Aku dengan caraku

Assalamualaikum,

Apa khabar semuanya? Sihat tak? Kalau ada yg demam tu cepat2 la g klinik ke mkn ubat ke k? Haha. Tak yah jawab pun takpe, jawab lam hati je  :p

Alhamdulillah, sekarang ni faz da boleh focus nak mengarang blog lagi. Yeayyyy. Tepuk sikit, tak yah banyak2 sikit pun jadi la. Kahkah. Akhirnya sudah tamat diri ini bergelar pelajar di Multimedia College Sarawak. Chewahhh. Bangga ni tau mention kolej sendiri. Jadi selepas ni, faz akan mulakan hidup baru dan bukan seorang student lagi. Mane nak g selepas ni? Faz akan pratikal kat Telekom Malaysia. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. Hidup bergelar siswi memang banyak mengajar faz berfikiran seperti seorang dewasa, lebih matang. Tapi muka tetap awet muda k? Tak yah nak over sangat. Hehe. Thanks kat lecture, senior,junior, dll. Yg banyak membantu, memberi tunjuk ajar, dan disisi faz selama faz dekat multimedia college. Tanpa korg faz mungkin tak cenggini (tak yah nak explain). Apa2 pun, terima kasih faz ucapkan. Sayang korg bebanyak.

Cuti ni, faz plan nak sambung balik focus kat minat faz, dan termasuk jadi fan tegar ENCIK MIMPI  dan FAIRUL ADZREEN selama 3 minggu. Jadi pekerja sepenuh masa tanpa dibayar gaji akan setia menyokong dorg 24 hour non stop kecuali waktu solat, makan, tidur. Kahkahkah.

Ada gak kawan faz nasihat, tak elok minat sgt kat dorg tkt kecewa. Memang. Faz memang fikir ada betulnya cakap dia. Tapi biarlah faz dengan cara faz k? Faz janji, kalau ada pakwe ke tunang ke suami, faz takkan focus dgn dorg lgi. Selagi dan selama single ni, elok la faz minat tegar kat dorg ye kwn?

Hari ni, faz happy sgt sebab dapat live starchat dgn ENCIK MIMPI dekat starchat gua.com.. memang mantap,meletop sgt. Walaupun cuma dpt webcam 30 awal dan 4minit terakhir, tp memang best sgt. EM memang diakui cute sangat malam tu. K. Captain please touching sikit? Hehe. Yg tak best nya ada la manusia yg masih mnta em bukakan topeng. Hurmm. Tu baru satu, yg tak best lagi ada org comment tak baik dekat fb captain, tu memang nak kene hempuk tu..

 Tak kisah la saudara/saudari nak bagi nasihat, tu hak korg. Tp jgn la kat tempat terbuka cam tu kan, pm je terus kalau tak suka. Apa yg kau dpt buat camtu? EM pun manusia biasa mcm kte gak, letak la tempat kau kat dia. Apa kau rasa? Seronok ke? Kalau seronok, ni memang nak kene pangkong dgn lesung batu ni. Kalau dah tak suka dia skali pun, takyah nak buat gossip nak ngata dia mcm2. Kalau korg bgs sgt, apa kata korg je yg nyanyi kat tmpt dia, korg kan takde keje selain menyibuk hal org. Kan? Elok la. Nak tau gak kehebatan org yg suka mengata org lain ni. Faz cakap bukan dasar faz minat ke apa k? Tapi kalau korg buat kat org lain pun faz akan geram gak. Kalau korg manusia, korg mesti faham kenapa faz rasa cam tu.

Okay. Maaf. Emosi lebih sangat malam ni. Biasa la wanita kalau dah ada masa mood tak betul kan. Haha. Tah papa la merapu faz ni.

Apa2 pun. Sebagai umat islam, sama2 la kita mengeratkan silaturahim ukhwah sesama kita. Buang segala hasad dengki,dendam,riak,takbur dll. Kita hidup tak lama, jgn biarkan hidup kita dilimpahkan dengan perkara yg tak elok. Tkt nanti kalau dah pergi tak kembali tu, tak sempat nak mnta maaf kat org yg kita kutuk kan. Haaa. Bertambah lak seksaan nya.

Disini gak faz nak mnta maaf kalau ada terkasar bahasa ke tersindir ke. Mcm yg faz cakap, faz tak nak meninggal dlm keadaan tak sempat meminta maaf kat korg. Jadi dengan ikhlas saya FazAriffen, ingin memohon ampunn dari rambut hingga ke hujung kaki. Sebab YANG BAIK DATANG DARI ALLAH, YANG BURUK DATANG DARI FAZ(HAMBA ALLAH) SENDIRI)


Sekian, semoga kita jumpa lagi InSha Allah.
Sekian.. ;)

#EncikMimpi #fairuladzreen #akhirnafasku #sokongfero #feromusic #rindukanlah  #akhirnafasku #selamatmalamcinta #encikmimpiproduction

Comments

Popular posts from this blog

Terbang Tunduk by Fynn Jamal

Boulevard Kuching Sarawak

Selamat Hari Jadi Arwah Ayah