Anas Arsyad Gallery

Anas Arsyad Gallery

Followers

8 Sep 2014

Aku tumpang gembira

Assalamualaikum,

Alhamdulillah dapat lagi faz menulis hari ini. Hari ni faz dapat berita gembira dari ex faz, waaa. Alhamdulillah dia dah bertunang. Faz dapat tau pun dari facebook je. Hehe. Faz happy sangat kat dia. Dia ni pun sangat baik, caring, sanggup buat apa saja demi orang yang dia sayang. Dulu memang salah faz gak, faz tak reti nak hargai orang. Ye la masa kecik kecik dulu mana reti nak bercinta, main rembat je la nak bercinta. Cinta monyet la katakan. Sekarang ni? Hehe. Memang faz takde masa nak bercinta, mungkin tak nak nak bercinta.

Ada gak ex faz yang dah kahwin. Waaa. Kadang kadang bila faz pulak yang ditanya bila nak kahwin, faz cakap satu je, jodoh belum sampai. Lagipun faz lagi muda banyak g yang belum tercapai. Jasa ibu  belum lagi terbalas. Memang la faz sokong bab bab kahwin muda ni. Ye la, nak elak maksiat. Zaman sekarang ni macam2 boleh jadi. Tapi tu la, jujur faz cakap, faz memang nak sangat bercinta macam org lain sampai ke jinjang pelamin tapi ada rakan faz cakap elok faz belajar hargai orang dulu baru bercinta balik.
Huhu. Faz pun rasa apa yang dia cakap tu memang betul. I really need someone to teach me how to appreciate.

Faz memang blh hargai orang itu pun faz cuma reti hargai sebuah persahabatan dan keluarga je. Benda lain tu kurang sangat sangat. Kritikal sangat ke aku ni? Haha.

Ye la, zaman sekarang susah kte nak cari lelaki yang betul betul nak kat kte. Lagi pun faz ni anti sosial, tp takde la nerd, faz takde apa2 bakat atau kelebihan nak dbanggakan, ekkk.. apa pulaj kena mengena~ haha. Saja je.
Tapi takpe, sebab faz percaya kat takdir dan apa yang telah Allah aturkan kat faz. Cuma tak tau bila, dimana dan bagaimana kami berjumpa. Faz tau jodoh faz pun masih ada, cuma faz perlu buat solat istikharah, berdoa dan tawakal. Semoga dipermudahkan segalanya. Amin. Sekian. Wasalam  ;)

No comments:

Post a Comment