Kelab Blogger Ben Ashaari

Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

22 Aug 2014

Kehidupan yang mendatang

Setiap org mempunyai jalan ceritanya sendiri
Begitu juga aku
Pengakhiran yg mungkin bahagia
Dan mungkin tidak

Setiap kejadian yg berlaku
Pasti ada hikmah
Setiap org pasti ada masalah
Dan tiada masalah yg tidak ada penyelesaiannya

Itulah realiti sebuah kehidupan
Tidak seindah cerita novel
Tidak semanis di dalam drama
Tidak semudah yg disangka

Keperitan yg dirasai
Hanya Allah yg tahu
Kerana Dia yg menduga
Tahap keimanan seseorang

Kemewahan yg dirasa
Hanya Allah yg maha memberi
Kerana Dia menguji
Rasa kesyukuran kita

Pengakhiran kita di bumi ini
Hanya ada dua pilihan
Ke nerakaNya atau kesyurgaNya
Bergantung ketaatan kita pada perintahNya

Aku juga mudah alpa 
Begitu memikirkan soal kehidupan 
Sehingga lupa apa yg terjadi
Pada keesokkan harinya (kematian)

Saat demi saat telah berlalu
Tanpa kita mula sedar
Umur semakin meningkat
Jangka hayat makin pendek

Bumi semakin uzur
Matahari semakin panas
Para ulama semakin berkurang (meninggal)
Yang tinggal hanya kita (manusia akhir zaman)

Semuanya tertulis di dalam Al-Quran
Membuktikan kesahihan nya
Hari demi hari
Ia semakin dekat (hari kiamat)

Sudah sediakah aku?
Sudah cukupkah amalan aku?
Pertanyaan demi pertanyaan 
Berlegar di mindaku

No comments:

Post a Comment