Kelab Blogger Ben Ashaari

Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

1 Jan 2015

I'm turning 21.....






Assalamualaikum,

Tahun lepas, masa umur meningkat angka 2 di depan, faz mula risau. Banyak benda yg bermain diotak. Lama gak nak terima kenyataan yg diri ni dah menjangkau angka 2. Tahun ni lak? Dah meningkat angka 1 kat belakang. Amboiii. 'Tak suka ka hang?'

Tak la. Bukan tak suka ke apa sebenarnya bila umur semakin meningkat. Apa yg faz risaukan, bila umur semakin meningkat, banyak lak benda yg bermain dikepala ni haa. Member selalu cakap

"Alaa, tambah satu je kot, kau nak risau apa? Kitakan masih muda."

Memang la. Tambah satu ke tambah dua ke, muda ke tua ke. Jangan lupa "mati" tak kira kau muda ke tua. Bila bila ajal boleh menjemput. Bila umur semakin meningkat, apa yg kita dapat fikirkan hanya tanggungjawab di dunia. Macam mana nak dpt duit utk masa hadapan, macam mana nak jadi seorg yg berjaya, macam mana tu macam mana ni. Sebagai org muda, kalau di ikutkan hati masih mau nak enjoy macam org lain. Tapi someone pesan kat faz:

"Dik, sekarang bukan masa utk faz nak enjoy seperti anak muda yg lain. Tengok la ujian yg Allah berikan sepanjang tahun ni utk kita sebagai hambaNya. Ambil iktibar dari setiap ujian yg diberikan. Boleh kalau faz nak enjoy. Takde siapa nak menghalang.Tapi berseronoklah ke jalan Allah. Berseronoklah melakukan perkara yg boleh membantu faz di dunia dan amalan untuk ke akhirat kelak. Supaya kita tak menyimpang dari Dia. Ingatlah bahwa: Allah menguji seseorang itu kerana Allah SWT sayangkan kita sebagai hambaNya, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri, ujian juga dapat mematangkan kita. Jangan pernah kita mengeluh umtuk setiap dugaan yg kita hadapi. Bersabar, Berdoa, Tawakal kunci untuk menempuh segalanya."

Hurmmm...... Terima kasih utk nasihat tu. Terima kasih kerana mengingatkan Faz. In Sha Allah.
Faz akan sentiasa ingat pesanan awak. :)

Peringatan bersama dan utk diriku sendiri:

Daripada Saidatina Aisyah r.a katanya, Rasulullah SAW pernah bersabda:   
"Sesiapa yang suka bertemu dengan Allah, nescaya Allah suka bertemu dengannya. Begitu juga Sesiapa yang tidak suka bertemu dengan Allah, nescaya Allah juga tidak suka bertemu dengannya."

Aku bertanya, "Wahai Nabi Allah! Adakah kita perlu membenci mati, di mana kami semua membenci mati." 

Baginda bersabda: 
"Bukan begitu. Seseorang Mukmin apabila diberitahu berita gembira dengan rahmat Allah, keredaanNya dan syurgaNya, nescaya dia pasti suka untuk bertemu dengan Allah, nescaya dia pasti suka bertemu Allah dan Allah juga suka bertemu dengannya. Sedangkan orang kafir apabila diberitahu adanya seksa serta murka Allah, dia tidak akan suka bertemu Allah dan Allah juga tidak akan suka bertemu dengannya."

(Hadis Riwayat Imam Bukhari & Muslim)

Soundcloud:


Sekian....


3 comments:

  1. Yup btul tu. Umur makin meningkat, makin dekat kita dengan kematian. Sesungguhnya apa yg paling hampir dgn kita tu ialah mati kn. Allahu Allah..

    ReplyDelete
  2. Takpa umur hanya number dan yes the experience tu yang penting.. Learn from it and be wise from it!! Goodluck dear.. semoga tahun ni lebih bermakna!

    ReplyDelete