Aku hanya aku

Aku bukanlah seorg yg istimewa
Aku hanya aku
Seorang insan biasa
Yang serba kekurangan

Aku bukanlah artis
Yang ingin mencari publisiti
Aku bukan juga penkarya yg digeruni ramai

Aku hanya pencerita
Kisah hatiku melalui blog
Betapaku rasa diriku kerdil berbanding penkarya lain
Yang begitu mahir berkata kata

Aku hanya merealisasikan impianku
Utk jadi penkarya
Walaupun tidak mempunyai kelulusan ijazah
Walaupun tidak mempunyai pengalaman dlm berkarya
Walaupun hanya sekadar utk menceritakan rasa hatiku
Walaupun tidak akan dikenali

Aku tidak mempunyai sokongan
Dari sahabat, keluarga dan pengajar
Malah tidak ada seorg pun yg mengetahui minatku yg sebenar

Aku seorg penrahsia
Kehebatanku hanya menjadi penrahsia yg baik
Mungkin bukan sesuatu yg patut dibanggakan
Tetapi itulah aku
Aku yang menghargai setiap kelebihan diriku sendiri


Comments

Popular posts from this blog

Terbang Tunduk by Fynn Jamal

Boulevard Kuching Sarawak

Selamat Hari Jadi Arwah Ayah