Anas Arsyad Gallery

Anas Arsyad Gallery

Followers

20 Sep 2014

Dialah Ibu, Dia juga Ayah

Tahun ni genap 15tahun pemergian  arwah ayah.
Waktu tu faz baru berumur 5tahun dan adik 4bulan dalam kandungan. Pernah sekali seorang hamba Allah bertanya dengan faz, kenapa ibu faz begitu tabah menghadapinya. Tiada seorang pun isteri yang dapat tabah permergian suami ketika masih mengandung dan mempunyai anak anak yang masih kecil. Sejujurnya, Faz pun tak pernah terfikir hal sebegini dari kecil.

Ya Allah, memang benar. Ibu memang seorang wanita yang cekal. Membesarkan kami 4 adik beradik seorang diri tanpa menerima apa apa bantuan. Besarnya pengorbanan ibu.
Dialah ibu, dia juga ayah.

Sekarang kami telah dewasa, walaupun faz bukan anak sulung tetapi keperitan, kesunyian yang dihadapi oleh ibu selama 15tahun, faz seolah olah dapat memahami. Baru kini faz merasakan berdosanya diri ini ketika mengingkar kata ibu, melawan ibu.

Ibu sanggup buat apa sahaja asalkan anak anaknya bahagia. Walaupun kadang2 terkasar bahasa, tetapi setiap permintaan kami ibu akan cuba tunaikan walaupun sukar. Ibu tidak pernah meminta apa apa pembalasan dari kami sehingga kini. Walaupun kami semua sudah besar, ketika sakit, ibu sanggup tidak tidur malam untuk menjaga kami. Ibu tidak pernah menyatakan rasa kecewa walaupun kami telah banyak melukai hatinya.

Kini ibu semakin tua, keluhan demi keluhan kedengaran di bibirnya. Mengadu kesakitan, keperitan kehidupan. Membuatkan hatiku turut resah. Aku takut, takut, takut tidak sempat membalas setiap jasa yang dia berikan selama ini.

Ibu seorang ibu tunggal yang amat aku sanjungi. Menghadapi liku liku kehidupan tanpa suami tanpa bantuan keluarga. Bayangkan faz sendiri berada ditempat ibu membesarkan anak2 yang sedang membesar? Ya Allah faz sendiri tidak tahu sama ada faz mampu melakukan dan tabah seperti ibu

Jika ayah masih hidup, ayah mesti bebangga mempunyai seorang isteri yang sangat kuat menempuhi dugaan.

Ibu merupakan inspirasi terbesar hidup faz. Faz tak dapat dan tak nak bayangkan kehidupan kami tanpamu ibu. Walaupun faz bukan anak yang baik tetapi faz akan cuba memperbaiki diri dari hari ke hari.

Tahniah ibu, kerana berjaya menghadapi ujian yang paling besar dalam hidup sebagai seorang hamba Allah. Percayalah, Allah tidak akan menguji hambaNya lebih dari kemampuan hambaNya sendiri.

Terima kasih bu, sebab tahan dengan karenah anak anakmu. Terima kasih kerana membesarkan kami dan menjadikan kami manusia yang berguna, In Sha Allah.

Ibu, faz janji akan menjaga ibu dihari tuamu kelak. In Sha Allah . Jika umur kita masih ada. Amin.
Faz sayang ibu.
Sekian. Salam :')

#ibu #kasihsayang

No comments:

Post a Comment