau telah pergi
Tanpa sempat melihatku berubah
Tanpa sempat aku membalas jasamu
Tanpa sempat aku memohon ampun kepadamu

Kepemergiaanmu
Memberi impak besar dlm hidupku
Kiniku sedari betapa besarnya jasamu thdpku
Aku kesal dgn sikapku yg mudah lupa asal usul
Aku menyesal kerana tidak menemanimu ketika engkau sakit

Ya Allah, ampunkan dosa ibuku
Tempatkan beliau ditempat org yg beriman
Berikan ketenangan yg hakiki kpd beliau

Ya Allah, betapa berdosanya aku
Terhadap ibuku ketika beliau masih hidup
Betapa jahilnya aku ketika dia sakit
Masih layakkah aku utk berubah
Berikanlah taufiq hidayahMu kepada setiap anak diduniaMu ini
Supaya mereka menghargai dan membalas setiap jasa ibu yg telah menjaga mereka masih kecil
Agar mereka tidak mengulangi kesilapanku yg laku

#CoretanIlhamku
#MotivasiDiri
#PedomanHidup

No comments:

Post a Comment