Keinginan dalam hidup?

Assalamualaikum,

Alhamdulillah Faz masih dapat menaip walaupun dalam keadaan yang mamai. Faz mengantuk sebenarnya ni. Tapi faz gagahkan jugak nak menulis blog. Kalau ada tengok faz TYPO ke ada ayat yg susah nak difahami ke,  Comment je, faz sedia nak explain balik. Minggu ni faz memang busy sangat nak uruskan hal pratikal faz tak lama lagi, project, assignment, lawatan, test, report, presentation semua faz nak siapkan dalam minggu ni sebab tak lama lagi nak final. Dah seminggu jugak la jadual faz tak teratur temasuk diri faz sendiri, mata faz dah macam panda dah, tak cukup tidur. Balik je kelas terus kerja dengan nenek (business), malam lak kerja dengan ibu (business gak). Susah jugak bila ada keturunan darah keluarga business ni, susah sebab kena tempiass. Sabtu ahad pun kena kerja gak. Kalau tangan kaki tak bergerak, duit pun tak bergerak jugak la alamatnya. Busy macam mane pun faz, blog tetap faz tak boleh lupakan, faz kan pernah cte sebelum ni dekat tajuk post "Minat dan bukan minatku". Malas la nak ulang, ni la masa privacy faz. Huhu. Kesian kan? TAPI ini bukan point cerita faz sebenarnya, saja je nak melalut sekejap.

Ni nak cta Ada la suatu hari tu, Faz terbaca satu pertanyaan seorang artis dkat facebook. La tak yah la faz mention siapa kan. Kang ada lak gossip. Hee. Acah je. Sambung balik. Walaupun soalan dia simple tp bagi faz agak mendalam gak. Faz teringin nak comment, tapi sejujurnya faz memang tak suka comment apa2 asal ia insan yang berkerjaya "artis" bukan tak suka. Sebab faz rasa kalau faz comment macam la diaorg kesahkan. Maybe comment faz cuma dipandang camtu je. Dorg tak kesah, faz lagi tak kesah. Faz bukan nak buat tanggapan negatif kat artis tp faz sebenarnya dah serik nak minat artis. Sbb faz pernah tau FIRST TIME minat artis malaysia sbab bagi faz dia unik sangat. Dan faz masa tu memang faz fanatic sangat kat dia. First tu dia layan. Faz tag dia kat instagram dia comment, kira bagi feedback la. Lama kelamaan dia makin hilang. Buatkan faz tercari cari. Faz follow semua SNS dia. Lepas tu faz tengok dia post kat fb, ramai gak yg comment, faz pun comment la jugak sbb faz minat gler ni, comment peminat dia yang dia kenal je dia reply, peminat mcm faz ni tak dreply. Ramai gak dh minat dia now. Biasalah, artis lah katakan. Sejak je dari saat tu faz dh nekad tak nak lagi dh minat dengan artis. Bukan la maksudny tak minat trus, minat tu tetap la minat, tp mungkin takkan fanatic mcm dulu lagi . Tak tau la bagi yg lain camnekan. Tak kesah la, tu pendapat faz je. Mungkin perasaan faz je. Haaa. Balik dekat FB artis ni tadi, faz nak jugak jawab soalan dia tp bukan balas kat comment status fb dia, tp dekat blog faz ni je.

Soalan: Apa yang korang inginkan dalam hidup?

Jawapan Aku:
Aku ingin menjadi muslimah sejati,
Hamba Allah yang taat pada perintahNya,
Anak solehah utk ibu dan arwah ayah,
Anak murid yg berdedikasi,
Seorang insan yang penyabar, penyayang, prihatin,berwibawa and so on.

Aku ingin berjaya dalam hidup ,
Supaya aku dapat balas jasa org tua ku,
Supaya aku dapat membantu insan yang memerlukan di luar sana,
Supaya aku dapat berjihad ke jalan Allah,
Kerana aku ingin mati syahid.
Aku ingin hidupku bahagia di dunia dan di akhirat,
In sha Allah.

Keinginan memang banyak, kalau nak disenaraikan keinginan individu memang melebih segalanya tetapi Itulah dinamakan keinginan, walaupun aku tak nyatakan semua keinginanku, tetapi aku cuma inginkan yang terbaik dalam hidupku. Walaupun cuma KEINGINAN yang MUSTAHIL utk aku capai. Dengan izin Illahi aku akan terus berdoa dan usaha untuk mengecapinya. In sha Allah.
Fahami konsep KEINGINAN dan tanya dan jawab kat diri anda sendiri apa keinginan anda. Tepuk dada tanya selera. Tak ada yang mustahil.
Maaf banyak sangat melalut.
Sekian. Salam. :)

Comments

Popular posts from this blog

Terbang Tunduk by Fynn Jamal

Boulevard Kuching Sarawak

Selamat Hari Jadi Arwah Ayah