Kelab Blogger Ben Ashaari

Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

2 Sep 2014

Sebab Janji

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, Syukur sangat kat Illahi kerna bagi Faz peluang untuk bernafas lagi hari ni. Hari ini, apa  yang Faz nak kongsi mungkin agak bosan sikit, tapi tapi tapi teruskanlah membaca ekk. Kalau korang tak baca siapa lagi nak bantu Faz nak baca kan?

Hari ni Faz nak cerita sedih tentang salah seorang hamba Allah dan merupakan rakan Faz gak. Nama? Biarlah rahsia. Faz kenal dia dari 2008 tapi Faz tak pernah rapat dengan dia. Sejujurnya Faz memang tak suka dengan dia atas sebab sebab tertentu, tapi sekarang Faz okay je dengan dia sebab Faz dah taknak ingat kisah lama. Ya, memang semua orang boleh berubah, dari jahat then jadi baik begitu gak sebaliknya, bergantung dengan pendirian masing masing.

Haritu, D (bukan nama sebenar) datang jumpa Faz dia pergi cerita semua masalah dia kat Faz, Faz memang tak kisah orang nak p cerita kat Faz tapi masalah budak ni dia nak Faz tolong dia tapi nasihat Faz satu pun dia tak nak pakai. Masalah dia dengan makwe dia, D memang tak pernah cerita masalah dia dekat orang, dekat kawan rapat D pun dia tak pernah cerita, haritu dia p cerita dengan Faz pun sebab sebenarnya Faz orang yang sangat rapat dengan makwe dia. hehe. Dulu dia orang ni memang tak pernah dapat renggang, Dia orang kenal dari 2004 lagi tapi couple dari 2008.

D ni memang bijak, pandai tapi dia ada satu penyakit, iaitu penyakit malas, suka nak melengahkan kerja, tak serius dengan kerja yang dia buat, suka melepak dengan kawan, dan malas nak cari kerja yang dapat menjamin masa depan. Haaa. tu bukan satu penyakit lagi tu, tu dah banyak. Sebab tu la makwe dia p tinggalkan dia. D pun mintak la Faz tolong satukan dia dengan makwe dia balik. D cakap yang dia dah JANJI masa bekasih dulu yang diaorang akan hidup bahagia hingga jinjang pelamin, hanya mati yang dapat pisahkan diaorang. Biasa la ayat masa bercouplekan. D tak dapat tinggal dan lupakan makwe dia sebab JANJI yang diaorang dah buat atas nama Allah. Faz bagi nasihat senang je Faz cakap yang kalau ada jodoh ada la, kalau takde tu lupakan je la makwe dia. Tapi si D ni degil dia masih nak sebut hal JANJI tu gak. Kalau korang kat tempat Faz memang korang benggang dengan D.

Jadi Faz cakap kat dia yang memang betul niat dia dah baik sebab dia nak tanggungjawab kahwin dengan makwe dia, tu dah betul niat dia tapi kalau dia tak dapat kerja yang elok lagi, dia nak bagi makwe dia dengan anak diaorang nanti makan apa? tol tak? takkan la kasih sayang je dapat nak bahagiakan keluarga. Ni yang Faz suka cakap NIAT TAK MENGHALALKAN CARA. Kalau betul la D nak jugak dengan makwe dia p la cari kerja elok atleast dapat bagi anak bini dia makan, Kalau D takde jodoh dengan makwe dia pun mungkin D akan jumpa orang yang jauh lebih baik dari makwe D. Kalau dengan orang lain pun, D masih gak perlu cari kerja yang elok, kena buang sifat malas tu kan.

Pesanan untuk D: Bukan Faz tak nak tolong D tapi tu semua kerja Allah. Jodoh Pertemuan Kematian kita serah je kat Allah D. D ada cakap yang memang kerja Allah tapi kita sebagai manusia kena usaha. Ya tu pun betul D. Tapi bukan usaha nak pakse dia kahwin dengan D. D buatla solat istikharah. Kalau betul dia jodoh D, Faz doakan yang terbaik untuk D. Tapi kalau dia bukan jodoh D, Faz harap sangat D terima kenyataan tu D. Faz kesian sangat tengok D. Faz dah anggap D macam abg Faz sendiri. Sedih tengok D datang jumpa Faz dengan keadaan yang susut macam tu. Memang boleh D sayangkan orang tapi Faz mintak sangat jangan la sayangkan orang LEBIH dari Penciptamu D iaitu Allah. Faz harap selepas ni, kalau D jumpa Faz, D dah dalam keadaan yang bahagia. Walaupun selepas ni kita dah takde kena mengena, D tetap kawan Faz. Ramai lagi yang bercinta berjanji bagai nak rak bertahun tahun tapi tak sampai ke hujung D, Ramai lagi yang terima senasib dengan awak. Tapi, macam yang Faz cakap, tu semua kerja Allah. Kita hanya merancang, tapi Allah yang menentukan.

Dan Faz harap ni pun pengajaran kat Faz gak, sebab Faz belum kenal apa itu erti cinta. Jadi Faz tak tau kalau kalau kisah cinta Faz pun tak seindah yang Faz sangka. Faz cuma harapkan Faz ditemukan dengan Jodoh yang beriman dapat mendidik Faz dalam hal agama dan dapat memberi didikan yang sebaiknya untuk anak anak, In Sha Allah. Amin Ya Rabb.. :) Sekian..


No comments:

Post a Comment