Kau "unfriend" aku?



Surprise giler bila dapat tau ada member "unfriend" kita kat semua laman sosial. Dulu bukan main rapat bagai nak rak. Now? Aku tak tau apa masalah hang sampai nak p unfriend aku bagai. Setahu aku, aku memang tak pernah cari masalah kat orang terutama member aku sendiri. Kalau memang aku ada masalah dengan dia, dia boleh je jumpa aku kot, settle cara baik. Bukannya tak tau rumah aku kat ne. Aku tak tau lagu mana salah aku sampai depa buat aku camni. Nevermind. Aku tak teriak. Cuma..... Ouch la gak. Dulu dia rapat giler dgn aku. Kesana, kemari dgn aku. Baru berpisah 5 bulan kot. Takkan dah tak nak anggap aku kawan.

SATTTT! Apesal loghat aku pelik sangat ni. Haha. Terkejut sangat kot~


Takpe la. Aku memang tak kisah kalau dia dah tak nak kawan aku lagi. Kita dah besar kot. Takkan masih nak bersikap macam budak budak. Nak "unfriend", "friend" bagai. Last aku unfriend orang pun, waktu umur aku 14 tahun. La ni, tak main dah benda tu. Jadi ikut suka dia la nak "unfriend" aku, aku senang je. Org unfriend, aku block. Mungkin dia sakit hati dengan aku kot. Jadi aku tak naklah tambah dosa dia bila masih tengok aku punya laman sosialkan. Baik habiskan terus. Hope selepas ni, dia bahagia la dengan hidup dia. Aku dah malas nak amik tau. Kau bawa je haluan hidup kau, aku dengan hidup aku. Aku takkan sebut lagi nama kau dan takkan ada dalam kamus hidup kau lagi selepas ni, wahai kawan. Hehe. 

p/s: Sentap? Sorry la. "Niat tak menghalalkan cara." Mungkin niat aku cuma nak "berbaik", Tapi cara aku yang salah. 

Sekian..



Comments

Popular posts from this blog

Terbang Tunduk by Fynn Jamal

Boulevard Kuching Sarawak

Selamat Hari Jadi Arwah Ayah