Kelab Blogger Ben Ashaari

Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

28 Aug 2014

Soal Hati

Entah mengapa setiap kali aku terkenangkan dirimu hati aku semacam nak menangis, seperti ada sesuatu yangg mencucuk. Ya aku mengaku,  hatiku sangat lemah, mudah untuk jatuh cinta. Tetapi mudah untuk melupakan dan membenci jika terluka. Bukan kehendakku untuk membenci dirimu. Aku juga insan biasa, terlalu mengikut nafsu amarahku.

Kadang kadang aku benci diriku sendiri kerna sering mencari dirimu, menjaga dirimu dari jauh walhal engkau tidak pernah menghargai kehadiranku. Terlalu ramai yang lebih menyayangimu lebih dari ku. Aku sedar dengan kebenaran, tetapi sukar untuk aku menerima kenyataan yang aku bukan sesiapa padamu.

Bukan aku pinta untuk menyukai, menyayangimu. Tetapi siapalah aku untuk menidakkan perasaanku sendiri. Aku ingin menjadi diriku yang dulu. Begitu tegas dengan pendirian, tidak mudah jatuh cinta malah, tidak mempercayai insan yang bergelar lelaki. Tetapi semakin aku meningkat dewasa, aku seolah olah faham apa itu dikatakan cinta. Kenapa kita hidup dibiarkan berpasangan. Ya aku sudah dewasa.

Jikalau aku terluka lagi sekali mampukah aku merawat hatiku sendiri? Akan hadirkah insan yang mampu menjadi penawar diriku? Dapat menerima kekurangan aku seadanya? Menghargai diriku?

Bagaimana untukku mencari jawapan. Aku hanya mampu berdoa meminta petunjuk Allah supaya dihadirkan jodoh yang mampu menjadi penyeri kehidupanku. InShaAllah. Amin.




No comments:

Post a Comment