Bila isu Kpop dan gadis bertudung menjadi bualan......Aku~

Assalamualaikum,

Lepas satu satu yg terjadi kat Malaysia. Lepas isu banjir, muncul lak isu airasia. Dan sekarang ni aku tengok kecoh kat laman sosial isu "anak melayu dicabuli artis kpop". Aku tak nak la buat spekulasi lebihkan. Tapi sekadar nak melahirkan rasa dihati, nak kongsi pendapat. First, aku tak nak upload video tu dan gambar tu. Bukan apa, berdosa kalau kita buka aib orang aku tak nak nanti, aku lak yang merangkak di padang mahsyar nanti. Nauzubillahiminzalik. Minta dijauhkan.

Lepas isu ni, ramai gak aku tengok komen yang tidak menyenangkan kat laman sosial. Mungkin bagi sesetengah pihak terutama golongan remaja yang macam aku ni akan cakap.

"Ala. Perkara biasa la tu. Ramai lak couple yg sibuk berpeluk sana ke mari, tak de pun yang kecoh."

Sejujurnya aku cakap, walaupun aku masih remaja, masih muda tapi aku memang berfikiran kolot, berfikiran 90-an. Aku ngaku, aku pun tengok cerita kpop gak......... jadi tak berani nak komen lebih hal kpop ni. Kang terkene kat batang hidung sendiri. Walaupun aku ni tak lah arif sangat bab bab agama ni. Alhamdulillah bila da sedar diri semakin menuju ke alam kematian ni. aku belajar membezakan mana satu yang haram mana satu yang halal. Rasanya memang semua org tau lelaki dan wanita bukan muhrim memang DIHARAMKAN bersentuhankan? Terutama yg beragama islam tu. Aku amik sedikit sebanyak komen dan pendapat hamba Allah yang aku rasa memang logik dan memberikan iktibar tentang isu ni, yang mencaci maki memang aku takkan amik :p :


  1. "ni lah bila tudung tu jadi 'adat'. 'adat' Melayu dilahirkan Islam. Wanita Islam pakai tudung jadi, 'adat'nya Melayu pon pakai tudung. jadi anak2 muda pakai tudung sebab kawan depe pon pakai. tapi KENAPA tudung dipakai? tujuan tu tak sampai pada mereka. jangan tuding jari cari salah siapa tapi sekarang semua kena fikir sama2 cara mengelakkan perkara macam ni berulang lagi. wallahualam."
  2. "dunia...dunia...sbb itulah Allah haramkan hiburan dan muzik...seme mleka dan mlalaikn dr mngingati siPencipta. plajari dan amati dr sejarah Rasulullah saw yg ingin mlihat dan mgetahui bunyi bkumandang yg ddengari Baginda saw ttpi ssampai di kaw tsebut Allah swt mnidurkn Baginda saw shingga matahari tepat ke muka Baginda saw...demikian blaku kjadian ini 3 hari bturut2...maka Baginda saw tiada keinginan utk mgetahui dan hadir ke tempat spt tsebut...krn Allah swt tidak mengizinkan Baginda dgn mnidurkan dgn nyenyak dan lena....muhasabah diri dan ambil iktibar dr segala sejarah Rasulullah saw utk kita ikuti dan amalkn..."
  3. "Ni lah jadinya bila artis kpop mnjadi keutamaan brbanding agama sndri. Aku malu dgn kaum aku. Kalau kau xpkai tdung ak blh terima, tp knpa pki tdung bsar nmpk muslimah membiarkn diri dipelok dn dicium oleh lelaki kafir tu. MasyaAllah. Semoga Allah kurniakan hidayah utk mereka. Sedih aku tengok vdeo dy.  sedih lagi mak ayh nya,mungkin. Kpd perempuan2 islam lain ,jgn lh trlalu taksub sgt dgn artis kpop dsb. Jgn jadi trlalu murah dimata dunia"
  4. "Al-Kahfi. Hati-hati manusia yang beriman akan sakit melihat gadis-gadis Muslimah membiarkan dan merelakan diri mereka dipeluk, diraba oleh artis-artis K-Pop pujaan mereka. Di manakah maruah seorang Muslimah? Di manakah identiti seorang Muslimah? Tiada siapa memaksa seorang Muslimah hadir ke situ, lalu kenapa hadir? Tiada siapa memaksa seorang Muslimah untuk rela dipeluk dan diraba-raba? Di manakah semangat Sumayyah radiallahu 'anha yang mati dibunuh kerana imannya? Di manakah jiwa Asiah yang istiqamah di atas jalan keimanan? Di manakah maruah Khadijah radiallau 'anha? Siapakah idola kalian wahai gadis-gadis Muslimah? Kenapa kalian menyembah artis-artis K-Pop itu? Kenapa kalian biarkan maruah kalian diragut oleh artis-artis itu? Sahabat-sahabat yang bukan Muslim,fahamilah. Kami Muslim ada cara hidup kami sendiri. Kami ada tatacara etika hidup kami sendiri. Kami tidak menyalahkan anda 100%, apatah lagi anda telah meminta izin dan si gadis Muslimah merelakan kehormatannya dicabul. Kehormatan yang dijaga sekian lama oleh ibu dan ayah! Kehormatan yang menjadi maksud kenapa seorang Muslimah memakai tudung. Hati kami umat Islam, sakit, pedih, sedih melihat semua ini. Kami bukan cemburu, tetapi semua Muslimah adalah saudara kami, kami terasa seperti maruah keluarga kami sendiri dirobek-robek. Tidak kasihankah kepada ibu bapa yang mendidik sejak kecil? Apakah perasaan mereka melihat hal ini? Muslimah, pintu taubat terbuka luas. Kembalilah kepada Allah. Bakarlah semua album gambar, majalah hiburan, buanglah semua lagu dan filem-filem Korea itu daripada laptop anda. Sesungguhnya tanpa ada sedar, anda sedang menyembah artis-artis K-Pop itu. Kembalilah Muslimah.Allah tidak akan mensia-siakan insan yang kembali kepadaNya."


Ya Allah. Yang bawah sekali tu memang dituju khas untuk aku. :'( Sat lagi nak p buang semua hal kpop kat laptop dan bilik aku. Kan dah kene kay batang hidung sendiri. Kih kih.

Kalau isu isu camni, aku memang suka baca komen komen, ada yang baik ada yang buruk. Selebihnya, bergantung dengan penerimaan individu tu sendiri dengan  pendapat individu yang lain. Kita tak dapat nak hentikan pendapat orang. Dan yang aku amik ni, cuma nak bagi contoh, macam mane aku setuju dengan pendapat rakyat malaysia tentang isu yang sedang terjadi. Jadikan pendapat orang sesuatu yang positif. Akhir kata, renung renungkan dan selamat beramal.

p/s: Faz nak minta maaf kat sesiapa punya komen yang diambil dijadikan contoh tu. Maaf sebab amik tanpa kebenaran. :D

Wasalam..

Comments

  1. Salam kenal dari Abah Careno KBBA... 1st time masuk blog ni... alahai best pulak lagu ni... hehhee... Done masukkan blog ni dlm bloglist KBBA kat blog...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Terbang Tunduk by Fynn Jamal

Boulevard Kuching Sarawak

Selamat Hari Jadi Arwah Ayah