Kelab Blogger Ben Ashaari

Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

6 Sep 2014

Akhir Nafasku by Fero

Assalamualaikum,

Malam ni faz nak cerita tentang lagu lak. Haa. Lagu yang first time faz dengar, air mata faz dah jatuh. Dengan suara orang yang menyanyikannya sangat merdu, liriknya menyentuh hati dan muziknya yang perghhh tak tau nak cakap. Nak tau lagu ape? Tu kat title dah bagi tau. Hehe. Nyanyian Fairul Adzreen a.k.a Fero. Errr. Sebab Fero tua 8thun dari Faz jadi lebih afdal faz panggil abang fero. Haha. Maaf ye abg fero.

Dalam sehari lebih kurang 5 ke 15 kali faz dengar lagu dia. Faz pun tak tau mcm mane boleh addicted dengar lagu dia. Faz ni jarang nak dengar lagu melayu kecuali kalau mode melayu or jiwang tu datang. Faz layan lagu korea je. Faz kan kpoper. Ecehh. Perasan. Hee. Sorry.

Lagu ni dah macam ubat tidur faz. Dah tak yah cari ubat tidur lain g dah. Kalau kakak faz ada kat sini mesti dia tanye "eh kau tak fed up ke ulang lagu yang same je"
Nasib baik la dia takde.

Kadang kadang tu, bukan kadang kadang la tapi selalu, kalau faz nyanyikan dengan suara faz yang sumbang mambang ni, faz tak tau nape kelopak mata faz mesti basah sekali.
Faz suka tau kalau jalan dengan ibu tp faz dok je kereta, ibu yang beli belah dah tu faz bukak la lagu ni, then dah nyanyi tu faz nangis teresak esak. Sumpah lawak sangat. Dah ibu masuk kereta, dia hairan nape faz nangis. Alaa jawapan lapuk paling senang nak jawab cakap je la mata masuk habuk. Heee.

Tak tau la kalau korang yang dengar, sebab lirik ini berkisahkan seorang lelaki yang menghidap cancer tahap 4 dan dia nak kekasih dia bahagia. Tu yang buat faz sedih.

Ni pun sebab ada la seorang hamba Allah yang pernah jadi seseorang yang akrab dengan Faz, dia meninggal dunia dan Faz terkilan sangat tak sempat jumpa dia. Walaupun Faz masih form 3 waktu tu pemergian dia beri impak jugak la kat faz. Sampai sekarang faz masih ingatkan dia. Mungkin Allah lebih sayangkan dia. Semoga dia ditempatkan di tempat orang yang beriman. Al-Fatihah.

Hurmmm. Penghujungnya thanks sangat kat lagu tu yang mampu membuat telinga faz tak jemu nak dengar dan jadi salah satu lagu yang terpahat di hati. Hehe. #fairuladzreen #feromusic #akhirnafasku. Sekian. Salam :)

Abg Fero fightingggggg.... Semoga selalu sukses dalam kehidupan :)


Pesanan: Thanks sebab sudi baca blog Faz yang tak seberapa dan takde apa2.  Thanks abg fero sebab baca.

No comments:

Post a Comment