Anas Arsyad Gallery

Anas Arsyad Gallery

Followers

18 Aug 2014

Alahai Kaum Hawa

 Kadang kadang aku terfikir kenapa gadis begitu mudah cair dengan kata kata lelaki sampai sanggup menggadaikan maruah diri dan keluarga sebab terlalu sayang dengan teman lelakinya. Tak fikir ke kesan buruk dari perbuatan tersebut? Lelaki senang la, kalau benda dah jadi diaorang elok je buat tak tahu, tapi wanita? Mana nak letak muka? Maruah keluarga? Sekarang ni ramai gak dah keluar berita pembuangan bayi. SubhanAllah. Kesian aku tengok insan yang tak bersalah dibunuh.  Sedangkan haiwan lagi sayangkan anaknya, inikan kita manusia dah diberi akal. Kalau dah tak nak jaga tu bagi je la kat org, tak pun kat rumah anak yatim je ke. Tak tau ke ramai pasangan yang dah berkahwin tapi belum dapat anak. Dah rasa pun macam mana sakitnya beranak? Tu pun dia org senang lenang buang bayi. Eeeee. Aku pun tak faham manusia yang tak de hati perut mcm tu. Kalau dah tak nak tanggung kenapa la buat juga. Dah la dosa besar buat zina, dah tu boleh buang pulak, tu dah kira membunuh dah tu.

Ada pulak cerita yang aku dengar wanita sanggup lari dari rumah sebab nak ikut teman lelaki. Haa. Elok sangat la tu bagi ibu ayah susah hatikan? Tak kasihan ke tengok ibu ayah yang susah payah bekerja siang malam sebab nak bagi kita ilmu, pakaian, keselamatan, makanan. Kita bukan nak bagi dia org senang, balas jasa dia org tapi ni nak bagi diaorg susah hati lagi. Kalau teman lelaki tu dah kerja elok, dah cukup gaji takpe la nak lari ikut diaorg. Kalau dah mabuk cinta sgt kahwin je la. Tak yah lari lari. Dapat gak pahala mendirikan rumah tangga. 
Jadi kaum hawa. Janganlah engkau lemah dengan nafsumu. Kerna semua itu umpama menempah tiket ke neraka. Percayalah kebahagian dunia tidak akan membantu diakhirat kelak. 
*Peringatan utk diri sendiri kerana sy juga kaum hawa yang lemah imannya. 

No comments:

Post a Comment