Posts

Minat dan Bukan Minatku

Image
Hari ni Faz nekad nak buat benda yg paling faz tak suka nak buat iaitu melukis. Cehh. Memang faz tak suka melukis. Wlaupun 5thn faz belajar melukis. Hasil lukisan faz asyik mengecewakan. Mana taknya, ibu, ayah, kakak dan adik semua ada bakat melukis. Cuma faz je yang tak reti nak melukis. Percaya dok? Sedih tau bila tengok lukisan faz sebelum ni. Dan hari ni sempena malam merdeka faz nekad sgt2 nak melukis. Walaupun tak cantik tapi faz akan cuba buat yang terbaik. PIC 1: Ni gambar pertama faz lukis. Yang ni nampak cantik sebab Faz sketch je yang adik Faz punya.  Ibu faz cakap yang kalau nak belajar melukis kene ada cth dulu baru dapat melukis.  PIC 2: Ni gambar ke 2. Ya, yang ni pun nampak elok sikit. Sebab...... hehe. mesti ada sebab. Yang ni pun sebenarnya faz sketch dari lukisan kakak faz pula.. Tangan dia takde sbb faz memang tak reti nak lukis tangan. Kesian kan tengok Faz.. :( PIC 3: Haaa. Cuba teka pic ke 3 ni faz tiru siapa? hehe.. takde sape2 pun. Yang ...

Malaysia Negaraku

Image
Merdeka Merdeka Merdeka! Bertuahnya kamu anak muda Saat kau buka mata Segala galanya sudah aman Segala galanya sudah ada Teknologi semakin moden Dunia sudah bebas dari jajahan Maka kenangkan jasa nenek moyang kita Yang berkorban untuk negara Sanggup bergadai nyawa demi negara Menentang penjajah yang kejam Mempertahankan hak negara Memberi kita kemerdekaan Sungguh aku bangga menjadi anak Malaysia Aku bangga dengan pejuang negara Malah aku bangga mengibarkan  Bendera Malaysia sebagai anak muda Wahai pejuang tanah air Jasamu akan ku kenang Hingga jasad terakhirku Izinkan aku berbakti untuk negara Sebagai penggantimu Aku anak Malaysia Ini negara kita Dan disinilah mulanya cinta Kibarkan bendera Laungkan Merdeka MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!

Pengalaman Terindah

Image
Ni nak cter pengalaman Faz bersama PEMBINA. Satu pertubuhan islam yg Faz sertai. Tapi Faz takde la aktif. Cuma turun bila disuruh atau dijemput je. Nama la kte ahli biasa kan. Hehe. Nak dijadikan cerita.. Adala satu event makan malam bersama Heliza Helmi. Faz dan rakan rakan bertugas utk event malam tu. Kami pun cabut undi untuk tugas tugas untuk malam tersebut. Tak silap Faz bulan Mei 2013 dekat padang golf di Kuching. Takde la buat dekat tengah padang golfkan, kami buat dekat dewan.  Sambung balik tentang tugas undian tu. Bila dah cabut je undi, memang nasib Faz bertuah malam tu, Faz ditugaskan untuk jadi pengiring kak heliza dan manager dia. Waaaa..... Happy sgt dah tu, yang lain jadi pengiring untuk penyajak dan VIP lain. Nervous Faz memang tahap tak terkate lagi dah. Tgn kaki semua sejuk, yela first time la katakan. Faz ada penyakit tau, kalau nervous tgn Faz akan menggeletar. Lucu sangat rupa Faz malam tu. Faz cuma kena layankan Kak Heliza dan Manager dia je. Tapi yang tak ...

