Anas Arsyad Gallery

Anas Arsyad Gallery

Followers

6 Jan 2015

Boleh ke aku buat?

Assalamualaikum,

Setiap manusia mempunyai keinginan, impian, cita cita, hobi. Begitu juga aku. Mungkin semua tu mempunyai maksud yang berlainan, tetapi bagi aku keinginan, impian, cita cita dan hobi aku hanya satu. Untuk menjadi seorang penulis.

Seorang penulis? Mungkin ada yang tak faham penulis yang macam mana aku inginkan. Penulis yang bukan inginkan populariti atau dikenali. Penulis yang melahirkan perasaan ingin mengungkap rasa syukur dengan kehidupannya. Penulis yang berILHAMkan perasaan melalui setiap cerita, puisi untuk dikongsi bersama.

Boleh ke aku buat?

Sejak berumur 12tahun. Hobi aku minat membaca novel. Novel je! Kalau disuruh baca newspaper, buku teks, memang aku akan bengang sebab tak minat. Dulu moto aku, 'Kalau tak minat, tak yah buang masa buat.' Sebab tu ibu selalu bising cakap, "Budak ni pandai, tapi malas. Geram ibu...." Hehe. Kadang kadang tu selalu gak mendalami watak heroin dalam setiap novel yang ku baca. "Aku berangan la, aku jadi heroin. Alaaa. Macam la tak biasa."

Masuk form 2, aku mula menulis puisi, sajak, pantun, lirik. Zaman kecil kecilkan. Rasa malu tu memang takde. Main redah je apa kita suka buat. Dulu aku berilhamkan A.Samad Said. Fuyohhh. Minat giler kat dia. Selain dia yang menjadi tajuk, aku berinspirasikan kisah cinta monyet, agama, politik dan sahabat. Tapi malang kantoi dengan ibu, ibu p buang semua buku aku. Sebab ibu protes minat aku. Dia cakap tak cerah masa depan menjadi penulis.

Masuk Form 4. Diam diam aku amik kelas kesusasteraan melayu. Mulanya, ibu marah sampai aku buktikan setiap exam aku dapat markah tertinggi dalam kelas sastera. Dua tahun berturut turut gak, aku naik atas pentas dapat sijil the best student subject tu. Aku nak buktikan kat ibu yang aku betul betul minat kat bidang tu. Akhirnya, ibu mengalah gak. Dia bagi kelonggaran. "Buatla apa yg awak minat tapi ibu harap awak tunaikan hasrat apa yang ibu inginkan awak jadi."

Sejak dari tu, aku happy sangat sangat. Tahun 2012, aku mula menulis sebuah novel.(Time tu belum ada laptop, menulis manual dalam sebuah buku je). Walaupun ibu bagi kelonggaran tapi aku masih sembunyi sembunyi menulis sebab takut buku aku dibuang ibu lagi. Apa yang aku takutkan terjadi lagi bila melihat buku yang aku tulis dah menjadi abu, dibakar ibu -_-. Kecewa tak terkata. Sejak dari tu, aku berhenti minat untuk menulis. Ikut je cakap ibu. Sedih memang sedih tapi nak wat camne.

Sampai hujung tahun 2013, aku terbaca sebuah blog 'rasanya aku pernah cerita kat entri before before ni, malas la nak ulang'. Masa tu baru aku mula balik menulis.(Teknologi dah makin canggih, jadi aku buat blog dan menulis dalam blog.) Macam biasa, mula mula aku sembunyi dari ibu. Lama kelamaan kantoi gak dengan ibu. Alhamdulillah, akhirnya ibu benarkan aku buat apa yang aku minat. Paling aku tak percaya, ibu minta aku ajar macam mane nak buat dan guna blog. Rasa macam mimpi lak. Family aku pun selalu gak bagi sokongan, galakkan dan nasihat untuk aku buat novel. Sampaikan dorg setuju untuk berkongsi cerita suka duka kehidupan dorg untuk dijadikan ilham dalam novel.

Novel? Belum masa kot. Sejujurnya, aku tak confident nak buat buku. Selalu gak aku fikirkan cadangan dorg. Tapi boleh ke aku buat? Penulisan aku pun masih berterabur. Belum dikira kesalahan tatabahasa. Selama ni menulis ikut suka je. Arghhhh. Aku ingin..... Ingin sangat sangat tapiii..... aku tak sedia untuk ke tahap tu. Mungkin dimasa akan datang kot. Mungkin.

Atau sebenarnya aku masih fobia..... Fobia buku aku asyik kene buang -_-


Sekian...

No comments:

Post a Comment