Soal Hati

Entah mengapa setiap kali aku terkenangkan dirimu hati aku semacam nak menangis, seperti ada sesuatu yangg mencucuk. Ya aku mengaku,  hatiku sangat lemah, mudah untuk jatuh cinta. Tetapi mudah untuk melupakan dan membenci jika terluka. Bukan kehendakku untuk membenci dirimu. Aku juga insan biasa, terlalu mengikut nafsu amarahku. Kadang kadang aku benci diriku sendiri kerna sering mencari dirimu, menjaga dirimu dari jauh walhal engkau tidak pernah menghargai kehadiranku. Terlalu ramai yang lebih menyayangimu lebih dari ku. Aku sedar dengan kebenaran, tetapi sukar untuk aku menerima kenyataan yang aku bukan sesiapa padamu. Bukan aku pinta untuk menyukai, menyayangimu. Tetapi siapalah aku untuk menidakkan perasaanku sendiri. Aku ingin menjadi diriku yang dulu. Begitu tegas dengan pendirian, tidak mudah jatuh cinta malah, tidak mempercayai insan yang bergelar lelaki. Tetapi semakin aku meningkat dewasa, aku seolah olah faham apa itu dikatakan cinta. Kenapa kita hidup dibiarkan berp...

Pencuci Mulut Ceria

Image
Haaa. Hari ini rasanya nak kongsi resepi lak.. Resepi ni macam2 boleh tambah. Faz gelar resepi ni Pencuci mulut ceria, sebab setiap kali Faz mkn faz mesti ceria. Tak tau lak org yg merasakan. Hehe. Haa. Ni dia resepi nya. Banana, Ice cream vanilla, Cheese, Chocolate cream, Chocolate rice. Senang je cara buatny. Tambah je smua dh jadi. Laa. Simple je tu. Faz slalunya gunakan nanas Utk gantikan banana. Nak gak cite mcm mane dpt resepi ni. Haritu ibu faz catering buat tart buah(lepas ni faz post gmbar), ada la lebih buah, jadi terjumpa la smua bahan ni. Tu yg faz tetiba dtg rajin. Tp time tu faz jahat sbb faz buat utk faz sorg je, tak kasi keluarga faz jamah. Yela dah sedap rugi lak nak kongsikan. Hehe. Kalau ibu faz baca ni confirm faz kena taji. Haha. Takdela. Shhhh~  Faz lupa lak nak ambil gmbar pencuci mulut yg faz buat tu. Aduii. Baiklah. Selamat mencuba ye☺

Dirimu hanya sejarah

Image
Kenapa harus kau Yg sentiasa muncul dimindaku Bermain di hatiku Berada di jiwaku Bagaimana harus aku Melupakan dirimu Yg hadir tanpa diseru Yg pergi tanpa disuruh Adakah perasaanmu sama sepertiku Yg sentiasa merindukan dirimu Saat aku sendirian Memikirkan dirimu Semuanya telah berakhir Aku bukan sesiapa utkmu Ku doakan kau bahagia Disamping org yg tersyg Aku juga ingin bahagia Walaupun bukan bersamamu Utk hari hariku Yg bakal mendatang

Kehidupan yang mendatang

Image
Setiap org mempunyai jalan ceritanya sendiri Begitu juga aku Pengakhiran yg mungkin bahagia Dan mungkin tidak Setiap kejadian yg berlaku Pasti ada hikmah Setiap org pasti ada masalah Dan tiada masalah yg tidak ada penyelesaiannya Itulah realiti sebuah kehidupan Tidak seindah cerita novel Tidak semanis di dalam drama Tidak semudah yg disangka Keperitan yg dirasai Hanya Allah yg tahu Kerana Dia yg menduga Tahap keimanan seseorang Kemewahan yg dirasa Hanya Allah yg maha memberi Kerana Dia menguji Rasa kesyukuran kita Pengakhiran kita di bumi ini Hanya ada dua pilihan Ke nerakaNya atau kesyurgaNya Bergantung ketaatan kita pada perintahNya Aku juga mudah alpa  Begitu memikirkan soal kehidupan  Sehingga lupa apa yg terjadi Pada keesokkan harinya (kematian) Saat demi saat telah berlalu Tanpa kita mula sedar Umur semakin meningkat Jangka hayat makin pendek Bumi semakin uzur Matahari semakin panas Para ul...